Thursday, January 19, 2012

~ Ayam Bersos Istimewa...

Diana @ Melley Mey | 8:34 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Bila kita tengok gambar dan tajuk entri nie.. Pastinya semua dah sedia maklum yang Diana sekali lagi nak kongsikan resipi ayam eh... Heeheehee... Alahai!!! Ayam Lagiii!!?? Hahahaa... Layaaan.... :D. Apa tak nya kan... Anak² Diana lebih mengemari menu ayam berbanding makanan laut... Lagi² ler Irfan.. Adeeh!! Nampak saja mummy dia nie masak ikan... Terus dia kata " Ikan? Bau! Irfan tak suka makan ".. Walaupun ikan tu baik untuk kesihatan.. Tapi nak buat macam mana kan kalau dia tak boleh nak telan.. Ada dia muntah nanti.. Tapiiii kalau ikan sardin nak pula dia makan.. :D.




Berbalik kita kepada Ayam Bersos Istimewa nie.. Ermmm.. Apa yang istimewanya kat ayam nie eh? Sebenarnya tak ada apa yang istimewa sangat.. Cuma Diana beri nama nie kerana dalam resipi nie ada terdapat limau mandarin.. Tu kot yang istimewanya... Heehee.. Jadi kalau nak masak menu nie kena ler ada limau mandarin tu.. Kalau nak tukar kepada buah oren boleh juga.. Tapi mungkin ada sedikit perbezaan dari segi rasa tu ( tak pasti sebab tak pernah cuba lagi dengan buah oren ).. Ayam nie boleh juga d makan macam tu saja tanpa d bubuh sosnya.. Jadi ler Ayam Goreng.. Irfan sememangnya lebih suka makan tanpa sosnya.. Jadi.. Menu nie 2 dalam 1.. Boleh d jadikan Ayam Goreng ataupun Ayam Bersos Istimewa.. Pilihan d tangan anda.. Heeheeehee.. ;).. Mari kita selongkar resipinya..


::  Guna limau mandarin yang manis yer  ::

Bahan²
900 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 tbsp mentega
3 ulas bawang putih _ dicincang
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Perap
1 1/2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp tepung beras
1 tsp minyak bijan
1 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji telur _ dipukul ringan
1 tbsp gula
Garam secukup rasa

Bahan² Sos
1 tsp cuka hitam
1 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp sos cili Maggi
2 tbs sos tomato Maggi
2 tbsp mayonis
1/2 biji + 1 ulas limau mandarin _ kupas, buangkan biji dan kulit nipisnya.. ambil isi didalammya saja dan dipotong kecil
Seketul kecil gula batu ( 13 gm ) atau mengikut citarasa masing²
Garam dan gula secukup rasa jika perlu
Sedikit air

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama bahan² perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali yang lain... Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan² sos ( cuka hitam, sos tiram, sos plum, sos cili, sos tomato dan gula batu ) dan gaul rata.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga gula batu larut dan sos mendidih.
  6. Kemudian masukkan mayonis dan 1/2 biji limau mandarin.. Gaul rata menggunakan hand whisk.
  7. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  8. Tambahkan garam dan gula secukup rasa jika perlu.
  9. Tutupkan api dan masukkan 1 ulas limau mandarin dan gaul rata.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama lettuce dan nasi putih panas.




17 comments:

Tina Othman said... Reply

wah, mmg betul2 special ni menu ni, tapi takde lah pulak org nak bagi limau mandarin, kalau tak boleh buat

mintak izin copy resepi ye kak diana, nanti senang boleh try

Mas said... Reply

hmmm..memang special..
letak limau mandarin yerk kak..
jadi tergoda lak mas nengoknya..he3

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Tina Othman
kalu dkt bole jer akak bg limau mandarin tu tina.. heeheee.. ada banyak kat rumah nie.. ;)

bole jer.. sila ler.. terima kasih :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Mas
a'aa mas letak limau mandarin... ;)

izahdaut said... Reply

kan dah kata.. ratu shantek maskaan ayam. hehe.. sedap nyer nampak tu kak. dah tau dah irfan la punya penangan buat akak masak ayam je kan. anak2 saya lebih suke ikan. sebab bila makan ayam, slalu lekat kat gigi kata bais. haha.. sabo jela. ikutkan aje kerenah anak2 ni kan kak.

Cheq Sue said... Reply

wah, stok limau tengah banyak sekarang ni, tapi stok ayam lak xde... heeeeee nanti nak cuba kat kg la...

Pn. Ila said... Reply

Salam...
Selama ni silent reader blog ni..suka buka blog ni..makanan enak-enak dgn gambar2 yang sgt cantik.
Tahniah akak..saya dah follow akak,pls follow me back..http://cikguummiila.blogspot.com
TQVM!

Gee® said... Reply

Memang istimewa... musim limau banyak ni boleh la cuba resipi Diana nih...

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
waduh tak tahan akak tngk ayam sos istimewa ni..menyelerakan sungguh..leh cuba resepi ni..tq...

kayrul-shah said... Reply

salam kenal kak diana..first time jumpa blog kak diana lepas skodeng dapur kak yatie (sinar kehidupan)..

nie dah satu jam melekat kat blog akak skodeng resepi2 yang mengancam dan mengiurkan...

myda_ahmad said... Reply

wow!sedapnya.....nak tenung lama2 lah.....

chikadakbiru said... Reply

hihi sekali tenung gambar yang ade garpu tuh..dh nampak mcm makan chicken chop...menarik sekaliii resepi nih... Thnks kak diana...

Zaliedana said... Reply

Assalam kak,umah sy pon leh kata ari2 juga msk menu ayam kak,ikn jarang2 beli,coz sy xmkn,hehe..Sbb tuh suka skodeng resepi ayam kat umah akak,kak ayu n kak wattie.Hehe..Nmpk sedap tuh,kuahnye berkilat jer..Time2 nak CNY nihla byk limau kan,hehe..

nOOrsha said... Reply

salam kak.. memang sedap nampak ayam akak ni.. memang istimewa :)

kakna said... Reply

kakna tenggah banyak limau ni bolehlah cuba.

Nieza said... Reply

assalam kak D cyng,
sedapnya tgk ayam msk gini kak..terliurla. kalau buat ratah gitu pun sedap ni..haha saya sekrng dlm proses nk kecikkan bdn ni..tu pasal dapur sunyi kejap..hehe

Totie@Tomy said... Reply

wah sedapnya tengok kat plate pun dah terliur..kalau saya ratah jerk kot tak makan dengan nasi..atau makan dengan roti pun sedap..