Tuesday, November 29, 2011

~ Tang Yuen Permintaan Harijadi Yong...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. Rindu rasanya kat semua orang.. Tapi apa kan daya.. Keadaan tak mengizinkan untuk Diana berkunjung ke blog akak².. abang².. adik² dan  kekawan semua... Huhuuu.. kesibukan yang melanda nie belum berakhir lagi.. Diana mohon maaf tau sebab banyak entri menarik anda semua yang Diana ketinggalan.. InsyaAllah hari nie akan Diana BW mana yang tersempat yer.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana yang sunyi sepi dari entri terbaru nie.. Sayang anda semua... Muahsss...


Tepat pukul 9:30 pm, hari khamis, 27 / 11 / 1997 bersamaan 26 Rejab 1418H.. Lahir ler putera pertama Diana ( anak kedua ).. Mohd Shafie.. Yong adalah panggilan dia kat rumah.. :). Dah besar dah anak mummy yer.. Tak rasa masa berlalu begitu cepat.. Dah 14 tahun dah anak mummy sayang nie yer.. Bila d kenangkan detik kelahiran dia.. Memang sesuatu detik yang amat Diana syukuri walaupun masa tu Diana rasa Diana ler orang yang malang d dalam wad ketika tu.. Ketika  terasa baby d dalam perut diana nie meronta hendak d lahirkan.. Malangnya jururawat yang bertugas masa tu tidak mengendahkan apa yang Diana beritahu.. Malah jururawat tu hanya menghalau Diana untuk pergi ke tandas kerana takut katil akan kotor.. :(. Masa tu semua yang berada 1 bilik dengan Diana hanya terdiam dan mengelengkan kepala..


Dengan keadaan terpaksa dalam menanggung kesakitan tu Diana kuatkan semangat untuk pergi ke tandas juga sebab terasa malu sesangat d tengking oleh jururawat tu.. Sebaik tiba jer d dalam tandas.. Memang tak dapat Diana kawal lagi kesakitan tu.. Memang masa tu baby Diana dah tak dapat lagi d tahan untuk lahir ke dunia.. Diana tengok banyak darah keluar mengalir dan masa tu ler Diana pegang dan sambut kepala baby Diana.. Sambil tangan sebelah Diana menekan lonceng kecemasan.. Masa tu ler baru semua orang kelam kabut.. memandangkan kepala baby diana hanya keluar separuh jer.. jururawat yang bertugas masa tu terus meminta Diana supaya menahan nafas.. Alhamdulillah semuanya d permudahkan.. Diana sempat d bawa d bilik pemeriksaan yang berdekatan jer.. Tak sempat untuk d bawa ke bilik bersalin pun.. baby Diana dah selamat d lahirkan.. :).

Masa tu ler jururawat yang menyambut kelahiran Yong bertanyakan Diana .. Kenapa tak beritahu yang dah nak bersalin.. Diana terangkan kesemuanya dan baru ler jururawat tu faham.. Sebenarnya masa Diana memberitahu yang Diana dah nak bersalin tu syif kerja kawan sekerja dia dah nak abis.. Apabila mendengar penjelasan jururawat tu.. Memang amat geram sebab masih ada juga yang mengetepikan soal keselamatan pesakit hanya kerana dah nak habis masa bekerja.. :(. Namun Diana amat bersyukur kerana jururawat yang menyambut kelahiran Yong tu teramat sangat ler baiknya.. Memang layanan baik dan memuaskan d berikan selepas Yong d lahirkan sehingga ler dah nak keluar wad masa tu.. Cuma setelah kejadian tu.. Diana fobia untuk d tahan kad wad hospital kerajaan.. :D. Sehingga kini Diana tak nak masuk wad kecuali Specialist Hospital kat Kota Kinabalu.. Hehhehee.. Kalau nak tau tu ler sebabnya kenapa Diana tak berani untuk pergi ke Hospital Kerajaan sekarang nie.. Itu ler kali terakhir Diana bersalin kat Hospital kerajaan.. Memang dah fobia sampai sekarang.. Tapii cerita tu dah lama berlalu .. Pasti sekarang dah jauh lebih baik kan... ;)


Oleh kerana Ahad lepas ( 27/11/2011 ) merupakan majlis perkahwinan cousin Diana.. Jadi sambutan biasa² sahaja untuk birthday Yong tahun nie kerana kami semua sibuk kat sana semasa siang hari tu.. Maaf tau sayang.. Terima kasih kerana memahami yer sayang.. Mummy, Papa, Er² n Irfan sayang sesangat kat Yong.. Moga d panjangkan umur.. D berikan kesihatan yang baik.. Keceriaan dan murah rezeki.. Moga membesar menjadi insan yang cemerlang dan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.. .. sentiasa d rahmati dan d bawah lindungan Allah S.W.T.. Amin.. Muahssss... Yong meminta Tang Yuen ( Glutinous Rice Balls ) untuk harijadinya.. Kali nie Diana buat yang berinti kacang tanah.. Sememangnya anak² Diana suka sesangat makan Tang Yuen nie sejak mereka kecil lagi.. Dulu Diana pernah kongsikannya kat sini juga resipi Tang Yuen nie.. Nak tengok Versi Lepas ( hanya menggunakan tepung pulut sepenuhnya untuk adunan tepung tu ) klik kat    SINI yer.. Untuk resipi kali nie Diana nak kongsikan resipi adunan tepung tu yang d campurkan dengan sedikit tepung jagung.. Rasanya sama jer bagi Diana.. Tak der ler jauh sangat bezanya.. :). Apa kata kita tengok resipinya.. 

~ Tang Yuen ( Glutinous Rice Balls ) ...

Bhn²
4 cawan tepung pulut
10 tbsp tepung jagung
2 ( - + ) cawan air _ ( nie anggaran jer yer.. bubuh sikit² tau )
Pewarna merah, kuning atau pewarna kesukaan masing² 

Bhn² A
4 inci halia _ d hiris kasar
4 helai daun pandan _ d siat dan d simpul
Air secukup kegunaan
Sedikit garam
Gula secukup rasa

Bhn² Inti ( init nie kalau ada lebih boleh simpan dalam peti ais yer )
1 1/2 cawan kacang tanah tanpa kulit
2 tbsp creamy peanut butter
1 1/2 tbsp peanut butter with choc stripes
3 tbsp gula kastor ( boleh d tambah atau d kurangkan mengikut citarasa masing² )
Garam secukup rasa


:: Untuk intinya ~ Kacang tanah d goreng tanpa minyak dan d kisar.. campurkan bersama bahan inti yang lain  ::

::  Sebelum memulakan membuat adunan tepung tu kena ler kita sediakan 2 periuk yang berisi air.. 1 periuk d bubuh dengan garam dan halia.. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Biarkan mendidih  ::


::  Boleh juga d bahgiakan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan masing².. Nak bahagia kepada 3.. 4.. atau 5 bahagian pun boleh.. :) ::

Cara²

  1. :: Sebaiknya sediakan intinya terlebih dahulu.. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau boleh juga d panggang.. Kemudian kisar kacang tanah tadi dan gaulkan bersama kesemua baki bahan inti tersebut.. Ketepikan.
  2. :: Sediakan 2 periuk yang berisi dengan air.. 1 periuk d bubuh dengan garam dan halia.. Biarkan ianya mendidih.. Jangan tutupkan api.
  3. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Setelah ianya mendidih bolehlah d tutupkan api.
  4. :: Untuk membuat adunan tepung ~ Campurkan tepung pulut bersama tepung jagung dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya boleh d bulat²kan.
  5. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian ( diana bahagi kepada 3 bahagian ).
  6. Bubuh pewarna berlainan d setiap bahagian adunan tepung tersebut.
  7. Ambil sedikit adunan tepung dan bubuhkan inti.. Bulat²kan dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air, garam dan halia.. Setelah ianya timbul bolehlah d angkat dan d pindahkan ke dalam periuk yang berisi dengan daun pandan, air dan gula tadi.
  8. Buat sehingga adunan habis.. ( Boleh juga d buat tanpa inti yer seperti dalam gambar tu yang adunan berwarna putih tu diana biarkan ianya tanpa inti ).
  9. Hidang.
  10. Sedap juga d makan setelah d sejukkan d dalam peti ais.



23 comments:

azam said... Reply

hehehe........
nampak sangat² sedap...nanti boleh cuba buat ni

Zack Zachoes said... Reply

a'kum kak Diana,

bila baca entry akak terasa mcm sy sendiri yg kena..sakitnya... hehe, sy pn fobia dh nk pergi hospital kerajaan ni, layanan antara kelas 1 dgn kelas 3 berbeza sangat...pd sy sangatlah tak adil. apapun ni jela hospital yg ada kt tawau jd nk tak nk terpaksalah terima :P

apapun hepi birthday kpd putera akak, semoga menjadi anak yg soleh, taat pd perintah Allah dan ibu bapa, semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki ^_^

Diana @ Melley Mey said... Reply

azam ~
cuba ler nnt yer.. ;)

zack zachoes ~
wsalam zack..
a'aa zack.. selagi akak masih mampu untuk mengelak dari d tahan kat hospital kerajaan nie.. selagi tu ler akak akan elakkan.... akak masih ingat dulu.. masa akak d sahkan mengandung d luar rahim.. akak terus jer pergi Kota kinabalu kat KPJ specialist.. mmg dah fobia dah smpi skg.. sama juga ler kat labuan pun hanya ada hosp[ital kerajaan jer zack..

Amin..terima kasih zack atas doanya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana.Walau apa pun anak2 dah besar2.Handsome dan cantik2 semuanya.kak Ros biasa beli je tong yuan ni dan buat sirapnya.Pernah kak ros buat skali tapi tak masukkan inti.malas sungguh nak menggetel.Tengok Diana buat kak Ros tabik spring la...

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang...sori la terlambat wish kat Yong...cuti2 pun xdan nak BW sbb melayan anak2 buah kat rumah, duk berebut komputer segala...hehehe.

Happy Belated Birthday to your handsome boy, Mohd Shafie (Yong). Moga jadi anak yg baik, cemerlang kehidupan di dunia dan akhirat...amiin... Amboii terliur lak akak tengok glutinous balls tu...sedap tgk dgn inti camtu... ni masakan baba nyonya eh Diana... :)). Penah tgk keturunan baba nyonya Melaka sana masak camni dlm satu segmen masak2 kat tv... :)

ady said... Reply

AS-SALAM DIANA
npk sedap tang yuen ni..tak pernah mkn..cantik warna tang yuen diana ni.. btw 'Happy Birthday to your son..Semoga menjadi anak yg soleh yg berguna bg umat & selalu dilindungi Allah SWT..

Ucu Faridah said... Reply

ucu pun pernah ditengking mcm tu ...masa tu magrib (lahirkan ank no.2)..nurse tu siap kata lambat lagi, sebab dia tengah sibuk belek katalog avon (padahal dia x dtg pun tengok) kita dah jerit2 kata bb nk keluar..ada sorang nurse yg prihatin pegi tengok..siap cakap kepala baby dah nak keluar baru dia lintang pukang...kalau lah masa tu ada kudrat nak ajer ucu cekik nurse tu...

apa2 pun happy birthday Yong...smoga jadi anak soleh n sentiasa membahagiakan mummy n daddy

cantik kuih tu...

dZana said... Reply

happy belated birthdy mohd shafie.. smga mjadi ank yg soleh n bijak pandai..

Citarasa Rinduan said... Reply

happy belated birthday buat yong

baca entry diana..
ayu dapat rasakan sangat2..
maklumlah ayu pun tak berapa suka dengan hosp gov....
hehehe

yang pernah ada pengalaman sahaja yang memahami.. kan..

tak apa, yong pun dah besor...
semoga menjadi anak yang soleh

tun_telani said... Reply

kak diana.. ngeri nyerr tun baca pengalaman akak tu.. mmg biasa hospital kerajaan misi dia garang2 =( tun pun pernah di tengking sbb tun nk pengsan tgk darah. kalau x sakit pun blh jd sakit duk lama2 kat spital tu. huhu..

sedap nyer tang yuen nih.. tun pernah tgk dlm ho cyak!. terliur bila wat warna warni camni.

selamat hari lahir mohd shafie.. moga2 yong menjadi anak yg soleh.

IXORAROXI said... Reply

Salam diana, ngeri akak baca pengalaman Diana tu..itulah antara sebabnya akak tak pernah bersalin di hospital kerajaan.ketiga2 anak akak, akak bersalin di hospial swasta.:)
1st time akak tengok menu ni..sangat berlainan

IXORAROXI said... Reply

Happy belated birthday untuk Yong ya

Muhd Leo said... Reply

hai .. kak akk ditag http://muhdleoo.blogspot.com/2011/11/tag.html

K.Nor said... Reply

salam diana sayang.. tragisnya nak melahirkan anakanda tu ya.. atas banyak sebab tu yg buat org fikir banyak kali nak gi bersalin kat spital kerajaan, terutamanya yg hanya mampu duk 3rd class.. layanan mmg amat ketara kalau banding dgn class lain kan.. bagi yg kurang mampu, nak tak nak terpaksa gak harungi.. tp bukan semua nurse yg sikapnya gitu kan.. ramai gak yg baik hati.. apapun syukurlah tak ada apa2 perkara buruk yg terjadi masa nak melahirkan yong tu..

ehh lupa nak wish birthday.. HAPPY BIRTHDAY MOHD SHAFIE.. semoga menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah ya...

psst !! D, yg melahirkan, nurse tu lebih tepat kalau disebut 'jururawat yg menyambut kelahiran" hehe

Oh Oeya said... Reply

Happy Birthday Mohd Shafie (Yong).. Semoga berjaya dalam pelajaran ya :)

Tertarik betul dgn resepi ni Diana..

Anonymous said... Reply

Bila baca pengalaman diana, terus teringat pengalaman saya melahirkan anak sulung saya pada tahun yang sama jugak.. hampir2 kepala baby saya termasuk ke dalam mangkuk tandas sebab nurse masa tu pun dah nak abis syif keje.. bila kita mengadu sakit nak bersalin dia boleh buat deekk je...siap kata kita ngacau dia nak tido lagi (waktu tu dekat nak subuh).. bila saya jerit satu wad bersalin tu dengar..barulah nurse kelam kabut tolak wheelchair ambik saya kat bilik...mmg macam tu la kat spital k'jaan kut ye...:-)

quinnie said... Reply

kita lak yg rasa ngeri bila baca kisah akak ni...alhamdulillah nasib baik semua selamat...selamat hari jadi yong..moga jadik anak yg soleh...:)

saya teringin nak buat TY ni dah lama dah sebab selalu tengok kat tv dlm rancangan memasak chinese ni...tapi takut nak cuba sebab kuah dia tu ada letak halia..hehehe...satu hari nanti nak beranikan diri jugak nak buat dan merasa...:)

Mieza said... Reply

kak diana.kali pertama mieza tgk kuih ni masa tu mieza tgk cerita cina..kerja dia jual kuih ni..dan mieza suka sgt..tp mieza tatau nama dia..TQ kak d sudi kongsi resepi ni..mieza yakin kuih ni sedap..

talking about gov hospital..yes mieza setuju dgn akak..mieza pun takut nak pergi hospital kerajaan..kawan2 selalu ejek mieza katanya mieza manja dan buang duit sbb bersalin kat hospital swasta, padahal sakit bersalin sama je..mieza diam je...tapi mieza tau mieza sakit bersalin sama je walau bersalin di mana, tapi layanan yg mesra di private hospital membuatkan sakit hati tu tak ada...ada juga gov hosp yg baik..tp kita tatau masa kita sakit tu kita akan dpt nurse yg baik ke tak..huhuhu apa2 pun syukus sebab semua selamat..happy besday yong..

Zaliedana said... Reply

Assalam kak,dah baca cite kak dari tadi,nih baru smpat nak komen..UISH KAK NGERINYER BACA CITE KAK,sy dua2 ank g private kak,sbb takut dengar member2 duk cita mcm2,Hihi..Happy birthday utk yong ya,moga membesar menjadi ank yg soleh n berjaya d dunia n akhirat..Inti tuh nmpak sedap kak..Tang yuen nih nmpak menarik,sbb kale male..

Nur said... Reply

Alahai.. kenapalah jadi seperti itu.. Mesti pengalaman tu tak akan terpadam dalam ingatan kan kak..

Di kesempatan ni, Nur nak ucap "Happy Belated Birthday" buat putera akak, Mohd Shafie @ Yong. Moga Yong membesar jadi anak yg soleh dan berjaya di dunia & akhirat.

Sayang juga kat Kak Diana.. :)

Shaiful Zaidi said... Reply

Salam..Happy Belated Birtday buat Yong...tak pernak dengar dan tengok makanan ni sebelum ni...

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak D...

Ohhh...seriau gak saya baca pengalaman akak tu..Bila baca kisah2 begini, tu yang selalu buat saya teragak2 nak gi hospitak 100% gov..selalu pun gi yang semi, walau jalan cerita dia hampir sama tapi alhamdulillah setakat ni dipermudahkan semuanya...

HAPPY BIRTHDAY YONG @ MOHD SHAFIE
Moga terus membesar menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu bapa...

Akak..Belum pernah lagi makan desert ni, mesti sedap kan...

Yatie said... Reply

Happy Belated Birthday to your handsome boy, moga menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibunya.