Tuesday, November 1, 2011

~ Sizzling Mee...

Sheery Dream Cakes | 8:47 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Sebenarnya malam tadi nak update resipi Sizzling Mee ni.. Tapi disebabkan hujan lebat + guruh + petir sambung menyambung... terus tak jadi nak update malam tadi.. Tu yang terus offline tu.. Tak berani nak online lelama. 

Semalam Diana masak Sizzling Mee.. Dulu pernah tengok resipi Sizzling Mee kat dapur Akak Nor.. Memang masa tu terliur habis tengok gambar mee tu tau... Heehee... Resipi asal Sizzling Yee Mee nie dari Lilydvalley @ MyR.. Memang best resipi ni... Terima kasih kat Lilydvalley kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula ya. Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Lilydvalley @ MyR ( TQ )
:: Sumber Dan cnp Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

SIZZLING MEE

Bahan-Bahan 
  • 2-3 sanggul ( gulung ) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan _ ( Diana pula guna Mee Mat Salleh )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering - potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia - hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain. Tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak-banyak...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.


20 comments:

Woofer Storm said... Reply

tak reti makan benda ni.heehe dulu pena makan,tapi skg tak layan..hehee

follow sni^^

Anonymous said... Reply

wahh sedapp..kite suke sangat sizzling yee mee...kite dh cuba yokshire pudding..sedap2...

Mas said... Reply

mas suka sizzing mee gini..
sedappnya tengok kak..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

baru tau ada mee mat saleh, tapi sizzling mee D mmg berjaya meliurkanku..

Mieza said... Reply

kak diana mieza c np resepi nanti nak wat gak..mieza suka sizzling yee mee..selalu kalau ke tesco mesti mau makan sizzling mee...paling mieza suka sizzling yee mee kat tesco rawang dan kat sogo kl..sedap kak..nak sepinggan kak!

cik cek said... Reply

Rajinnya dik Diana ni...emmmsedapnya mee sizzling...

K.Nor said... Reply

D, skrg ni k.nor dah tak guna mee cintan tp duna mee sanggul. mee sanggul lagi sdp dr mee cintan.. rasa cam yee mee gak lebih kurang :)

Oh Oeya said... Reply

Wah! Wah! Wah! Sukerrr! Sukerrr!

Liza said... Reply

resepi yg dh lama dicari..hubby mintak tlg buatkan...huhuhu
Diana..yee mee tu kita kena rebus dulu ke sblm masak?

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak diana cayang,alahai nmpak sedap sungguh kak..kALAH KAT FOOD COURT dahni..Owh akak pon kurang sihat gak eks,akak pon sama lah,rehat ckup2 tau..Minum byk air..

tun_telani said... Reply

nmpk sedap sgt! tp kan, tun mmg xleh telan shiitake mushroom tun. masalahnyer, hasben tun suka sgt2 makan tu. hehe.. so kalau sizzling ni, mmg dia suka sgt laa.. tun kalau masak akan masak asing2, satu letak shiitake, satu x letak. hehe

ameris said... Reply

sedapnya. xpenah cuba buat sblm nie. nnt nk try lah...

Shaiful Zaidi said... Reply

wow...sedapnye.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

salam diana..
akak mmg suka menu2 ala chinese gini... lama jugak akak tak buat sizzling mee ni.. biasa kalau teragak nk mkn akak mkn kat luar jer.. hehe..

Qhaifa Nur said... Reply

mee sizzling ni sedap betul makan panas2, jangan kata saya anak2 pun suka gak...

mama afif atif said... Reply

kak diana...sy mmg xley jenguk blog kak diana slalu.sbb tiap kali masuk mst semput,sesak nafas sbb sume nmpk sgt sdp! mlm nnt nk try menu ni pulakla...nyum2

liemaopurut a.k.a ana said... Reply

dah lama tak makan sizzling. tengok menu diana ni terasa cam nak mencari sizzling la plak.hari tu penah try buat ikut tekak tapi tak berapa nak jadi. Nanti try resepi ni plak.

quinnie said... Reply

saya pun suka resepi kak lily ni..meamng selalu buat dulu...hehhehe

nonierahman said... Reply

kak diana,laparrrr....dh lama x pekena sizzling mee,nak kena godek2 dapur jg nnt nie.

Nuwairani said... Reply

feveret ni! kalau pergi shopping mall, mesti mo order yang ini di food court