Sunday, January 22, 2012

~ Pilaf Tomato...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ribuan terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana nie walaupun tuan rumahnya tiada... Komen pun belum berbalas... BW pun belum sempat.. Adeeh!! Semalam lepas buat kek kukus Diana pun dah kepenatan sangat.. Hanya dapat siapkan 3 biji kek kukus semalam.. Tak larat nak online.. Hari nie nak sambung lagi buat kek kukus dan kek batik... Hari nie ada 5 biji kek sedang menunggu nak d siapkan.. Rasanya memang tak sempat nak online lelama hari nie.. Hanya sempat untuk update blog jer rasanya.. 


Ok ler.. Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Pilaf Tomato yang sedap nie.. Dah lama Diana masak sebenarnya.. 13 hb Jan lepas dah masak... Sememangnya dah lama licin kan.. Hehehhee... Jemput cuci mata jer yer... Nak jemput makan memang dah tak ada dah.. :D. Resipi nie Diana ambil dari dapur Akak Ayu.. Terima Kasih Akak Ayu kerana mengetengahkan resipi nie.. Memang sedaap!! Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer akak... Terima kasih.. Muahsss 




:: Sources ~ From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
:: Sources ~ From Akak Ayu @ Curlybabe's SatisfactionAkak Nor @ Secubit Garam & Zaliedana @ Diari Zaliedana  ( TQ )



Bahan²
1kg beras basmathi _ cuci bersih rendam selama 10 -15 minit dan tos airnya
Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5 cm kayu manis
5 biji buah pelaga _ ( Ayu gunakan 4 biji aje .. Diana pun ikut Akak Ayu)
2 helai daun bay _ ( Ayu gunakan 1 helai aje )
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah _ dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina _ Diana tak bubuh
1/4 cawan susu sejat 
Garam secukupnya + secubit serbuk perasa _ ( Ayu tambah ).. Diana bubuh garam + perencah pati ayam Tumix
Secukup minyak atau ghee untuk menumis
Sedikit kacang gajus goreng

Cara²
  1. Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. 
  3. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. 
  4. Masukkan pes halia / bawang putih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina. Biarkan sehingga keluar minyak.
  5. Matikan api.
  6. Tuangkan semua rempah yang panas kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. 
  7. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. 
  8. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua beras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja. 
  9. Tabur di atasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. 
  10. Tutup periuk nasi.
::  Nasi nie Diana juga gandingkan dengan Ayam Sosha Istimewa  ::


2 comments:

Qasey Honey said... Reply

asslm kak melly...tgk nasi tu pon dh sedap...lum berani lg nk mcuba...hehehe...tp dh dlm list...utk dcuba

SiTi AiSya mzm-fc said... Reply

wow tergoda tgk nasi..nak try masaklamasuk lam list ni,hehe..periuk tu pun cantik..berkilat :)