Thursday, December 15, 2011

~ Stew Daging...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Untuk entri nie Diana tak nak banyak sangat membebel ler yer... Penat + sibuk = tekanan melanda... Huhuu... Memang tak ada idea langsung tapi... Terus jer ler kita tengok resipi yang sedap nie.. Resipi asal dari Resepi Raidah dan Diana ternampak ketika singgah kat dapur Hana.. Dah lama berangan nak buat Stew Daging nie tapi tak buat juga sampai ler semalam hubby ada beli daging kata nak makan stew daging... Nasib baik hubby minta masakan stew daging kan d kala Diana tersangat ler sibuknya.. Maka Nie ler masa yang sesuai untuk masak Stew Daging nie.. 


Pelik eh kenapa masa yang sesuai untuk masak stew daging nie ketika Diana d landa kesibukan? Hehhee.. Ceritanya macam nie.. Ingat lagi tak kat Amway Thermal Cooker? Pasti ingat kan... Dengan adanya Thermal Cooker tu kerja memasak semudah ABC.. Hehhee.. Hanya perlu lebih kurang 30 minit jer kita berada d dapur.. Selebihnya tu biar jer Thermel Cooker tu yang menjalankan tugasnya.. Kita yang sibuk nie boleh ler buat kerja yang perlu kan... Tak perlu risau sebab Thermel Cooker nie memasak tanpa kuasa.. Kita nak keluar rumah pun boleh.. Nanti balik dari jejalan boleh ler makan terus.. ;). 


Terima kasih kepada empunya resipi dan Hana kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima Kasih.. Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah ( TQ )
:: Sumber ~ c&p dari Hana @ HaNa's FamiLy  dan semua yang pernah mencuba resipi nie yer.. ( TQ )


Bahan²
500gm daging lembu / kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih ( jgn hiris / potong, sebiji² )
2 sudu pes bawang _ ** resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dalam 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


Cara²
  1. Panaskan minyak di dalam periuk tekanan ( pressure cooker ) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam ( kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit ).
  4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga sayuran empuk / lembut.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
:: Nota Kak Raidah~
*** Saya tidak menggunakan sebarang perasa ( MSG/stok ayam ) dalam masakan saya. Saya menggantikan dengan gula serta menggunakan bawang yang banyak dalam setiap masakan.





~** Resipi Pes Bawang...


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah ( TQ )


Bahan²
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara²

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dalam pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul² masak.
  5. Pes bawang ini boleh disimpan... taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.
:: Nota Hana ~
*** Untuk pes bawang, Hana cuma goreng bawang besar + bawang putih dalam setengah cawan sehingga jadi bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan² lain seperti arahan resepi.



:: Cara Diana pula dengan menggunakan kaedah Thermal Cooker ~
  1. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau hingga daging keperangan.. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa dan panaskan sedikit minyak ( Diana guna minyak zaitun ) dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay sehingga terbit aromanya.
  3. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum.. Kacau rata.
  4. Masukkan daging dan kesemua bahan² dan gaul rata.. ( jika menggunakan thermal cooker .. tambahkan 1 1/4 cawan air sahaja.. Kalau nak bubuh lebih pun boleh.. terpulang pada selera masing² ).
  5. Sesuaikan rasa kemudian tutup penutup periuk dalam dan renih selama 10 minit d atas api sederhana.
  6. Kuatkan api dan renih lagi selama 5 minit.. Matikan api dan pindahkan periuk dalam ke dalam periuk luaran dengan keadaan periuk masih bertutup ( jangan buka penutup periuk dalaman tu yer ).
  7. Setelah itu tutup penutup periuk luaran dan biarkan ia memasak termal tanpa kuasa selama 3 - 4 jam.
  8. Setelah 3 atau 4 jam bolehlah d buka penutup periuk dan gaul rata.
  9. Sedia untuk dihidang.
  10. Nak tengok step by step cara penggunaan Thermal Cooker nie Klik kat  SINI yer.



14 comments:

Liza said... Reply

salam D...stew ni kalau cicah ngan roti pun sodap....hihihi

Diana @ Melley Mey said... Reply

liza ~
salam... a'aa mmg sedap cicah ngan roti stew daging nie... :)

tun_telani said... Reply

wahh... jeless!! perlu beli jugak sebijik nih..
tun x makan daging, so xleh komen lauk. hehe..

Amie said... Reply

sedapnya cicah dengan garlic bread ni Diana...yummy!

NoorMasri said... Reply

wah best, akak suka !

rahel said... Reply

Salam Diana..segarnya rasanya dapat hirup kuahnya..lamanya tak mkn stew daging...

Yat Maria said... Reply

Diana

stew ni memang akak suka jugak..cam na akak nak jugak pi survey tu Thermal cooker...jimat masa..

Sugar 'n' Spice said... Reply

Diana...sedap kn stew ni...mimie pon da wat...wallllaaahhhh....

Ida,Japan said... Reply

slm kak diana....emmm..dari jauh dah bau daging stew ni..sedapnyer

quinnie said... Reply

salam kak diana..teringinnya saya nak masak stew ni...:)

Ucu Faridah said... Reply

mintak sepinggan boleh ..ucu x sempat masak lah hari ni...:)

mama azfar said... Reply

Assalamualaikum sis.

Alhamdulilah...thanks for the reply. So, actually dah boleh agak dah yg sis ni ada asal usul Chinese...sbb tu akak banyak buat masakan Cina dan bahan2 yg akak guna pun biasanya jarang org Melayu akan guna...cthnya red date, kiam chi, qi zhi, white fungus...etc.

Saya mmg suka masakan Cina sbb saya Chinese Muslim. Tapi tak berkesempatan nak belajar dgn my late mom. So, mmg terkilan sgt2 :(

Anyhow, insyaALLAH nnt boleh try resepi2 sis di sini. Alhamdulilah, thanks for sharing.

Salam perkenalan :)

nOOrsha said... Reply

salam kak D...sedap nmpak stew daging ni..makan panas2 cicah roti mmg masyuk :)

izahdaut said... Reply

cantiknya daging akak potong kiub mcm tu. lawa