Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Ermm.. Nie nak bagitau nie.. ;).. Diana dah buat page untuk Glossary yer... Nie untuk memudahkan lagi kepada sesiapa yang ingin mengenali sesuatu bahan tu yer.. Tapi tak ada ler penerangan yang panjang lebar tentang bahan tu.. Cuma lebih kepada gambar / rupa bahan tu jer pun.. :).. Terima kasih kat Noorsha kerana mencadangkannya kepada akak yer Sha.. Cayang Sha.. Muahssss !!!!
Baik ler.. Berbalik kepada cerita asal.. Kari Udang Aromatik nie Diana masak 3 hari yang lepas kalu tak silap... Entri tertangguh lagi ler nie kan.. Hehhehe.. D sini Diana gabungkan daun kari dan daun pandan dalam resipi nie.. Tu ler kenapa Diana beri nama Kari Udang Aromatik.. Boleh ler kan nama tu.. ;). Nak tau resipinya jom tengok kat bawah..
Bahan²
1 kg udang bersaiz besar yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya sedikit
2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
6 tangkai daun kari
2 biji cili merah _ dihiris kasar
Minyak untuk menggoreng
Bahan² Perap
1 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tbsp serbuk ketumbar
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp gula
Garam secukup rasa
Bahan² A
8 ulas bawang putih _ dicincang
4 ulas bawang merah _ dcincang
2 biji bawang besar _ dicincang
4 batang serai _ dititik
Bahan² B ( Campurkan )
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
2 tbsp sos pedas berkicap AgroMas
3 tbsp rempah kari ayam dan daging Baba's
Sedikit air panas
Gula secukup rasa
Cara²
1 kg udang bersaiz besar yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya sedikit
2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
6 tangkai daun kari
2 biji cili merah _ dihiris kasar
Minyak untuk menggoreng
Bahan² Perap
1 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tbsp serbuk ketumbar
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp gula
Garam secukup rasa
Bahan² A
8 ulas bawang putih _ dicincang
4 ulas bawang merah _ dcincang
2 biji bawang besar _ dicincang
4 batang serai _ dititik
Bahan² B ( Campurkan )
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
2 tbsp sos pedas berkicap AgroMas
3 tbsp rempah kari ayam dan daging Baba's
Sedikit air panas
Gula secukup rasa
Cara²
- Gaul udang bersama bahan² perap selama 30 minit.
- Panaskan minyak d dalam kuali dan goreng udang sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak dan tumis bahan² A sehingga terbit aromanya.
- Kemudian masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daun kari, daun pandan dan cili merah.. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan udang yang telah d goreng tadi dan gaul rata.
- Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.




9 comments:
salam D....wahhh cantik udang tu dok berposing yer...tgk gmbar pun dah geram ni..hiihihihi
wah nmpk sedap!!! terliur tgk udang tu berposing...hehehe...
Salam Diana...menyelerakan betul kari udang tu..bikin lapar aje..
salam diana,
rasa nak cekut cekut je udang tu bawak lari....
waaaa...udang kat lauan nie mmg camgini ker D,bestnyer kalau dapat makan udang gini.pueh ati kan,,meh pos sket kat akak udang tu,,nyum..nyum...
that sure looks good... big prawns. awesome!
Kak D..mesti udang ni seharum namanya..nampak menggiurkan je gambar yg kak d tayang ni..mieza mesti cuba..esok gi tangkap udang duluuuu..izinkan mieza c n p resepi nya ye kak d cayanggg
lecur air liur =)
Saya dah tiru resepi ni kak!!!! tp terlupa buh daun pandan! huhu.... tapi sedap la kak! nak buat lagi sekali dengan resepi yang lengkap! heeee....
Post a Comment