Sunday, February 5, 2012

~ Sambal Ayam Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 3:52 PM |
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. 

Hari ni agak lewat bersiaran... Niat di hati nak online pagi tadi.. Tapi hanya sempat online sekejap jer tadi.. Tanpa membuang masa dengan membebel panjang.. Terus saja kita tengok resipi Sambal Ayam Udang Kering yang dah beberapa hari tertangguh nak diupdate ni ya... Jom selongkar resipinya..

Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.

Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.. masukkan gula melaka dan gaul rata.. Tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau.. Gaul rata dan masak seketika lagi.. Angkat dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL AYAM UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong
  • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 3/4 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata.Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.





11 comments:

Mas said... Reply

hmmmm..menyelerakan betoi nengok sambal ayam tu kak...
masuk list..
nak buat gak nanti..

salam maulidur rasul buat kak diana sekeluarga....

Cheq Sue said... Reply

ayam oh ayam... tak tercuba dah ni kak... he he he... salam maulidur rasul utk akak n famili jugak..

Liza said... Reply

salam maulidur rasul jugak utk Diana and family....
fuhhh terliur tgk ayam tu, tp cik hubby alah ngan udg kering ni...

Ummi Alesya Sofea said... Reply

assalamualaikum..
dah follow cni..nnt jmput lah ke blog liza plk yer. :)

Gee® said... Reply

Wah!! sedapnyaaaaa....

Kak Sam said... Reply

hrmmm macam2 ayam ada kat sini. suka sungguh le

Mamasya said... Reply

Slmt Menyambut Maulidur Rasul Diana.
nampak menarik masakan ayam Diana. tentu ada kelainan rasakan sbb lauk ayam ni dimasak dg udang kering...tambah dgn serbuk kari...

Unknown said... Reply

Slm maulidurrasul D, lama x dtg sini. Kiranya mcm msk ayam sambal cuma lainnya ayam goreng dgn tepong n udg kering. Area sabah ni mmg suka mskn mcm D buat ni, akk belum pernah buat.

CT Delima said... Reply

As'alam Diana Manisss

Salam maulidur rasul ..k.ct suka masakan ayam dari Diana, semuanya tak mengecewakan. masuk ni dah cuba 2 resipi kedua2nya memang sedap. kali ni nak cuba menu sambal ayam udang kering pulak. lagi harum rasanya ni. mintak halal ya k.ct ambil resipiya Diana tr kasih :)

ummiaisyah said... Reply

salam kenal kak diana..
kretip sungguh akak mempelbagaikn menu ye...kalo sy asik msk ayam msk kicap je..huk..huk

Love2cook Malaysia said... Reply

I'm seeing another chickenlover after myself...that's you la kak! haha...your chicken dishes are truly tempting and makes me hungry!!!

This is bookmarked!