Sunday, January 29, 2012

~ Chocolate Cookies Slice...


Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan buat semua... Rindunya kat semua orang.. tapi keadaan memaksa menyebabkan Diana tak boleh nak online beberapa hari yang lepas tu.. Semasa CNY pertama dan ke 2 sememangnya Diana sibuk utamanya semasa open house kat rumah MIL... Hari ke 2 pula open house kat rumah SIL... Bersambung pula kesibukan yang lain dan lepas tu pergi hantar daughter ke Kem Wawasan ( PLKN ) Papar, Sabah pula.. bermalam juga kat Kota Kinabalu ( sambil tu bercuti kat sana ler yer.. Hehehe ).. Balik rumah lagi ler sibuk.. Sehari lepas Diana balik dari Kota Kinabalu.. Hubby pula balik dari KL.. Bersambung ler kerja² mengemas dan mencuci... Maid memang Diana bagi cuti 4 hari sebab nak bagi dia fikir masak² sama ada nak teruskan bekerja atau nak Diana hantar dia balik kampung jer.. Haih!! 




Kekadang orang ingat.. Kita yang ada maid nie serba mudah semuanya kan... Tapi hakikatnya tidak ok.. Ada kalanya menambah beban dan tekanan pada majikan.. Apa taknya.. Kita bebetul menjaga hati dia.. Tetapi maid tak akan menjaga hati kita sepenuhnya tau.. Layanan yang kami berikan kepada maid selama nie umpama ahli keluarga  kami sendiri.. Tak ada istilah orang gaji kat rumah nie ( sesiapa yang mengenali kami secara dekat pasti tahu macam mana layanan kami terhadap maid ).. Tapi itu ler bak kata orang... kalau dah d manjakan sesangat tu mereka naik kepala.. Dia pula pijak kepala kita.. Haih!! Diana bawa dia cakap dia pula buat tak layan.. Apa lagi nak jawab pertanyaan Diana kan.. Bila d suruh.. asyik mengeluh depan kita.. Diana pun biar jer ler walaupun dia dah puluhan kali buat gitu kat Diana nie... Diana nie memang jenis yang malas nak layan benda macam nie sebenarnya.. Tapi bila dah seharian hanya lap kipas dan cuci tandas jer yang dia dapat buat.. Tak kan ler kita upah dia hanya untuk buat 2 kerja tu kan.. Kerja lain tak buat.. Mesti ler nak d tegur.. Tu pun tegur dengan lembut.. Tapi dia pula yang lebih.. Nak berhenti ler tu ler.. Ok ler Diana bagi dia berhenti.. Tapiii tetiba tak nak berhenti pula.. Ermm.. Geram d buatnya.. Tu yang bagi dia cuti 4 hari.. Petang tadi dia sms suruh kita ambil dia kerja semula.. Tengok?! Dia susah hati tak dapat cari majikan sebaik kami katanya.. Maid²!! Macam² ragam...




Banyak pula bebelan Diana pasal maid kan.. Adeeh!! Baik ler kita lupakan jer ler pasal maid tu.. Berbalik kita kepada topik utama kita nie yer.. :). Kali nie diana nak kongsikan resipi olahan dari Rich Chocolate Cookies Slice... Diana olah ianya menjadi kurang manis sedikit dengan menggunakan dark chocolate.. Jom tengok resipinya..




Bahan²
300 gm dark chocolate ( bittersweet ) _ minimum 70% cocoa solids
190 gm  Cadbury dairy milk bar of plenty roast hazelnut & honey roast cashews
25 gm lady fingers biscuits _ d potong kecil
75 gm digestive biscuits ( wheatmeal biscuits ) _ dipatah²kan
20 biji kinder schoko - bons
100 gm maltesers
100 gm unsalted butter _ ( Diana guna SCS )


Cara²

  1. Alaskan loaf tin atau loyang yang sesuai dengan plastik bersih.. Ketepikan.
  2. Potong / patah²kan dark and milk chocolate kepada kepingan kecil. Kemudian cairkan bersama mentega menggunakan kaedah double boiler.
  3. Angkat dan ketepikan selama 20 minit atau sehingga ianya betul² sejuk.
  4. Setelah ianya sejuk bolehlah dicampurkan dengan digestive biscuits, lady fingers biscuits, kinder schoko - bons dan maltesers. Gaul rata.
  5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau lebih.
  6. Potong mengikut citarasa masing².
  7. Hidang.


              8 comments:

              Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

              salam dan Gong Xi fa Cai D. Crita maid...kak Ros pun bosan Akhir sekali kak Buat permit untuk dia tapi tak duduk dgn kak Ros..lagi senang hati kita.janji dai buat kerja.hari dia tak kerja lantak dia nak buat apa janji jangan menyusahkan kita.nampak sedap resepi ni...rich with coklat kan

              Qasey Honey said... Reply

              best la menu ni...i like...tq share..nyumm2

              ..::Zue::.. said... Reply

              Emmm... sedapnyer.. Tak try lagi ni..memang menggoda untuk mene'try'kannyer... nyum..nyum..deliverylah skit.. :)

              Kak Sam said... Reply

              Assalamualaikum....
              Memang payah kalau org tak reti nak bersyukur ni. Sabar je Diana, tapi kalau rasa membebankan lepaskan aje. Tak payah le menyusahkan diri sendiri. Ramai lagi org nak kerja dengan bersungguh2. Hehehe nasihat tak seninh betul.

              ibh said... Reply

              Aslmkm. . . Mmg pun kak. Diaorg ni bwt pening kepala kita ja. Sabo ja la ya.
              Apa2 pun biskut akk tu nmpk sedap sgt tau

              ady said... Reply

              as-salam Diana
              bestnye chocolate slice..npk sedap DIANA..

              Nuridah said... Reply

              Assalamualaikum Diana cayang,

              mmg sukar nk dpt maid yg baik dan jujur...rata2 selalu membawa masaalah...ada yg tangan panjang,ulat bulu,pemalas tapi ada yg baik sangat...mcm2 hal la Diana.

              Apa2 pun coklat tu kak Nur tengok sungguh menyelerakan...syok tengok.

              cik cek said... Reply

              Memang byk ragam maid ni Diana...paling tak suka kalau kita suruh ada je jwbnya...tapi sabo jela kan...kita baik camana pun lum tentu dia kenang budi kita...apa2 pun hope Diana okey....
              Cookies ni lagi best kalau dapat makan sepotong dua..emmm..krup..krap...sedapnya...:)