Friday, March 2, 2012

~ Daging Kicap Kerisik Berempah...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Bertemu kembali kita d pagi Jumaat yang mulia nie.. Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Daging Kicap Kerisik Berempah resipi dari dapur Akak Dayang.. Daging nie memang sedaaap... Semua ahli keluarga Diana suka... Bagi Diana.. Gabungan kerisik dan rempah dalam masak kicap nie merupakan gabungan yang sangat sedap.. 



Sememangnya orang kat rumah Diana suka sangat makan daging masak kicap.. Tapi Diana tak pernah lagi masak daging kicap kerisik berempah nie.. Nie dah rasa dah pasti akan buat lagi nanti... Memang sedap! Terima kasih buat Akak Dayang kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer akak... Terima kasih... Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Akak Dayang @ DapurKu SaYang  ( TQ )

Bahan² 
1kg daging lembu _ ( dipotong kiub atau ikut suka )
Rempah 4 sekawan _ ( bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih )
2 sudu besar kicap pekat
3 - 4 sb cili giling
Kicap manis / kicap masin secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis _ ( disangai dan ditumbuk )
1 sudu makan jintan putih _  ( disangai dan ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam _ ( ditumbuk )
Air asam jawa
3 sudu makan kerisik


Bahan² Mesin 
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara² 
  1. Ambil 2 - 3 sudu besar bahan² mesin dan gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar ( 30 minit  ).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali / periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan² mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan² elebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.




21 comments:

izahdaut said... Reply

assalamuaalikum kak diana.. aduhaiiii akak slalu gambar lauk gabung ngan nasi gini. memang sangat menggoda. dan dan nak makan nasi pagi ni.

alhamdulillah akak dah sihat ek. nnti kencang2 update blog ye kak. hehe

izahdaut said... Reply
This comment has been removed by the author.
IeRA said... Reply

Salam ...

Memang mengoda bila di tengok beracap kali..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@izahdaut

wsalam izah... hehehe... pepagi nie makan nasi sedap nie kan izah... tambah lg makan ngan daging kicap nie... :)

Alhamdulillah dah sihat dah.. terima kasih izah.. hehee..

faa.rosli said... Reply

perot berbunyiik!

Diana @ Melley Mey said... Reply

@IeRA

Salam iera...

hehee... nak jemput makan dah abis dah.. x per nnt masak yg baru kita makan sama2 yer.. ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@faa.rosli

hehe.. ^_^

::Mastura Zakaria:: said... Reply

singgah follow kat sini, sebab terliuq..huhuhuhu

ady said... Reply

as-salam Diana
Oh wonderful! They look just lovely!

Qasey Honey said... Reply

asslm kak Diana cayang...
sedap nmpk menu ni...
mcm QH xmakan daging...
bleh x klau gntikan dgn ayam..

HALAMANKU said... Reply

Salam Kak Diana.. ermapun suker.. sedapnyer lelagi masak kicap..letak pulak kerisik.. wangi n sedap tu.. mkn ngan nasi panas2 sedap x mo lauk lain he he he

DjDayang Jack said... Reply

akak sudah lapar..mau singgah sini...adehh..mmg lapar sungguh!
tp nak diet..hehe

mekasih byk2 ye Diana krn sudi mencube resepi ni. fmly akak pun suka dan berselera...
jomlah semangkuk utk akak...nak bawak pizza dah habis pulak...hehe

Yat Maria said... Reply

Salam Diana

tgk the food u tanyang harus I pegi early lunch ..the daging kicap looks so delicious dear..

Melly Octaviana said... Reply

Siang Diana.. sedap sekali daging kicap nya, anak anak di rumah juga suka, nanti melly cuba buat pake resipe nya diana.. slurrp

Tina Othman said... Reply

dahlah datang sini time lunch, bertambah lapar tgk lauk tu hihi

Mas said... Reply

Assalamualaikum
aduhai..tak boleh tahan tgk daging kicap kerisik berempah tu. Cukup ke makan dgn semangkuk nasi je hihihi

tun_telani said... Reply

kak diana cayang.. masak kicap berempah mmg sedap.. tp kalau tun kene tukar ayam laa, sbb tun x makan daging..

ummiaisyah said... Reply

sy pon suka daging msk kicap...terlagi-lagi kalo mkn tu...

IXORAROXI said... Reply

nampak sungguh menyelerakan!

Mas said... Reply

hmm...memang jadi lapar nengok lauk daging tu kak..
menggodaaaa...

rahel said... Reply

Salam Diana,betul2 gue jadi lapar tengok set hidangan ni...macam mo join lagi makan2..