Saturday, January 21, 2012

~ Ikan Belais Masak Sambal Udang...


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua... Baik ler nie quick update yer... Sebelum masuk ke dapur untuk buat kek sempena CNY nie.. Diana nak kongsikan resipi Ikan Belais Masak Sambal Udang dulu yer.. Hehhee.. Nie pun entri tertangguh nie.. Diana masak pada 2 hari yang lepas.. Nak update sebelum Diana pergi Papar sebenarnya .. Tapi line tenet tenat pada malam tu.. Tertangguh ler beberapa resipi masa tu... Huhuu... Pagi nie Diana nak kongsikan resipi nie dulu yer... Atau kalau sempat 1 resipi lagi jap nanti.. InsyaAllah...


Ikan Belais nie boleh juga d gantikan dengan jenis ikan lain yer.. Terpulang ler pada citarasa masing².. Apa kata kita tengok dulu resipinya..


Bahan²
4 ekor ikan belais bersaiz besar _ dibersihkan dan dipotong 2
1 botol ( 220 gm ) sambal dengan udang Chan Hong brand _ buangkan lebihan minyaknya
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
6 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
Serbuk kunyit
Garam
Asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara²

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit, asam jawa dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ikan sehingga masak.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak di dalam kuali yang lain sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan sambal dengan udang dan masak lagi selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit air ( terpulang kepada citarasa masing² nak berkuah atau pun tak yer ) dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan cili hijau serta perencah pati ikan bilis dan gaul rata.. Sesuaikan rasa ( boleh bubuh garam dan gula jika perlu ).
  7. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul perlahan sehingga kuahnya bersalut rata dengan ikan.
  8. Tutupkan api dan angkat.
  9. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas dan nasi lemak.
  10. Ianya lebih sedap jika dimakan beralas daun pisang.




3 comments:

Ali and TheBlogg said... Reply

perghhhh! menitis nih air liur tengok sambal nih...tapi kalo tak nak letak udang buleh ke? ape yg seswai nak ganti udang tuh?...(bgtau dkt chattbox kalp dah bls) tenkiu...

Amie said... Reply

Selamat pagi Diana,
sedapnya ikan belais masak sambal! ikan ni antara ikan kegemaran keluarga belah suami, kak Amie pun terikut-ikut makan dan terikut suka....:)

BoLong aNak sempoRna said... Reply

kakak.. orang bajau @ semporna panggil ni ikan belawis.. memang labuan panggil belais ka?