Tuesday, March 27, 2012

~ Resipi Kiam Chai Bersama Ikan Tenggiri...

Sheery Dream Cakes | 9:40 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Seperti yang Diana beritahu kat fb siang tadi.. Diana ada masalah nak publish entri... Adeeh!!! Geram juga d buatnya... Kalau entri yang dah siap tu ada kat draft tak apa juga kan.. Ni tak... Langsung tak ada.. Kena buat semula... Huhuuu.. Tak tau kenapa.. Harap entri kali ni tak hilang lagi walaupun tak dapat publish nanti.. Tapi harap sangat dapat kan.. Sebab dah ada beberapa resipi yang tertangguh untuk d kongsi bersama... 


Untuk entri ni Diana nak kongsikan resipi ulang tayang sebenarnya.. :). Resipi yang sangat mudah, 2 dalam 1...  Kalau nak cepat biasanya Diana akan masak menu ni sebab ianya dah ada sayur dan ikan sekali dalam 1 menu... Mudah kan.. ;). Jom semak resipinya..Untuk memudahkan lagi.. Diana letak resipinya sekali lagi kat sini yer...



KIAM CHAI BERSAMA IKAN TENGGIRI


Bahan-Bahan
  • 800 gm kiam chai _ dihiris halus
  • 900 gm ikan tenggiri _ dipotong kecil
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Perencah pati ikan bilis Tumix
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukup kegunaan

Bahan-bahan A ( Kisar menggunakan food processor )
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1/2 tbsp belacan
  • 2 biji cili merah


Cara-Cara
  1. Rebus kiam chai bersama sedikit gula sehingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bahan kisar dan udang kering hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan kiam chai dan air melebihi paras kiam chai.
  4. Setelah mendidih tambahkan perencah pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa ( rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam.. sebab kiam chai nie ada yang terlalu masin walaupun dah direbus bersama sedikit gula ).
  5. Masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak.
  6. Tutupkan api dan angkat.
  7. Makan bersama nasi putih semasa ianya masih panas.



5 comments:

Qasey Honey said... Reply

asslm kak Diana...memalam ni QH terbau la makanan sedap...rupanya kt dapur akak...sedapnya tengok menu2 tu...bertambah sedap dimkan dgn telur masin tu...penambat selera..

Mas Sani said... Reply

tertanya tanya juga apa benda kiam chai tu sekali tgk rupe sbnrnya...oooo itu namanya kiam chai (sayur yg dijeruk kan? er...betul ke?) hihihi...

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Qasey Honey

wsalam QH... hehhe... memalam baru tayang menu lauk pauk kan.. :D. nie menu d kala akak nk cpt... masak gini.. jimat masa gitu.. :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Mas

a'aa betul mas... hehe.. tu kiam chai tu bahasa cina.. kalu org kat sini panggil dlm bahasa melayu.. sayur masin / kobis masin..

Azlita Aziz said... Reply

Salam Diana..
Gambar Diana kali ni buat akak tersentuh...
Shadunya.... teringat masa akak kecik-kecik dulu..

gambar Diana kali ni penuh penceritaan..
Akak suka sangat.. good job Diana..

yang paling akak suka yang no 1 ^-^
rasa tenang aje melihatnya..