Wednesday, February 29, 2012

~ Kek Coklat Puding Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM |
::  Yang atas tu gulanya terlalu hangus.. Hehehe...  ::

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Apa khabar hari ni? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu di rumah..

Pagi tadi Irfan nak Diana buatkan kek coklat untuk dia.. Terus Diana google resipi kek coklat.. Semasa singgah di dapur Akak Ummi ternampak entri Kek Coklat Puding Karamel. Wah tengok resipinya tak la susah sangat kan. Tengok pun macam sedap ( sememangnya sedaaap tau ). Bahannya pun semua ada di rumah ni..Tu yang buat pagi tadi tu..

Kek ni memang sedap. Menurut Akak Shiela resipi ni dikongsikan oleh Fara Shafiera. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni. Terima kasih  juga buat Akak Ummi dan Akak Sheila kerana mengetengahkan resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih.. 



:: Sumber Dari ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home   &  Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )


KEK COKLAT PUDING KARAMEL

(A) Bahan ( Gula Karamel )
  • 2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )

Cara-Cara

  1. Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).

(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila


Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat ).

(C) Bahan Kek Coklat
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * ( bahan * diayak bersama )
  • 4 biji telur _ blend hingga halus

Cara-Cara

  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
  5. Bakar pada suhu 160°C  selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 
  6. Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

::  Acuan yang Diana gunakan untuk kek puding karamel atas  ::



25 comments:

Mas Sani said... Reply

as salam
mintak disuap-suap sepotong dua kek coklat karamel dari dpr sky blue hah...apakan daya telan air liur je la hehehe....

SufatihaNur said... Reply

semalam tgk kat dapur kak umi...arini tgk kat sni lak...haih x leh jd nieh...nak kena wat gak ni
..tekak menari2 geram...

Rohah said... Reply

Salam..cantik dan sedap nampaknya..

ibh_sue said... Reply

Aslmkm kak
Terguda tau,comel2 mcm donut. Gandingan coklat n karemel kompem sedap

CT Delima said... Reply

As'salam Diana Manisss...

Alhamdulillah dah sihat ya, sana sini orang sakit2, harap Diana dan irfan sihatlah hendaknya.

termengidam bila tengok kek coklat karemal ni Diana...hehehe. Dari semalam dok mengendeng jer kat FB kak ummi tu, geram menengoknya. k.ct nak cuba jugalah nanti :)

cunnnnya! acuan bentuk donat tu :)

Azlita Aziz said... Reply

Salam Diana cayangggg...

eiiiii....yooo
comelnya... geram akak tengok! semakin berkobar2 akak nak buat!

Diana gambar makin cantik!

Qasey Honey said... Reply

nmpk sedap kek tu...
skali pndang mcm donut pon ade...
2x pndang mcm nk 1 aje...hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

mula ingatkan donut, hehehe. Cantiknya D, acuan yg bwh lagi cantik, hope D bleh share bentuk acuan tu, jgn lupa tag tau.. :-)))

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana..
class seh gmbr2 yg Diana petik..terpegun sebentar melihat nyer.. cepat nyer sampai ke dapur Diana dari dapur Ummi :)

Fiza Nordin said... Reply

wahhhh sgt tergoda... Semalam digoda k ummi,harini digoda diana pulak...hadeiii esok sape pulak yg menggoda????
mau sepotong!

hazila said... Reply

Menarik...

Nadz Nazharzan said... Reply

Waaaaa...smlm kak Ummi home sweet home tu dah goda2 dgn kek ni. Skrg tgk kat sini pula...Nangis lagi wAAAAAAAAA...

rahel said... Reply

Alololo...tomei2nya kek ni...adoi..tergoda lg..

mimie said... Reply

salam diana....
saia pun tergoda dgn N3 kak ummi hari tu...
dan lg tergoda tgk blog diana...
hari ni nak try...wish me luck ya...
salam kenal dari kota dumai.... ^_^

Mas said... Reply

wahhh...cepatnya kak diana buat.....
menggoda betoii kek tu...

Ayu said... Reply
This comment has been removed by the author.
Ayu said... Reply

assalam diana..
akak dah tergoda dah..memang harus buat ni..tapi bila?..huhu..

HALAMANKU said... Reply

Salam wah kak Diana sedapnyer.. erma tak pernah wat.. nampak kemas n catik ... sedapnyer nak join .. he he eh

tun_telani said... Reply

salam kak diana cayang.. alhamdulillah, dh makin sihat ye. sian irfan x lalu makan lagi. moga2 esok bila dpt kek lagi, irfan makin berselera ye =)
pantas betul akak buat kek ni, tun blom habis drooling lg kat dapur kak ummi. tunggu beli SM baru dulu baru nk buat. hihi

Anonymous said... Reply

adoii bertambah semangat nak buat. Mula² tgk kat blog kak Ummi...skg sini. Berkobar terus...nampak sedap sangat yang mcm donut tu...

Farah Deeb said... Reply

owh comelnyaaaa *fengsan*
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

ummiaisyah said... Reply

sukanya yg cam donat tu...sgt kiut!

Anna said... Reply

Wow Diana, temptingnya.

Avie said... Reply

Salam kenal Diana,..ijin copy and share resepnya ya..
saya kagum dengan isi blog nya..ijin juga untuk ditautkan....terima kasih

Shaiful Zaidi said... Reply

salam Diana...
sedapnya. lapar la..hehehe