Saturday, March 24, 2012

~ Ayam Goreng Kari Serunding...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ok.. Petang nie tak nak banyak sangat membebel... Hanya nak kongsikan ermmm.. mungkin 2 resipi gitu... Jadi resipi pertama kita terus jer tengok resipi Ayam Goreng Kari Serunding nie.. Sebenarnya nie hasil olahan dari resipi Baked Chicken Serunding Curry.. Dari segi bahannya pun Diana dah olah sedikit mengikut citarasa keluarga Diana.. Terima kasih kepada Karen Tan, Classic Asian Curry di atas resipi nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Untuk rujukan bersama.. Diana ada juga sertakan resipi asalnya kat bawah nanti yer.. :)


Ok.. Resipi yang nie adalah resipi olahan yang telah Diana buat yer... 

~ Ayam Goreng Kari Serunding...

Bahan² A
950 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 tsp serbuk kunyit
1/2 tsp serbuk cili
1 tsp rempah kari ayam dan daging Baba's
1 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp garam
1 tbsp gula
2 tbsp tepung jagung

Bahan² B ( Dikisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
4 biji cili merah
3 biji cili padi
1/4 inci lengkuas
1/4 inci halia

Bahan² C
50 gm serunding ayam
2 1/2 tbsp rempah kari ayam dan daging Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk lada hitam
1 tbsp cili kering kisar
2 tangkai daun kari
2 helai daun limau purut
1 1/2 cawan air
1 tsp perencah pati ayam Tumix 
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan² A dan gaul rata. Perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian di dalam kuali / periuk yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan² kisar, rempah kari, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut serta daun kari dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan air dan biarkan ianya mendidih.
  6. Setelah itu masukkan ayam goreng, serunding, perencah pati ayam, gula melaka dan garam secukup rasa.
  7. Gaul rata dan masak hingga ianya sedikit kering.
  8. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.


Resipi kat bawah nie pula resipi asal sebelum Diana olah yer..

~ Baked Chicken Serunding Curry...

:: Resipi Oleh ~ Karen Tan, Classic Asian Curry Cookbook ( TQ )

Bahan²
1/2 ekor ayam
60 gm serunding ayam
1200 ml air

Pes Rempah
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar 
1 batang serai
6 biji cili merah
2 biji cili hijau
3 biji cili padi
2 tbsp rempah kari
1 tsp serbuk ketumbar
3 tbsp minyak masak

Perasa
1 tsp garam
1 tsp gula

Cara²
  1. Kisar bahan pes rempah menggunakan food processor. 
  2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan tambahkan air.
  3. Setelah mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit di atas api besar.
  4. Kemudian masukkan serunding dan perasa. Gaul rata dan tutupkan api.
  5. Keluarkan ayam dan bakar ayam di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 30 minit atau hingga ayam masak kekuningan.
  6. Hidang bersama kari serunding tadi.



3 comments:

kakna said... Reply

sedapnya...
kakna suka la kalau makan dengan pulut.nanti raya boleh buat ni..

Amie said... Reply

Hai Diana sayanggg... apa khabar dik, lama Kak Amie tak transit Labuah.
Wah... menu kari serunding pula, ada kelainannya ni, sedap makan dengan ketupat atau nasi impit!

ijayuji said... Reply

Ahkakkkkkk cantek!!! yg ni kita sukeee!!! pedas2 mesti sedap ni kan kan.. kalau mkn dgn nasi himpit pun sedap ni kan kan, masuk list terbekanan sudah dgn menu yg ni :D