Saturday, January 21, 2012

~ Sardin Sos Plum...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Nie pun quick update juga yer.. Nak cepat sebenarnya nie.. Dah siap buat kek nanti baru boleh online balik... Resipi kedua Diana nak kongsikan pagi nie resipi simple jer.. Mudah nak d masak.. Jom tengok resipinya...

Bahan²
1 tin besar sardin / mackerel _ Diana guna Ayam Brand ( buang tulangnya dan asingkan isi dan kuahnya ) 
1 biji bawang besar bersaiz kecil _ di potong dadu
1 ulas bawang merah _ dihiris
1 ulas bawang putih _ dihiris
1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dipotong 6
1/4 biji capsicum hijau _ dipotong dadu
1 tbsp sos plum Loon Kee atau secukup rasa ( nie terpulanglah nak dikurangkan atau nak ditambah boleh jer mengikut tekak masing² yer )
1 tbsp sos pedas berkicap AgroMas atau secukup rasa
Sedikit perencah pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit gula 
Minyak untuk menumis

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan kuah sardin dan biar ianya mendidih dan sedikit pekat.
  3. Kemudian masukkan sos plum dan sos pedas berkicap.. Gaul rata.
  4. Masukkan pula isi ikan sardin dan gaul.. ( Kalau Diana suka hancur²kannya sedikit ).
  5. Setelah itu tambahkan perencah pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.. Gaul rata dan masak seketika.
  7. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.


:: Nie ler menu dari ikan yang Irfan pandai makan.. Kalau ikan sardin nie d masak sambal atau yang lain memang dia tak pandai makan.. Hanya Ikan Sardin Sos Plum nie jer dia pandai makan  ::


7 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Salam Diana..akak pun sardine hari ini..buat sambal sardine makan dengan pek nga..jom sarapan

encik imran said... Reply

Mmmm.. Menyelerakan.. Jauhnya..

Tina Othman said... Reply

assalamualaikum kak diana, alahai sedapnya sardin, selalu tumis mcm tu je, nanti boleh lah try resepi kak diana ni

JR® (22) said... Reply

sedapnya sardin ni...boleh akak tunjuk botol sos plum tu? nak beli tp sy tak jumpa la..jenuh mencari. ;)

nOOrsha said... Reply

salam kak..satu kelainan dalam masakan sardin ni.. boleh cube bila senang2 nnti.. :)

quinnie said... Reply

alamak rumah saya tak dek sos plum la kak diana..teringinnya nak makan sardin...:)

dZana said... Reply

aslmkum D.. nk kene cari sos plum jugak la.. nmpk myelerakan ..