Sunday, October 30, 2011

~ Salt Cheese Crackers Cream Cake...

Diana @ Melley Mey | 10:00 AM | 26 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Rindu dari Diana... Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya d dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Sebenarnya hari nie Diana masih lagi dalam bercuti berblog tapi... d sebabkan sayang Diana kepada anda semua Diana update ler 1 entri pada hari nie.. Lagi pun ada permintaan dari seorang kawan kat BBM ( Blackberry Messenger ) yang nak resipi nie secepat mungkin.. Nak buat kek nie hari nie katanya.. :). Ada juga permintaan dari kekawan kat fb kalau tak silap Diana kan.. 


Kek nie lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya yer... Resipi kali nie Diana ambil dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun yer Emiza... Halal yer.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Memang best dan ngam kat citarasa kami sekeluarga.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer Emiza... Terima Kasih.. Muahsss 


:: Sumber Dari ~ Emiza's Life ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen ( Dalam tulisan merah )

( Diana buat 2 x adunan kat bawah nie )

Bhn²
250 gm mentega _ ( Diana hanya bubuh 125 gm mentega )
250 gm cream cheese
1 cawan gula aising
170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
2 bungkus Khong Guan salt cheese crackers _ ( Diana guna salt cheese crackers + biskut marie perisa coklat Jenama Lee secukup kegunaan )
1 cawan susu segar atau susu jenis lain _ ( Diana guna susu segar )


Cara²
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas... ( *** Yang Diana buat seperti versi Ryo ~ Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping salt cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun d dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5.. *** Untuk lapisan biskut yang terakhir, Diana pula guna biskut marie berperisa coklat yang dicelup di dalam susu segar suam ).
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah  kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. *** Akhir sekali Diana buat seperti versi Ryo juga ~ taburkan dengan serbuk biskut marie berperisa coklat yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis ).
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.

::  Hari nie Diana masih tak boleh nak BW rasanya.. Kena rehat sehari lagi untuk hari nie.. InsyaAllah esok kita akan berjumpa lagi yer.. ::


*** Biskut yang Diana gunakan tu macam kat gambar di bawah ini ya... Cuma biskut ini memang sukar nak dapatkannya di Labuan... Biasanya beli di Sarawak. Tapi mana tau dah ada dijual di Labuan kan.. Diana pun tak pasti.. Kat tempat lain mungkin ada..





Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, October 25, 2011

~ Ayam Sos Siam.. Sampai Jumpa Lagi...

Diana @ Melley Mey | 11:27 PM | 20 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Entri nie merupakan entri terakhir untuk minggu nie.. Sebelum Diana berehat untuk beberapa hari nanti.. Diana ada tinggalkan beberapa entri ( Kek Karemel Versi 2Asam Pedas IkanAyam Kicap Berlada Hitam dan Ayam Sos Siam ) untuk anda semua... Untuk resipi Ayam Sos Siam nie Diana ambil dari dapur Akak Ummi.. Resipi yang simple namun sangat sedap.. Diana dah buat untuk kali ke dua dah nie.. Nie salah satu menu kami malam nie tadi... Sedap!

::  Nie Diana masak pada pertama kali.. Guna dada ayam ::

Gambar kat atas nie pula Diana masak pada hari yang sama dengan tarikh Akak Ummi kongsikan resipi nie kat dapur akak ummi.. Heehee.. Memang terliur tengok masa tu walaupun hanya tengok dari BB jer.. Terus salin dan masak pada hari tu juga... :). Cuma masa tu Diana guna dada ayam.. Hari nie pula Diana guna seekor ayam.

::  Nie pula yang Diana guna seekor ayam  ::

Terima kasih kat Akak Ummi Cayang kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Hari nie Diana masak lagi atas permintaan ahli keluarga Diana.. ternyata memang ngam dengan selera kami sekeluarga.. Sedap sesangat!!. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak.. Terima Kasih.. Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )


Bahan² (anggaran )
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus ( kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la ) _ Diana bubuh dua²nya sekali
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek )
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!




Baca Selanjutnya / Read More...

~ Ayam Kicap Berlada Hitam.. Cuti Berblog...

Diana @ Melley Mey | 11:21 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Sebenarnya beberapa hari nie memang Diana sibuk sedikit... Hanya dapat jenguk blog dari BB jer.. Gitu juga FB.. Tak boleh nak online lelama.. Huhuuu... Memang rugi rasanya ketinggalan banyak entri menarik dari akak².. abang².. adik² juga teman² blogger yang lain.. Maaf tau semua.. Malam nie pun Diana kena update beberapa entri sekaligus.. Sebab Diana nak cuti dari berblog dan fb beberapa hari atas sebab tertentu.. Atas sebab yang tak dapat d elakkan... InsyaAllah... Kita akan jumpa lagi setelah habis cuti Diana tu yer.. :)




Baik ler.. Resipi kali nie hasil dari selongkar dapur Akak Dayang Jack Cayang.. Memang sedap Ayam Kicap Berlada Hitam nie.. Ngam kat tekak kami sekeluarga.. Terima kasih kat Akak Dayang kerana sudi berkongsi resipi nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer akak... Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Akak DayangJack @ DapurKu Sayang ( TQ )


Bhn²
1/2 ekor ayam ( dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak )
1 labu bawang besar ( dihiris bulat dan digoreng )
1 sudu makan biji lada hitam ( ditumbuk )
1 sudu makan cili kisar / cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
Sedikit kicap manis
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit madu / gula dan garam
Sedikit air asam jawa
Rempah 4 sekawan ( kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga )


Bhn² Kisar 
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 batang serai

Cara²
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula / madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!



Baca Selanjutnya / Read More...

~ Asam Pedas Ikan...

Diana @ Melley Mey | 11:15 PM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Entri kali nie pula berkaitan ikan.. Diana masak Asam Pedas Ikan nie 6 hari yang lepas.. Kami makan bersama Ambuyat ( Resipi nie biasanya kami buat untuk makan dengan Ambuyat ).. Memang best ler makan dengan Ambuyat... Heeheee... ( Sia²pun eh nya orang sini kan.. karang kempunan pulang eh.. :D ).. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun ok juga.. Terpulang ler dengan selera masing² kan... Lain orang.. lain pula seleranya kan.. ;).. Baik ler.. Mari kita tengok resipinya...

Bhn²
1 kg ikan _ d potong kecil
35 gm asam jawa + sedikit air ( ambil airnya sahaja_ boleh d tambah atau d kurangkan mengikut selera masing² ) 
2 tbsp cili kering kisar
Sedikit daun limau purut
Gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Bhn² Kisar
3 batang serai
4 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 inci lengkuas
2.5 inci kunyit hidup
5 biji buah keras
3 biji cili merah
1 tbsp belacan

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn² kisar bersama cili kering kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan daun limau purut, air asam jawa dan gula melaka.. Gaul dan tambahkan sedikit air dan garam secukup rasa.
  3. Setelah mendidih.. masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak.
  4. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  5. Angkat dan hidang.




Baca Selanjutnya / Read More...

~ Kek Karemel Versi 2...

Diana @ Melley Mey | 11:04 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bertemu kembali semua.. Ok kali nie Diana nak kongsikan resipi Caramel Cake Versi Anna Qawina Cayang.. Kali nie pun memang susah nak dapatkan gambar yang elok.. Setiap hari hujan dan mendung.. Tapi tak apa ler kan... ;). Ermmm... Sebenarnya nie adalah kali kedua Diana buat caramel cake versi Anna nie.. Memang sedap.. dan untuk kali ke 5 buat pada keseluruhannya bila d campur dengan Versi yang Diana ambil dari dapur Akak Ita.. Kedua² resipi nie memang sedap.. Bezanya Versi 1 tak menggunakan susu pekat.. Versi Anna nie pula menggunakan susu pekat dan karemelnya tu agak tebal sedikit.. Tu jer perbezaannya.. Rasanya dua² sedap bagi Diana... :).. Izinkan akak kongsikannya kat sini yer Anna... Terima kasih.. Muahssss 


:: Resipi Asal Oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Anna Qawina @ Anna Qaseh-AzZahra ( TQ )


Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula ( untuk buat gula hangus )
  1. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang ).
  2. Ketepikan dulu ( gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu ).
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( putih & kuning )
(C) - Lapisan Kek 
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis ( Ana tambah ) _ Diana tak bubuh
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara²
  1. Sediakan bahan ( A ) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn ( B ) perlahan²... jangan bagi berbuih²... nanti tak jadi karamelnye...
  3. Tapis bahan ( B ) tadi dalam loyang gula hangus ( A ) tadi.. ketepikan.
  4. Pukul bahan ( C ) *Ana guna senduk je.. ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn ( D ) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh...( meringue )
  6. Campurkan adunan ( C ) + ( D ) dan gaul dengan senduk hingga sebati.. jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau nak..
  8. Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus & keremel tadi ( A + B )..s elang seli warna, letak ditengah² loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175°C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160°C / 170°C sahaja, ( bergantung kpd oven masing-masing juga ya )
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi... masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk². Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

Baca Selanjutnya / Read More...

Monday, October 24, 2011

~ Ikan Goreng Bersos...

Diana @ Melley Mey | 9:29 AM | 15 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Terima kasih kerana masih sudi berkunjung kat dapur Diana nie yer.. Semalam pun dapur nie tak ada tuan rumah.. Tuan rumahnya sibuk iron baju... Bertimbun² pakaian tak beriron.. Semua tu kerja maid ler tu.. Nak juga Diana tolong habiskan semua pakaian tu baru ler siap.. Adeeeh.. Tapi tak apa ler kan.. Saling bantu membantu gitu... Sebelah petangnya pula Diana sibuk buat Caramel Cake untuk d bawa ke rumah aunty semalam.. Ada kenduri kat sana.. :).. Balik rumah pun tak boleh nak online.. Hujan lebat.. berguruh.. petir yang sambung menyambung... Ermmm... 

 

Ok ler.. Jom kita cerita pula Al-Kisah entri tertangguh nie... Heehee... Entri tertangguh lagi kan.. Adeeh...:D. Ikan Goreng Bersos nie i masak 6 hari yang lepas dah sebenarnya.. Dah lama tak masak menu nie.. Teringin pula nak makan masa tu.. Nie menu fav Diana nie.. Makan dengan nasi putih panas... Best!! ( tu bagi tekak Diana yer.. Orang lain tak sama kan.. :D ). Mari tengok resipinya.. Sebab sebentar lagi Diana nak keluar sekejap.. Nak pergi Poslaju... Heeheee.... ^_^..

Bhn²
400 gm isi ikan _ Diana guna ikan putih
2 inci halia _ d hiris nipis panjang
5 ulas bawang merah _ d hiris dan d goreng
7 ulas bawang putih _ d cincang dan d goreng 
Daun bawang _ d potong 1.5 - 2 inci panjang
Minyak untuk menggoreng

Bhn² Perap
1 biji putih telur
Garam 
Serbuk lada hitam
Perencah pati ayam Tumix
Tepung jagung secukupnya 

Bhn² Sos
2 tbsp Sos Pedas Berkicap Agro Mas  
2 tbsp Sos Lada Hitam Life <-- ( Klik untuk tengok sos nie )
1 tbsp Sos barbeku ( oriental ) Life 
Sedikit gula


Cara²

  1. Perap ikan bersama bhn² perap selama 10 minit ( pastikan tepung jagung tu bersalut dengan keseluruhan isi ikan ).
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ikan sehingga masak dan garing.. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Tumiskan halia sehingga wangi.
  4. Masukkan bhn² sos dah gaul rata.
  5. Kemudian masukkan ikan goreng, bawang merah goreng, bawang putih goreng dan gaul sebati.
  6. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul.
  7. Angkat dan hidang dengan nasi putih panas.

::  Nanti kita jumpa lagi yer.. Nak bersiap dulu...  ::
Baca Selanjutnya / Read More...

Saturday, October 22, 2011

~ Carrot & Banana Cupcake...

Diana @ Melley Mey | 10:22 AM | 22 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Ermm.. Pagi nie cuaca agak cerah kat sini.. Sekarang nie setiap petang cuaca memang tak elok kat sini.. Hujan dan ribut.. Kepada sesiapa yang memandu balik dari kerja tu berhati² ketika memandu tau.. Penglihatan sangat terhad dan jalan raya pasti licin kan.. Dan juga kepada yang berniat nak ke laut tu sebelah petang atau malam.. Lebih baik ler d tangguhkan terlebih dahulu yer ( Kepada orang tu.. Psttt!! Aunty dengar ada orang ke laut semalam.. Adeeeh... Sadang jua bha lai.. ribut tu semalam.. Walaupun minta menyelam.. Tunggu dulu yer cuaca elok cayang... Ermmm.. ). Adeeh.. panjang pula bebelan pasal cuaca nie kan d pagi hari.. Hehehhee...


Baik ler.. Berbalik kita kepada cerita Carrot & Banana Cupcake nie.. Waaahhh!!! Sangat ler sedapnya C&BCC nie... Resipi dari Akak Nor cayang... Semalam Irfan nak Diana buatkan lagi Yorkshire Puddings.. Tapi Diana tukar kepada C&BCC nie... Sekali membakar cupcake nie.. Irfan asyik berulang alik masuk dapur... Apa taknya... Punya ler wangi.. Harum jer semasa membakar tu... Irfan tak sabar² nak makan.. Asyik tanya dah siap ker belum... Heeheee... Kuat betul godaan cupcake nie yer Akak Nor.. :). 


Sekali dah masak cupcake nie.. Irfan makan 3 biji tanpa creamcheese frosting tu ( Diana guna saiz cup yang besar sedikit )... Tak sabar dia nak tunggu sejuk... Katanya.. Mummy esok buat lagi yer.. Mummy buat sikit la.. Sedaaaap panas² ( Maksud Irfan sedap d makan semasa masih panas cupcake nie.. hehehe ).. Tak cukup tu.. dah siap Diana bubuh toppingnya tu.. Irfan makan lagi 1 biji cupcake nie.. Sekali makan 4 biji dia.. Ermmm.. Hubby dan anak² Diana sampai rumah dari kerja dan sekolah petang tu.. Terus makan.. Hubby kata nie jer ker? Sikit sangat Diana buat.. Kata hubby sedap.. Tak per ler kan.. Esok² buat lagi.. Kena buat 2 adunan ler lain kali.. :)


Akak Nor cayang.. Terima kasih yer kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Muahssss  


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )


Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * ( *diayak )
170gm carrot yg disagat
50gm badam ( optional ) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur / bunga
2 biji pisang ~ dilecek ( lebihkurang 1 cawan )
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
Papercup secukupnya

Car
a²


  1. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan carrot dan gaul rata.
  3. Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat ( ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih).
  4. Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
  5. Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula / senduk kayu.
  6. Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
  7. Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. ( lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim )
  8. Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170°C sehingga masak ( lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup ).
  9. Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul² sejuk sebelum diletakkan frosting / topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180
°C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.

- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur / bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


~ CREAMCHEESE FROSTING...


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )


Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak


Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul² kembang dan gebu.


# ni utk spread atas kek tp kalau nak deco / bentukkan apa² boleh tambah gula icing supaya lebih kental.





Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, October 21, 2011

~ Kari Ayam Bernenas...

Diana @ Melley Mey | 9:03 PM | 18 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Rindunya kat semua orang.. Rindu kat blog.. Rindu juga nak BW... Pasti banyak entri menarik yang Diana tertinggal.. Huhuuu... Diana mohon maaf sesangat kerana terpaksa biarkan dapur nie tak ada penghuni beberapa hari nie... Sebenarnya Diana kurang sihat.. Hari nie Alhamdulillah.. Dah sihat dah cuma kalau nak dok depan lappy tu kena pantau sikit ler kan.. Hehehee.. Adeeh.. pantau? Hahahaa.. Betul ker bahasa Diana tu? :D.. Bak kata orang sini.. Bha agak² la bha dulu kan.. Heeheee ;). InsyaAllah... Nanti kalau rasa sakit kepala tu lagi kena stop dulu kot.. Esok siang baru sambung balik yer :)




Diana nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Akak Nor d atas petua tu yer akak.. Dengan izin Allah.. Alhamdulillah Diana dah sihat dah... Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesihatan Diana yer.. Sayang semua.. Muahsss... Baik ler.. Kali nie Diana nak kongsikan resipi Mother In Law Diana.. Cuma Mother In law tak menggunakan serbuk kari Baba's.. MIL menggunakan serbuk kari brand lain... Kari Ayam Bernenas nie fav hubby dan anak² sebenarnya.. Diana pernah masak ketika rumah terbuka hari raya beberapa tahun yang lepas.. Alhamdulillah tetamu suka makan.. Tapi tu terpulang ler kepada selera masing² kan... ^_^.. Jom semak resipinya.. 


 ::  Tumis bhn² kisar bersama sedikit minyak sehingga wangi dan sedikit garing..  ::

Kemudian.. masukkan serai dan dan goreng sehingga wangi.. Masukkan serbuk kari yang telah d bancuh dengan sedikit air panas serta sedikit gula dan tumis lagi sehingga pecah minyak.. Setelah itu masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Tambahkan air nenas dalam tin tu dan masak sehingga ayam empuk.. Masukkan nenas dan masak seketika.. Bubuh garam dan cili merah.. Angkat.. Siap... ;)


Bhn²
1 ekor ayam ( angaran dalam 1 - 1.1 kg ) _ d potong kecil
2 batang serai _ d titik
1 tin nenas kiub
3 tbsp serbuk kari Baba's _ d bancuh dengan sedikit air panas
1 biji cili merah _ d hiris menyerong
Minyak untuk menumis
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Bhn² Kisar
2 inci halia
4 biji cili merah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Masukkan bhn² kisar dan tumis sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan serai dan tumis lagi sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan sedikit gula.. Goreng sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  5. Tambahkan air nenas dalam tin dan masak sehingga ayam empuk.
  6. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.
  7. Masukkan cili merah hiris dan gaul rata.
  8. Tutupkan api dan angkat.
  9. Hidang dengan nasi putih panas.
::  Sekarang nie musin hujan kat sini.. Jadi masa ambil gambar nie memang sangat mencabar.. Memang susah nak dapatkan cahaya yang cukup semasa ambil gambar² nie... Ermmm  ::



Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, October 18, 2011

~ Kek Batik Coklat...

Diana @ Melley Mey | 10:12 PM | | 27 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Selagi masih boleh bertahan nie.. Nak ambil kesempatan update 2 entri sekaligus.. Kalau kepala dah mula berdenyut nanti.. Pasti tertangguh lagi entri nie.. Sebenarnya masa singgah kat dapur Izah hari tu.. Memang Diana tergoda tengok Kek Batik Coklat nie.. Teringin sangat nak buat.. Cuma risau tak ada orang yang nak habiskan 1 adunan tu.. Kalau hubby dan anak² memang suka makan Kek batik Versi Diana tu.. Pernah makan Kek Batik Coklat kat rumah orang lain tapi mereka tak suka... Tu yang kena fikir 2 kali tu baru boleh buat Kek Batik Coklat nie..




Ingatkan banyak sangat 1 adunan tu.. Rupanya ok jer kalau buat 1 adunan.. Sebab... Heeheeheee.... Irfan sukaaaaaa sangat makan Kek Batik Coklat nie... Nasib baik kan... Irfan nie memang peminat setia coklat ler katakan.. Tapi Kek Batik Coklat nie Diana pun suka makan... Kami berdua ler yang habiskan.. Sampai Irfan tak cukup 1 adunan nie.. Jadi buat lagi 1 adunan dalam minggu yang sama tu.. Hehehe... 




Terima kasih kat Izah kerana berjaya mengoda akak yer... Hehehehe.. Sedap sesangat.. Dah ler sedap... Senang pula tu nak d buat... Suka sesangat... Terima kasih juga kat Mylla kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer... Juga kepada HaSue dan Mas.. Terima kasih.. Muahsss 


::  Mula² cairkan mentega di dalam kuali... Masukkan susu pekat manis dan milo sedikit demi sedikit.. kacau sehingga sebati dan milo hancur..  ::


::  Setelah itu masukkan serbuk koko.. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul.. :: 


::  Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.. Susun lagi biskut marie dan lapis lagi dengan adunan coklat.. Buat begini sehingga adunan habis  ::




:: Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi ( TQ )

Bhn² ( 1 kg )
200gm milo
250gm mentega
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
Biskut meri secukupnya

Cara²
  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur.
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.
  5. Setelah pekat, boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis.
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  9. Potong dan siap untuk dihidangkan.

::  Ini versi biskut yang disusun  ::








Baca Selanjutnya / Read More...