Tuesday, March 27, 2012

~ Asam Pedas Daging Dengan Kentang...


Assalamualaikum dan bertemu kembali... :). Alhamdulillah blog dah ok dah.. Harap tak meragam lagi lepas nie... Sementara blog dan mula bermanja dengan Diana nie.. Hehehee.. Lebih baik update 1 entri lagi kan... Nie pun entri tertangguh sebenarnya... Ok ler tak nak banyak sangat membebel buat masa nie.. Nanti blog meragam lagi tertangguh lagi ler entri nie kan...


Resipi nie Diana ambil dari dapur CMG.. Bila tengok gambar Asam Pedas Daging yang CMG tayang kat dapur dia tu... Memang tergodaaa tengoknya...Terliur tau... :). Tapi bila tengok gambar yang Diana ambil nie ... Ermmm.. Tengok macam kari daging pula kan... Heehee... :D. Tak reti lagi tu nak setting kamera yang betul.. ^_^.. Tapi tak apa ler kan.. Perlahan².. Lama² nanti pandai ler tu kan.. ;). Resipi nie memang sedap.. Irfan siap pesan lagi tau.. Dia kata nanti mummy masak daging macam nie lagi yer.. Irfan suka :). Ermm.. Jangan kata Irfan.. Kami semua dalam rumah nie pun suka makan.. Memang sedaap..Terima kasih buat CMG kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih... Muahsss 



:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )

Bahan²
500 gram daging batang pinang ( atau daging tetel )
3 biji kentang saiz sederhana
1 genggam daun kesom _ ( Tak ada.. Diana gantikan dengan daun limau purut )
2 kuntum bunga kantan _ belah 2 setiap satu
2 batang serai _ dititik
1 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa



Bahan Kisar Halus
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halias
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan



Cara²

  1. Dading dihiris nipis, cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Biar daging kecut sedikit. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan tambah daun kesom, kacau dan masak hingga kentang dan daging lembut. Masukkan jus asam jawa dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula bagi mengimbang rasa pedas dan masak. Biar masak sekejap lagi, rasa dah jika ok boleh matikan api.




11 comments:

Mat Gebu said... Reply

Sedappnyaaaa..... I likee!!!

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Mat Gebu

sedaap sesgt... kami sekeluarga suka sgt makan.. terima kasih atas resipi nie yer cmg... mmg best! :)

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek! kita dtg tgh2 malam ni tgk ada asam pedas lah pulak, sedapnyerr! terus lapo, lama sgt dah tak buat asam pedas :D org johor mmg biasa makan asam pedas, kalau dlm seminggu tu mak kita rajin masak 3 4 kali :D

Mas said... Reply

harus tidor mas nnt bermimpikan asam pedas daging ituuuuu....lapar lah pulak!

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayangg, apa kabar?....bz2 pun masih sempat masak dan entry, caiyookk...caiyookkk... Sedap sungguh laaaa asam pedas daging tu...akak pun lama dah x masak ni... Skrg pulak kerajinan dah menurun...hehehe, you take care eh..muuaaahh!

Gee® said... Reply

Diana, kalau asam pedas daging tu cicah ngan lempeng kelapa, pergh!! terangkat kan....gerenti 5 keping la k.gee mkn lempeng... heeee

Tina Othman said... Reply

sedapnya asam pedas, tak pernah lg guna daging, yg biasa makan ikan & penah buat guna ayam je

nanti boleh lah try =)

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

nampak sedap sangat D.... terkecur dah niiii..

Mas said... Reply

like banyak kali asam pedas nie....
sedapppnya....

Mamasya said... Reply

Salam Diana.lamanya akak tak singgah blog Diana. byk entry termiss...nantilah ada masa kyuh pelan2 jamu mata dg hidangan Diana.asam pedas daging gini favorit abg yg sulong....suka dia kalau masak gini..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

assalam diana...
akak ni pantang je dengar lauk asam2 ni mesti kecur liur dibuatnya... mesti sedap kan?