Friday, February 17, 2012

~ Kek Batik Horlicks Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 3:00 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera…

Hari ini kita semak pula resipi kek batik horlicks versi 2… Untuk versi kali ini tidak ada banyak perbezaan sebenarnya.. Cuma Diana kurangkan nestum dan tidak bubuh coklat.. Juga menggunakan biskut marie bukan berperisa coklat.. Tu saja perbezaannya.. Yang lain tu semuanya sama.. 


Bila d tengok lapisan biskut tu tak la berapa kemas eh... Tu disebabkan Diana hanya simpan 30 minit saja dalam peti ais.. Seeloknya simpan dalam peti ais terlebih dahulu  sekurang-kurangnya 3 jam ke atas sebelum dipotong.. Kalau simpan semalaman lagi ok.. :). Kemas ja bila kita potong kek tu kan.. Ok la jom tengok resipinya.. 


Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 6 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • Biskut Marie 
  • Choc Rice secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks... pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  6. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  7. Kemudian susun biskut marie di atasnya . Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  8. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dipotong ( lebih elok disimpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong ).





0 comments: