Wednesday, November 23, 2011

~ Mocha & Walnut Cookies...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Seperti yang Diana maklumkan dalam entri yang lepas.. beberapa minggu nie Diana memang d landa kesibukan... Memang sibuk berganda minggu nie... Tapi sesibuk macam mana pun kita sebagai seorang isteri dan ibu... tanggungjawab untuk keluarga mesti d utamakan.. :). Betul tak? ;).. Menyediakan juadah untuk keluarga tersayang sememangnya menjadi keutamaan Diana.. Salah satu yang Diana buat minggu nie Mocha & Walnut Cookies nie..


Hari nie tak nak ler banyak sangat membebelkan.. Nie pun mencuri sedikit masa untuk update entri.. Kalau ikutkan badan nie memang tak larat nak menghadap lappy.. Penat sesangat.. Tapi demi anda semua.. Diana buat juga 1 entri untuk hari nie.. Rasa tak seronok ler tengok dah beberapa hari asyik layan entri tu jer kan.. Hehehhee.. Apa kata kita tengok resipi Mocha & Walnut Cookies nie.. Terima kasih sekali lagi kepada Agnes Chang kerana sudi berkongsi resipi nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer... Terima kasih.. Muahsss 


::  Gambar yang nie pula Diana ambil ketika pertama kali Diana buat cookies nie.. Tak terletak lagi resipinya kat blog sampai buat lagi sekali cookies nie.. main ambil jer gambar tapi tak juga update kat blog.. Jadi hari nie letak juga ler 2 daripada gambar² tu kan.. Hehhehee  ::


:: Resipi oleh ~ Agnes Chang _ I Can Bake ( TQ )


Bhn²
Lapisan Bawah
A
150 gm mentega
80 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 tsp instant coffee ( Diana guna Nescafe )
1 tsp air panas
1/2 tsp esen vanilla


B ( D Ayak Bersama )
180 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam


Lapisan Atas
C
50 gm mentega
60 gm coklat masakan
30 gm gula perang
1 tbsp golden syrup
1 tsp instant coffee ( Diana guna Nescafe )
1/2 tsp esen vanilla


D
100 gm walnut cincang ( Diana bubuh 180 gm sebab menggunakan loyang yang lebih besar )





Cara² Untuk Lapisan Bawah
  1. Campurkan instant coffee bersama air panas dan kacau sebati.. Ketepikan ( biarkan ianya sejuk pada suhu bilik ).
  2. Pukul A hingga kembang dan ringan. 
  3. Masukkan B dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 25 cm / 10 inci ( Diana guna loyang bersaiz besar sedikit sebab nak dapatkan lapisan bawah yang nipis ) yang telah d sapu dengan sedikit mentega dan d tabur dengan sedikit tepung.. ( Nak tengok step by step.. boleh rujuk kat   SINI yer ).
  5. Tekan adunan dengan padat dan cucuk dengan garpu.
  6. Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan ketepikan.


Cara² Untuk Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan C ke dalam periuk dan masak d atas api kecil hingga cair dan sebati.
  2. Kemudian.. tuangkan d atas lapisan bawah yang telah d bakar tadi dan ratakan.
  3. Taburkan walnut cincang dan bakar semula selama 10 minit ( bergantung kepada suhu oven masing² juga yer ).
  4. Keluarkan dari oven dan biarkan ianya sejuk sebelum d potong.
  5. Setelah d potong bolehlah d simpan d dalam balang.

13 comments:

Amie said... Reply

tak nak lama-lama di sini sebab Diana nak berehat... he hehehh ambil sekeping Mocha & Walnut Cookies ye Diana...

tun_telani said... Reply

wah, dh lama tun x mengukis.. sedapnyer la tgk. nmpk mcm shortbread pun ada gak kukis nih.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam D.Anything with coffe kak ros suka...nak try jugak.

Gee® said... Reply

sedapnya Diana... k.gee suka kacang... nak sekeping boleh...?

Ummi said... Reply

Diana, rajinnya mengukisss.....nampak sungguh sedap, coklat melekat2 dgn walnut tuh...perghhh, boleh bayangkan.. :))

HALAMANKU said... Reply

Salam kak diana rajinnyer wat cookies.. wangi jek bau sampai sini.. sedapnyer tgk.. kalau dapat join lagi syok he he he

rahel said... Reply

Salam Diana..bukan main lagi tayang2 cookies...huuu..sedapnya tu..byk kacang2nya..

Mieza said... Reply

kak diana..waaa rindunya dgn dapur kak diana ni..baru hari ni mieza ada masa nak jalan2 ke blog kawan2..dan mesti singgah kat blog fav mieza sini..cookie tu ada lg tak kak diana..nak sepotong dua kak..nampak soooo very tempting..nakkkkk!

Qhaifa Nur said... Reply

dah tak larat asyik nak beli biskut kat kedai, boy2 kuat makan, bagus juga kita buat biskut sediri...nak share ok...

sedapnya cookies ni..

Antan Bertingkah said... Reply

Sedapnya akak tengok cookies Diana.. rajinnya Diana mengukis... minta sikit boleh...

Zaliedana said... Reply

Kak Diana,dlm bz2 pon smpat g wat kukis,sy kalo bz msk pon yg simple2 ajer kak,kalo kukis2 nih,adeii bercinta nak wat..Mmg nmpk sgt2 sdp kak..

kzai said... Reply

salam diana..
sedapnya kalau dpt sebalang dok mengunyah ngadap tv

dZana said... Reply

aslmkum D.. suke tgok pic2 D.. cantik.. dgn kukis yg sedap.. rasa nk terkam jer..