Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Untuk entri kali nie nak cerita tentang Begedil Daging Burger yang sedap nie... Sebenarnya resipi nie Diana dah salin semasa Izah kongsikannya hari tu.. Tapi tak ingat pula nak buat... Adeeh!!! Pagi tadi Irfan nak mummy dia nie pergi beli burger... Alahai!! Anak mummy nie baru jer malam kemarin makan burger... Mana nak cari burger pepagi lagi kan... Biasanya burger tu hanya d jual sebelah petang dan malam jer.. Kalau burger McD tu memang ada jual.. Tapi Irfan tak nak... Nak buat sendiri memang tak ada stock rotinya tu kat rumah.. Hmmmm...
Bila Irfan sebut burger.. Baru ler Diana teringat kat resipi nie... Tu yang buat tu... Nasib baik Irfan tak memilih sangat hari nie.. Hehee.. Kekadang tu Irfan nie kalau dia nak tu.. Memang itu juga ler yang dia nak.. Tapi kali nie ok jer dia.. Dia kata sedaaaaap dan gembira tengok Irfan dah berselera makan semula... Alhamdulillah.. :).
Begedil yang Diana buat nie memang sengaja Diana buat bersaiz besar dan leper.. Bila d tengok seolah² kita tengok ianya seperti daging burger gitu... Hehehe... Resipi asal dari dapur Zack .. Terima kasih Zack kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Akak ada tambah sedikit bahannya yer Zack.. Halal yer... Terima kasih juga kepada Izah kerana mengetengahkan resipi nie... Izinkan akak pula kongsikannya kat sini yer... Terima kasih.. Muahsss ❤
Bahan² A
Menghasilkan 16 -18 biji kecil atau bergantung pada saiz.
Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _ ( Diana tambah )
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( Diana tambah )
Sedikit serbuk lada hitam _ ( Diana tambah )
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _ ( Diana tambah )
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( Diana tambah )
Sedikit serbuk lada hitam _ ( Diana tambah )
Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
- Basuh dan buang kulit kentang.
- Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
- Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
- Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
- Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
- Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
- Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
- Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
- Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
- Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
- Angkat dan toskan atas paper towel.






11 comments:
D..kak Ros belum makan malam ni.Terus jadi lapar.
as-salam Diana
tgk pun dah tahu kesedapnye..suka diratah2 aje...
Macam mau singgah makan pulak...hehe..
salam rindu kak Diana cyng, lamanya tak mkn daging burger mcm kat Msia tu kak...sedapnya kalau dapat yg dah siap ni..hehe
idea yg kretif Kak Diana...pasti sedap!
sedapnya kak dian..saya suka begedil..dah lama teringin nak cuba resepi zack nih...tapi tak ingat nak cuba..hehehe
lapo lapo tgk ni! sedapp!
adoiii...sedapnya begedil tu... lapor laa....
As'salam Diana Manisss..
elok jugakan baut begedil ala-ala burger ni. sesuai lah dengan selera anak2 yang suka akna burger ni. k.ct pun nak simpan dulu resipi ni, kot2 teringin nak buat dah sedial dah resipinya :)
Alhamdulillah Irfan comel dah sihat ya, jaga kesihatan lepas2 ni ya :)
assalamualaikum kak diana..
kalau buat bergedil pakai daging burger nih..seddappp aje kalau kite ratah aje kan..senang anak2 nk makan..comel n kiut jer..cantik ler gambar2 bergedil tuh..geram nengok
assalamualaikum kak diana... cantik mantap meletops gambar2 akak. akak cepat belajor n lagi pandi setting. cantik focus tu suke saya tengok. saya ni kata je daah lama pakai kmere kena setting ni tapi tak reti2 lagi kak. haha
Post a Comment