Sunday, January 22, 2012

~ Ayam Sosha Istimewa.. Happy CNY...

Diana @ Melley Mey | 9:36 AM |

Assalamualaikum dan bertemu kembali... Sebelum tu Diana nak mengambil kesempatan nie mengucapkan Happy Chinese New Year kepada Mother In Law & Father In Law... Juga kepada seluruh keluarga hubby... Tak lupa juga kepada kawan² dan sanak saudara yang menyambutnya.. Selamat bercuti kepada semua.. :).


Baik ler berbalik kita kepada resipi Ayam Sosha Istimewa yang  digandingkan dengan Pilaf Tomato nie.. Ianya memang gandingan yang sedaap... Terima kasih sekali lagi buat Akak Ayu yer.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer akak... Terima kasih.. Muahss   


Sources ~ From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya ( TQ )
Sources ~ From Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction ( TQ )


Bahan²
1 ekor ayam _ buang kulit dan segala lemak dan potong 12.. ( lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak )
5 cm kayu manis
5 biji pelaga - ( Ayu gunakan 4 biji aje )
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering kisar
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan daun pudina _ ( Ayu tak ada stok).. Diana tak bubuh
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
Sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato _ setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis _ digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus _ digoreng dan ketepikan
1 biji tomato _ dihiris untuk hiasan
Sedkit kacang peas untuk tabur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam + perasa secukupnya


Bahan Kisar
2.5  cm halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  2. Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik. 
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis garing. Barulah dimasukkan serbuk kunyit. Kacau rata. 
  4. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. 
  5. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. 
  6. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. 
  7. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. 
  8. Masukkan kismis goreng, gaul rata. 
  9. Masukkan bawang goreng. Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. 
  10. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. 
  11. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. 
  12. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
  13. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. 
  14. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. 
  15. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari. ( Ayu masak hari ini, hari ini juga makan..heheh.. Diana pun sama cam Akak Ayu ^_^ ).


7 comments:

Jay said... Reply

wow..sounds scrumptiously tasty
just found your space..awesome space you have
excellent recipe collection with stunning cliks
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

rahel said... Reply

Salam Diana...pagi2 dah tergoda dg ayam sosha istimewa..adoiii laparnya..Happy CNY..

Adiweyah said... Reply

Salam ziarah, kak Diana...waw best betul menu hari ni..selamat bercuti...

IXORAROXI said... Reply

Salam Diana.Nampak simple je tapi memang nampak menyelerakan

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayanggg...waaah seronok kan bercuti, akak pun rasa malas nak kerja... Terliur tgk ayam sosha ni...akak rasa dah pernah buat lama dah dulu, masa tu intai resepi dr dapur Noreen kalau x silap...mmg best nih kan...mcm terasa2 lak lagi kat tekak akak...hehe

HALAMANKU said... Reply

Salam Kak Diana wah sedap n menyelerakan tgk..memang wat terliur.. happy CNY kak..

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Diana..lama betul tak kesempatan nak bw sini....Sekali bertandang terus teruja ngan resipi ayam ni...pasti sedap kan....