Thursday, November 24, 2011

~ Fillet Ikan Masak Nenas...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Untuk entri ketiga malam nie.. Diana nak kongsikan resipi Fillet Ikan Masak Nenas.. Fillet ikan nie memang terkenal d kalangan warga W.P.Labuan... Frozen Breaded Fish nie keluaran Gropoint Fisheries Sdn. Bhd, W.P. Labuan.. Sering kita jumpa ikan nie semasa majlis perkahwinan dan pelbagai lagi majlis yang d adakan kat W.P.Labuan nie.. Boleh d masak pelbagai menu dengan fillet ikan nie.. Kebiasaannya ianya d masak masam manis.. goreng... masak lemon.. masak sos plum.. masak nenas.. dan banyak lagi rasanya.. Tapi kali nie Diana nak kongsikan resipi Fillet Ikan Masak Nenas.. Diana sekeluarga lebih suka makan yang goreng tu jer.. Memang sedaaap!!!

::  Ianya d jual d dalam bungkusan begini yer.. Nak dapatkannya kena ler pergi ker kilangnya terus tau ::

::  Ini yang telah siap d goreng.. Jangan goreng terlalu garing.. Nanti ianya akan liat d makan.. ::

::  Diana suka sangat makan macam nie jer.. Sedaaap!!  ::


Bhn²
450 gm frozen breaded fish yang telah d goreng dan d buang ekornya _ potong 2 atau 3
2 tangkai daun sup _ d cincang
1 biji capsicum hijau _ d potong dadu
2 biji tomato _ buang bijinya dan potong dadu
1 tin kiub nenas dalam syrup _ asingkan syrupnya ( Diana guna Ayam Brand )
1 biji cili merah _ d buang bijinya dan d potong 4
8 ulas bawang putih _ d cincang
Minyak untuk menumis


Bhn² A
2 tbsp sos plum Loon Kee
1/2 botol sos cili thai Kimball
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
1/2 tin syrup nenas
Sedikit air
Garam secukup rasa


Cara²

  1. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan nenas dan bhn² A.. Gaul rata dan setelah mendidih bolehlah d masukkan capsicum hijau, cili merah dan fillet ikan yang telah d goreng.
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan gaul rata.
  4. Tutupkan api dan angkat.
  5. Tabur dengan daun sup ketika menghidang.
  6. Makan bersama nasi putih panas.





14 comments:

Ucu Faridah said... Reply

waduh......ikan tu jenis apa..mesti sedap ni...lapor la pulak...diet3...dah pagi dah ni..

HALAMANKU said... Reply

Kak Diana.. hu hu hu terliurnyer.. ratah2 cam tu sedapnyer... pagi2 menu akak dah meruntun jiwa ku waduh2 he he he

Ida,Japan said... Reply

alahai...sedapnyer kak diana, ida nk ratah2 jer boleh..suka ngan fillet2 ni..kalau kt sini, ida kena buat dari A sampai Z la...nk beli fillet yg forzen, susah nk cari yg boleh mkn kak

ady said... Reply

as-salam diana
pagi2 buat abg ady berserela..ish..ish..ish npk sedap sangat fillet ikan masak nenas ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply

salam Diana..tang menyicah tu mmg xtahan tgk..nampak sedap & rangup jer.Meh!k.atie temankn Diana makan..ngeeeeee

Amie said... Reply

sedaplah Dinana...tumpang ratah sepiring ye Diana...

Qhaifa Nur said... Reply

hai diana,

bila makan mesti krup, krup bunyinya sebab d goreng dulu..
begitu sedap walau simple..

Juwita Jamaludin said... Reply

menarik kak nak menu ni.. tambah mudah ada ikan frozen tu

anymz said... Reply

adeh mana pulak nak cari ikan frozen tu diana..kalau ada kat sini pasti akak rembat 5 bungkus sekali..akak suka ikan.hehe

rahel said... Reply

Selamat malam Diana...klu ikan cam ni memang sedap betul celup2 ke dlm sos cili..hihihi..sedap..

Yatie said... Reply

menyelerakan sungguh menu Diana ni..terliur je tngk..

Mieza said... Reply

kak diana..awat tayang lauk sedap camni..mieza tgk kul 11 mlm ni terus rasa lapar..nak buka periuk makan nasi malam2 kang gemuk lak hahaa..terliurnya..nak kena masuk waiting list la ni lauk ni..mengancam..kalau kak D yg masak mmg tak fail!

Wattie said... Reply

Salam Maal Hijrah Diana,
Berselera sungguh akak kat sini melihat hidangan Diana

ida said... Reply

salam diana, kat mana kilangnyer, sy nak pegi beli jg, mmg penah mkn kat umah kenduri d labuan nih..