Thursday, November 24, 2011

~ Ayam Mentega / Golden Butter Chicken Versi 1 & 2...

Diana @ Melley Mey | 6:19 PM |


~ Ayam Mentega / Golden Butter Chicken Versi 2

Bahan²
4 keping paha ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong menjadi 16 ketulan kecil
180 gm mentega
5 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih _ dicincang halus
5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
1 biji kuning telur _ dipukul ringan
1 tin susu cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan² A ( secukup rasa )
Perencah pati ayam Tumix
Gula secukup rasa
Garam jika perlu

Bahan² B
70 gm tepung jagung
70 gm tepung ubi kayu
70 gm tepung beras
2 biji telur
1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )





Cara²
  1. Campurkan ayam, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapatkan adunan tepung seperti Gambar A.
  4. Perap ayam selama 5- 10 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang.

Gambar A




* * * * * * * * * * * * * *

~ Ayam Mentega / Golden Butter Chicken Versi 1




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Pertama sekali Diana mohon ampun maaf sebab belum ada kesempatan nak BW dan balas semua komen anda.. Esok Diana seharian tak boleh nak online sebab Diana tersangat ler sibuknya... Lusa pun macam tu hingga ler ke hari  Ahad.. Malam nie InsyaAllah Diana akan BW mana yang tersempat yer.. Hanya malam nie jer ada sedikit masa nak BW.. 


Malam nie Diana akan update beberapa entri jika sempat.. InsyaAllah.. Salah satu darinya Ayam Mentega nie..  Sebenarnya resipi nie pernah Diana letak kat blog dulu.. Cuma dulu Diana menggunakan udang.. Nak tengok versi udang klik kat → SINI yer.. Kali nie Diana kongsikan resipi yang menggunakan ayam pula.. Jom kita selongkar resipinya.. ;)




Bhn² 
250 gm dada ayam _ potong kecil
2 tangkai daun kari _ d cincang
2 biji cili padi _ potong 2
50 gm mentega
1 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A 
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp gula
1 1/2 tbsp tepung kastard
1 biji telur bersaiz kecil
Garam secukup rasa

Bhn² B
1 cawan susu cair
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1 biji telur bersaiz kecil
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Gaul ayam bersama bhn² A dan perap selama 30 minit.
  2. Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam hingga masak keperangan.. Angkat dan ketepikan.
  3. D dalam kuali yang lain.. panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.. Tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan bhn² B dan kacau rata.. Setelah sedikit pekat bolehlah d masukkan ayam goreng tadi.
  6. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan hidang.



5 comments:

Puan Ros said... Reply

Diana nampak sedap la.Kalau makan dgn spaghetti rasa sedap juka kot.Kak Ros nak cuba la.

tun_telani said... Reply

menggiurkan betul ayam kak diana nih.. kaler golden pulak tu, mmg selera je tgk.

anymz said... Reply

masyaAllah sedap betul nampaknya tu diana..mesti try resepi ni..akak ambik resepi ya..

nuwairani ismail said... Reply

resepi kak diana tak pernah menghampakan.... memang terliur aje kalau orang tengok...

Mieza said... Reply

Kak diana..terliurnya mieza tgk..nak try gak la resepi ni memandang stok ayam yg banyak lagi dalam peti ais tu...sian kak diana sibuk ye..kalau dekat2 boleh mieza tolong :)