Monday, August 29, 2011

~ Kek Kukus Nakhoda...

Diana @ Melley Mey | 5:51 AM | | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Apa khabar hari nie? Moga kita semua d berikan kesihatan yang baik.. sihat sejahtera... Amin.. Kepada yang hendak balik kampung pada hari nie... Hati² tau d jalan raya... Moga perjalanan kalian d lindungi Allah S.W.T.... Yang dah berada d kampung halaman masing² tu pasti seronok kan dapat bersama keluarga dan sanak saudara... Tradisi balik kampung nie macam seronok jer Diana dengar... Hehehee.. Tak pernah lagi melalui suasana balik kampung tu... Yer ler kan.. Kalau kat Labuan nie mana ada ler tradisi balik kampung nie.. Dekat² jer pun... ;). 

Baik ler... Dalam entri kat bawah .. Diana kata ianya adalah entri yang terakhir pada bulan Ramadan nie kan.. Memandangkan ada permintaan untuk resipi Kek Kukus Nakhoda nie ( kek fav Irfan nie )..  Diana buat entri nie khas bagi yang ingin mencuba resipi nie yer... :).. Jom tengok resipinya... Selamat Mencuba... ;)




:: Sumber ~ Makcik Norah ( MIL sis Diana ) TQ...

Bhn²
1 tin susu pekat ( 388 gm )
1 tin sederhana kaya ( 300 gm )
1 3/4 cawan tepung gandum  
1 botol kecil horlicks ( 350 gm )
4 sudu makan milo
16 oz mentega _ ( Diana guna SCS )
4 sudu makan browning _ ( Diana lebih kan sedikit )
3/4 cawan gula halus _ ( Diana guna gula pasir jer )
8 biji telur

Cara²
  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus kek yer.. Juga pastikan penutup pengukus d balut dengan kain atau aluminium foil supaya air wap tidak menitik d permukaan kek ketika mengukus.. Diana menggunakan aluminium foil dan lapkannya setiap 10 minit. 
  2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.. Ketepikan.
  3. Kemudian pukul mentega, susu pekat dan kaya sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan telur bersama gula tadi dan pukul lagi.
  5. Setelah itu masukkan horlicks, milo dan browning... Pukul adunan sebati.
  6. Masukkan tepung dan pukul lagi.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci ( jika nak kek nampak tinggi )... atau loyang bersaiz lebih besar sedikit ( jika nak kek nampak sederhana tinggi ) yang telah d lapis dengan aluminium foil.
  8. Kukus kek selama 4- 5 jam.. Diana kukus selama 5 jam d atas api sederhana.  Sebaiknya jangan menggunakan api kuat ketika mengukus kek.. Takut nanti permukaan kek akan menggelembung.
  9. Selamat Mencuba.


Baca Selanjutnya / Read More...

Thursday, August 25, 2011

~ Salam Aidilfitri.. Gajus Goreng Pedas Daun Kari...

Diana @ Melley Mey | 12:20 AM | 21 Comments so far

Assalamualaikum dan bertemu kembali.... Rasanya entri nie adalah entri yang terakhir pada bulan nie... Minggu nie Diana agak sibuk sedikit... Nak BW pun hanya dapat mencuri sedikit masa jer sekarang nie... Insyaallah dalam kesibukan nie.. pasti Diana akan luangkan masa juga singgah ke blog semua yer... Baik ler... Tak lama lagi kita menyambut kehadiran Syawal... Di kesempatan ini... Diana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya... Seandainya Diana pernah terkasar bahasa... Terlanjur kata... Tersalah duga... Mohon d maafkan yer... Kepada yang balik kampung tu... Berhati² ketika d jalan raya tau... Biar lambat asal selamat yer... Tak perlu nak cepat² sampai tau...Di harap semua akan menyambutnya dengan penuh kemeriahan.. Namun.. dalam kita bergembira.. Pasti ada yang berduka... Oleh itu bersyukur ler dengan nikmat yang telah d berikan olehNya... 

::  Nie antara bahan yang d perlukan untuk Gajus Goreng Pedas Daun kari  ::

Ermmm.. Sepatutnya semalam Diana dah goreng gajus kan.. Oleh sebab ada yang datang memasang langsir kat rumah Diana.. Maka tergendala ler nak goreng gajus... Niat d hati nak  goreng pagi tadi.. Tapiiii... Hehhehee... Termenung pula Diana tengok gajus 14 kg tu.. Hahaa... Tak bergoreng juga sampai ke petang... Tapi pukul 5 pm tadi tetiba pula rajin nak  menggoreng gajus nie... Jadi buat jer ler kan... Cuma tak sempat nak habiskan 14 kg tu.. Memang muka dah macam udang kena bakar.. Hahahaa... Terus berhenti menggoreng.. hanya termampu goreng dalam 10kg jer hari nie... Boleh ler kan.. Esok² sambung lagi kan... :). Jom kita tengok resipi Gajus Goreng Pedas Daun Kari nie.. Sama jer dengan cara orang lain... Tak jauh bezanya pun... Tapi Diana letak juga ler kan kat sini walaupun ramai yang dah tau cara membuatnya... Jom semak resipinya... ;)

::  Campurkan daun kari, serbuk cili, garam, gula dan tepung beras.. Gaul sebati  :: 

::  Telur d gaul bersama gajus dan campurkan campuran tepung dan bahan lain tadi  ::

::  Gaul sehingga bahan tadi bersalut dengan gajus  ::



Bhn²
500 gm gajus _ dicuci dan toskan
1 biji telur dipukul ringan
Minyak untuk menggoreng


Bhn² A ( D campurkan bersama )
1 cawan tepung beras
3 tangkai daun kari _ dicincang halus
2 tbsp serbuk cili ( boleh ditambah jika suka pedas )
3 tbsp gula
1 tsp garam atau secukup rasa


Cara²
  1. Gajus digaul sebati bersama telur. Kemudian masukkan bhn² A dan gaul sehingga bahan bersalut pada gajus.  
  2. Panaskan minyak yang banyak. Goreng gajus sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Siap.
** NOTE ~ Jika ingin rasa dan bau daun kari yang kuat, boleh masukkan daun kari ketika menggaul kacang gajus bersama telur.


::  Hanya mampu goreng 10kg jer hari nie.. baki 4 kg nanti ler kan.. Hehheee.. tapi yang nie goreng biasa jer.. hehehhee.. yang bubuh ngan garam jer yer.. :D  ::



***********************************************************


Terima kasih juga d atas ingatan mengirimkan kad nie yer.... Moga silaturahim yang terjalin akan lebih kukuh dan berkekalan hingga akhir hayat... Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua.... Maaf Zahir  & Batin...


::  Terima Kasih Akak Ita  ::


::  Terima Kasih Abg Ady  ::


::  Terima Kasih Mas  ::


::  Terima Kasih HaSue  ::


::  Terima Kasih Cheq Sue  ::


::  Terima Kasih CB  ::


::  Terima Kasih Iza Akma  ::

::  Terima kasih Akak ummi


::  Terima Kasih Ita  ::


::  Terima kasih Akak Lina  ::


::  Terima kasih Nieza  ::


::  Terima kasih Izah  ::


::  Terima kasih Akak Yatie  ::


::  Terima kasih Akak Gee  ::


::  Terima kasih Akak Madihaa  ::


::  Terima kasih Deliah  ::

::  Terima kasih Akak Nor  ::

::  Terima kasih Noorsha  ::


Baca Selanjutnya / Read More...

Saturday, August 20, 2011

~ Oat Crips Cookies...

Diana @ Melley Mey | 1:06 AM | 27 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ermm.. Nampak gayanya nie ler entri terakhir yang berkaitan dengan cookies raya tahun nie... Juga entri terakhir minggu nie.. Dah tak kena bagi dah buat cookies... Badan kurang sihat sikit... Nie kena rehat dulu sebab nanti nak goreng gajus 14 kg lagi... Nak mengukus kek lagi.. nak membakar kek juga.. Adeeeh... Seorang² buat tu... Harap sesangat next week badan dah ok dah.. Kalau masih lagi kurang sihat... Memang tak ada bersuara ler Diana raya nanti.. Layan tetamu pun susah .. hahahaa.. Harap sejarah tu tak berulang lagi kan kan.. :D



Baik ler.. berbalik kita bicara pasal cookies kat atas nie... Oat Crips Cookies nie memang sedap... Masa Diana buat cookies nie memang dah penat giler ler... Nak jer segera siapkan cookies nie.. Tengok ler potongan cookies nie memang tak kemas... Tak seperti yang Akak Ita buat tu... Masa singgah kat dapur akak Ita dulu.. Memang tergoda tengok cookies yang Akak Ita buat tu... Cantiiik sesangat!!! Suka sangat tengok... Irfan pun suka tengok... Kata dia nak sama macam tu ( macam cookies yang Akak Ita buat ).. Hehehee.. Jadi Diana bentukkan dan taburkan juga ler dengan gula aising seperti yang Akak Ita buat.. Halal yer akak... Tapi tu untuk Irfan jer tu... Yang untuk d hidang time raya nanti memang tak tabur dengan gula aising pun... Macam tu jer hidang.. Resipi nie dari Mak Lang.. izinkan Diana kongsikannya kat sini yer Maklang... Terima kasih... Terima Kasih juga buat Akak Ita dan izah yer... Muahsss   

:: Resipi oleh ~ Maklang Azie ( TQ ) 
:: Sumber ~ Akak Ita @ Masam Manis  &  Izah @ Izah Muffin Lover  ( TQ )  


Bhn
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Badam nips
Choc chips ( Diana tambah juga )

Cara
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
  2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang. 
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  ( saya bakar 18minit ) atau sehingga rangup.




::  Nie untuk d hidang time raya.. Tak bubuh gula aising  ::


Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, August 19, 2011

~ Corn Flakes Kismis Berkacang...

Diana @ Melley Mey | 11:10 AM | 16 Comments so far

Assalamualaikum semua.. Bertemu kembali... Maaf sesangat sebab belum lagi terbalas komen yang ada... BW pun hanya mana yang tersempat jer... Huhuuuu.. Nanti  Insyaallah kalu Diana free sikit Diana BW yer... Maaf sesangat tau.. Huhuu... Baik ler... Kali nie Diana nak kongsikan resipi dari Chef Wan.... Corn Flakes Kismis Berkacang.. Sedaaap tau... Kalau ikutkan tekak kami sekeluarga memang sedap ler... Tapi bergantung juga pada citarasa masing²kan... Memang mudah nak buatnya... Terima kasih kat Chef Wan... Memang dah banyak kali buat cuma buat untuk makan sendiri... Hehehee... Belum hidang dah habis dah.. Haha... Jom tengok resipinya... :)

Kalau nak hidang semasa raya baik bubuh dalam cawan kertas nie yer... Kalau untuk d makan sendiri jer... Potong bentuk bar macam gambar kat atas tu jer pun boleh.. : ).. Resipi kat bawah nie memang agak sedikit jer tau... 1 adunan memang tak cukup untuk orang kat rumah Diana nie.. Nie pula nak hidang time raya kan.. Hehehhee.. Kalau untuk raya.. 3 kali adunan memang tak cukup untuk tetamu yang hadir ke rumah Diana nie.. :). Kena buat lebih dari 3 kali adunan ler..     


   
:: Resipi oleh ~ Chef Wan ( TQ )

Bhn²
1/4 cawan marjerin _ ( Diana guna mentega )
1/4 cawan gula
1/4 cawan madu
1 cawan kacang _ d cincang ( Diana guna kacang panggang )
1/4 cawan kismis kering
2 cawan Kellogg's Corn Flakes

Cara²
  1. Campurkan marjerin / mentega, gula dan madu d dalam kuali leper dan panaskan d atas api sederhana.. Kacau sentiasa.
  2. Kecilkan api dan reneh selama 3 minit.. kacau sentiasa.
  3. Tutupkan api dan masukkan corn flakes, kacang dan kismis.. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 23 x 23 x 5 cm yang telah d sapu mentega ( Diana tak sapu mentega tapi Diana alas dengan aluminium foil ) dan tekan adunan hingga padat.
  5. Sejukkan sehingga adunan padat.. ( Diana simpan dalam peti ais sekejap ).
  6. Potong bentuk bar mengikut saiz yang d kehendaki.
  7. Boleh juga d simpan d dalam cawan kertas.
  8. Simpan d dalam balang.




 
Baca Selanjutnya / Read More...

Thursday, August 18, 2011

~ White Choc & Nuts Cookies...

Diana @ Melley Mey | 8:59 AM | | 16 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Apa khabar hari nie? Moga semuanya sihat² hendaknya... Diana sejak semalam dah batuk² sikit dan rasa macam nak demam pun ada... Huhuuu.. Mungkin terlalu penat ler tu kan.. Semalam i buat WCNC nie.. Buat dari 5 petang gak... Siap pukul 9 pm.. Buat 2 kali adunan.. Masih lagi buat seorang²... Siap jer cookies nie... Kepala terasa berat sesangat.. Batuk pun mula dah sikit... Pagi nie terasa macam nak demam pula.. Niat d hati masih lagi nak buat 3 jenis biskut raya.. Tapi memandangkan i macam nak demam.. hubby tak nak bagi dah... Uwaaaa... Tau apa kata hubby... 3 jenis cookies yang tak buat lagi tu simpan tuk tahun depan ek... Hahahahahaaa... :D


Ni pertama kali i buat WCNC nie... Rasanya ok.. tak begitu manis walaupun ada bubuh choc kan dalam tu... Mula tu ingatkan cookies nie manis sangat tau... Tapi bila dah makan.. ok jer rasanya.. Tak  tau ler kat tekak orang lain kan... Baik ler... Jom kita semak resipi cookies nie...

::  Adunan nie d bentuk menggunakan 2 batang sudu kecil... Letak jer macam kat atas tu yer.. Kemudian bakar... Mudah kan  ::


:: Resipi dari ~ I Can Bake.. Agnes Chang ( TQ )

Bhn²

A
250 gm mentega / margarine _ ( Diana guna mentega )
120 gm soft brown sugar

B
2 biji telur
1 tsp esen vanilla

C ( Di Ayak Bersama )
350 gm tepung gandum
1 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp garam

D
180 gm white choc _ d potong kecil²
100 gm almond nibs _ ( Diana bubuh 50 gm almond nibs + 50 gm gajus panggang cincang )

Cara²
  1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.. ( d pukul sehingga creamy yer baru ler d bubuh sebiji telur lagi dan pukul lagi )
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  4. Masukkan C dan gaul sebati ( gaul sekejap jer yer ).. Boleh juga gaul guna spatula jer.
  5. Masukkan pula D dan gaul mengguna spatula sahaja sehingga sebati.
  6. Bentuk adunan menggunakan 2 batang sudu ( rujuk gambar kat atas yer ) dan bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit sehingga biskut masak. 
  7. Diana bakar pada suhu 150°C  selama 25 minit.. Setiap 5 minit Diana akan pusingkan dulang yang berisi biskut tu.. Dengan cara nie biskut tu akan cantik jer masaknya.. Terpulang ler pada masing² kan..
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum d simpan d dalam balang.


Baca Selanjutnya / Read More...

Wednesday, August 17, 2011

~ Biskut Nastar / Tart Nenas

Diana @ Melley Mey | 10:27 AM | 21 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Dah 17 hari kita d dalam bulan Ramadan... Tak rasa masa tu berlalu begitu cepat sekali kan... Baik ler... Semalam i sempat juga buat Tart Nenas... Buat 1 kg seorang² dari pukul 5 lebih petang semalam... Siapnya pukul 9 pm... Adeeeh!! Penat sesangat... Mula tu niat d hati nak buat Tart gulung.. Tapi tak tau mana perginya menghilang acuan tart nenas gulung tu.. Baru jer nampak hari tu dah tak ada dah.. Huhuuu... Cari punya cari tak jumpa .. buat jer ler macam kat atas tu.. Heeheee....


Resipi nie memang Diana dah banyak kali buat... Dulu tiap² tahun mesti buat ikut resipi nie... Cuma beberapa tahun lepas memang Diana tak buat biskut raya.. Beli jer.. Jadi tahun nie atas permintaan.. Diana buat juga... Resipi nie memang sedap pada tekak kami sekeluarga dan teman²... Resipi nie Diana ambil dari Buku Koleksi Senirasa Chef Zaidah.... Terima kasih buat Chef Zaidah kerana berkongsi resipi yang sedap nie yer... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer... Terima Kasih... Muahhhsss  


:: Resipi oleh ~ Chef Zaidah _ Koleksi Senirasa ( TQ )

Bhn²
500 gm tepung gandum
400 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm tepung jagung
75 gm susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
Kuning telur untuk d sapu pada biskut

Cara²
  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung... Ketepikan.
  2. Putar gula aising, mentega, garam serta vanilla kira² 10 - 14 minit.. Diana putar pada kelajuan kuat selama 10 minit.
  3. Masukkan campuran tepung dan susu tepung tadi ( no.1 ) dan putar sebati.
  4. Picit adunan menggunakan acuan nastar.
  5. Isikan dengan jem nenas dan gulung dengan kemas.. ( Diana tak gulung )
  6. Sapu adunan dengan kuning telur.. ( Diana tak buat sebab anak² Diana tak suka baunya ).
  7. Bakar pada suhu sederhana sehingga biskut masak.. ( Diana bakar pada suhu 150°C selama 15 - 18 minit bergantung pada oven masing² yer ).
  8. Sejukkan sebelum d masukkan ke dalam balang. 

~ Jem Nenas...

Bhn²
3 cawan nenas yang d parut
1 1/2 cawan gula
Sedikit pewarna kuning ( Diana tambah )
Garam secukup rasa ( Nie pun Diana tambah )
Perasa nenas jika suka ( Diana tak bubuh )

Cara²
  1. Masak kesemua bahan d atas sehingga pekat.
  2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum d masukkan ke dalam peti ais.
  3. Sedia untuk d gunakan.
** Diana buat 6 cawan nenas parut dan 3 cawan gula cukup untuk 2 kali adunan  biskut d atas.





Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, August 16, 2011

~ Biskut Oreo Black Beauty...

Diana @ Melley Mey | 10:53 PM | 23 Comments so far

Assalamualaikum dah Salam Sayang semua...Hari nie tak nak ler banyak membebel kan.. Penat sesangat.. Nie tadi pukul 9pm baru jer habis buat tart nenas... Mula dari pukul 5 lebih petang ... Buat dalam 1 kg gitu... Seorang² pula tu.. Memang mencabar rasanya... Nasib baik tak buat tart nenas gulung... Kalu tak.. hehehhee... Ntah pukul berapa baru siap kan.. :D.


Baik ler.. Berbalik kepada Biskut Oreo Black Beauty nie... Biskut nie Diana buat bersama daughter pada Ahad lepas... Daughter yang buat spiral tu... Bermacam² bentuk dan rupa dah daughter buat.. Hehehheee... Terima kasih sayang kerana tolong mummy yer ( Aiks! Dulu bukan daughter ker yang beria² sangat nak buat cookies? Hahahaa... :P ).. Tak per².. Biar mummy jer yang buat kan.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. ;)


Heeheee... Semua nie daughter yang deconya dengan choc putih... :).. Irfan siap cakap cuteeenyaa... ada mata... ada mulut lagi... Haahaaaa... Daughter ler punya kerja nie.. hehee... Ok ler... Kata tadi tak nak banyak membebelkan... Tapi membebel juga.. Hahahaa... Ok².. Dah ler tu kan membebel... Terus jer kita cerita bab biskut nie..  Biskut nie Diana tergoda semasa singgah kat dapur Akak Ita cayang hari tu.. Tengok biskut yang Akak Ita buat tu memang cantiik sesangat... Suka tengok kejadiannya... Tu yang buat tu... Tak tahan dok tergodaaa jer kan.. Hehehe..  Buat Akak Ita dan tuan punya resipi .. Terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi resipi nie.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer... Muahssss  


:: Resipi oleh ~ Citarasawan ( TQ )
:: Sumber ~ Akak Ita @ Masam Manis ( TQ )_ Diana cnp dari Akak Ita

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak _ ( Diana pun tak letak )
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak _ ( Diana pun tak letak )

Cara²
  1. Pukul bahan A hingga kembang.
  2. Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
  4. Tekan atas tray hingga habis.
  5. Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  7. Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  8. Paip kan dengan coklat putih.

Cara Ita ( Diana ikut cara Akak Ita )
  1. Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
  2. Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
  3. Susun dalam paper cup dan bakar.
  4. Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..




Baca Selanjutnya / Read More...