Saturday, February 4, 2012

~ Ikan Kukus...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Apa khabar pagi nie? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya... Baik ler.. Pagi nie tak nak banyak sangat membebel benda yang lain.. Hanya nak cerita al-kisah ikan nie jer... :D. Kalau nak tau nie ler pertama kali Diana memasak Ikan jenis nie.. Makanya pertama kali juga ler kami sekeluarga makan jenis ikan nie kan... Masa hubby bawa balik ikan nie semalam.. Diana tanya apa ker nama ikan nie.. Tak pernah pun makan sebelum nie.. Hubby pun kata tak tau.. Heehee.. Diana tanya lagi ler kan.. Tak kan ler hubby beli ikan air tawar kot? :D.. Hubby pun terkejut masa Diana tanyakan soalan tu.. Haahaa.. Apa taknya kami sekeluarga tak reti makan ikan air tawar sebenarnya.. :D.


Hubby kata tak mungkin sebab uncle tu hanya jual ikan air laut.. Lagi pun kat Labuan nie memang sukar nak cari bekalan ikan air tawar.. Diana minta ler hubby call uncle tu tanya ikan air apa ker nie.. Hihii.. Kata uncle tu nie Ikan Belanak.. Hidup kat laut.. Uncle tu pun ketawa bila hubby ceritakan hal nie kat uncle tu.. Heehee :D.. Oleh kerana nie ler pertama kalinya Diana masak Ikan Belanak nie ( Eh! Betul ker nie ikan belanak ek? Ikan yang tinggal dalam air laut? Al - maklum ler Diana nie memang tak reti pasal nama ikan nie.. Huhuu ) maka dalam otak nie pun tak tau nak masak apa ngan ikan nie.. Adeeh!! Hentam jer ler kan.. nak google resipinya memang tak sempat sebab masa tu juga ler Diana tengah sibuk melapis Kek Kukus Lapis Nescafe & Keju kat dapur.. Masak jer ler apa yang terlintas kat fikiran nie semalam.. Diana ambil keputusan kukus jer ler ikan nie.. Alhamdulillah kata hubby sedap.. Tapi Diana tak banyak makan.. Cuma cubit sikit jer.. Makan kuahnya lebih.. Hehehe...





Saiz ikan yang Diana masak nie panjangnya lebih kurang 2 - 2 1/2 jengkal gitu.. Diana masak 2 ekor jer.. Masih berbaki 3 ekor kat peti ais tu belum d masak lagi.. 2 ekor tu pun cukup berkongsi dengan mama dan abah.. Hehhee.. Anak² Diana nie kalau bab ikan memang lambat sikit .. Cuba masak ayam ker.. Daging ker.. Laju jer mereka makan... :). Ok ler panjang lebar pula cerita kisah ikan nie kan.. Resipinya pun belum lagi d kongsikan.. Heheh.. Jom tengok resipinya..




Bahan²
2 ekor ikan bersaiz antara 2 - 2 1/2 jengkal _ dibersihkan dan dikelar
2 inci halia _ dihiris nipis
Garam


Bahan² A ( Kisar menggunakan food processor )
5 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
4 inci halia
4 biji cili merah

Bahan² B
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 tbsp sos cili Thai Kimball
4 tbsp jus lemon
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Lumurkan ikan dengan garam.
  2. Kemudian susun 4 batang chopsticks di atas piring yang sesuai.
  3. Susun hirisan halia dan letakkan ikan tadi di atasnya.
  4. Kukus ikan selama 7 minit menggunakan api kuat.
  5. Keluarkan chopsticks dari pinggan tersebut.. Ketepikan.
  6. Sementara itu.. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang lain dan tumis bahan² A sehingga sedikit garing.
  7. Masukkan bahan² B ( kecuali jus lemon ) dan gaul rata.. Masak sehingga pecah minyak.
  8. Tutupkan api dan tuangkan di atas ikan tadi.
  9. Curahkan jus lemon di atasnya.
  10. Kukus ikan sehingga masak.
  11. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  12. Makan bersama nasi putih panas dan cicah kegemaran.


8 comments:

Qasey Honey said... Reply

asslm...
wow pandai ikan tu bposing...hehehe
terliur tgk ikan ni..tq kaka resepi...nk cuba nti...

dZana said... Reply

aslmkum D.. terliurnya tgok ikan kukus ni.. klau akk mkn ni tak cukup nasi sepinggan..

AZLITA AZIZ said... Reply

wah! cantik diana ikan tu posing macam tu.. macam dalam kolam pulak..

nampak resepi ni buat akak terliur lah.. aduyaiiii.... laporrr lah diana..

Mas said... Reply

sedapnya ikan kukus...
terliur tengok...

norlieharumaini said... Reply

harus cuba!!

Tina Othman said... Reply

adeh, sedapnya kak diana

SiTi AiSya mzm-fc said... Reply

Kak Diana kreatifla bab memasak,,juga bab hias2 ni.. tegolek ikan tu yekk! hihi..

Me said... Reply

wahhh cantiknya gambar... eden udah terliur nih