Wednesday, March 7, 2012

~ Ayam Goreng Bersos BBQ...

Sheery Dream Cakes | 8:32 AM |

Assalamualaikum dan bertemu kembali dipagi ini.

Entri yang lepas Diana telah kongsikan resipi Special BBQ Sauce kan.. Untuk entri ini pula Diana nak kongsikan salah satu hidangan yang menggunakan Sos BBQ tu sebagai bahannya.. Kita boleh sediakan Sos BBQ tu awal pagi atau sebelah malam terlebih dahulu dan simpan d dalam peti sejuk.. Bila nak masak ayam.. Contohnya Ayam Goreng Bersos BQQ nie kita hanya perlu sediakan bahan untuk ayam goreng ni sahaja.. Mudah kan.. ^_^ 



Sebenarnya Ayam Goreng Bersos BBQ ni kalau tak nak bubuh sos BBQ tu pun boleh.. Jadi la ayam goreng .. :). Baik la apa kata kita semak resipi Ayam Goreng Bersos BBQ ni ya.. 





Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam ( 1.4 - 1.5 kg ) _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 biji bawang bombay _ dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 1/2 cawan Special BBQ Sauce     ( Klik untuk resipinya )
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng
  • Daun sup atau daun ketumbar hiris untuk hiasan jika suka

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp Maggi seasoning
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • 2 tsp daun basil kering cincang 
  • 4 tbsp tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 1 tbsp gula
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan perap dan perap ayam selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
  4. Kemudian masukkan ayam goreng dan Special BBQ Sos. Gaul rata dan masak seketika.
  5. Tutupkan api dan angkat.
  6. Taburkan hirisan daun sup / ketumbar jika suka.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.








0 comments: