Wednesday, March 7, 2012

~ Special BBQ Sauce...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. Selamat pagi... Moga pagi nie semuanya sihat sejahtera dan ceria² hendaknya yer... :). Awal pagi nie Diana nak kongsikan resipi Sos BBQ.. Resipi oleh Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ).. Bagi Diana sos nie memang sedap.. Diana biasa guna sos nie untuk memasak ayam atau daging.. Tapi terpulang ler dengan selera masing² kan .. Nak masak makanan laut dengan sos nie pun ok juga rasanya.. Tapi Diana tak pernah lagi cuba gandingkan sos nie dengan makanan laut.. Kalau nak mencuba apa salahnya kan.. ;)


Nak buat sos nie mudah jer.. Bahan yang d perlukan pun tak susah nak d dapati.. Jom kita semak resipinya.. Terima kasih buat Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ) kerana berkongsi resipi nie.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih... Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy )  ( TQ )

Bahan²
3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
5 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee )
1/2 tsp serbuk rempah 5
1 tsp lada hitam kisar 
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

Cara²
  1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.
  3. Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.
  4. Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.


13 comments:

anymz said... Reply

akak dan family mmg suka buat bbq..boleh cuba resepi ni nanti..terimakaseh diana..

sehat diana?..lama tak BW ke rumah kawan2.ni baru nak panaskan badan.hehe

Mas said... Reply
This comment has been removed by the author.
Mas said... Reply

assalamualaikum, slmt pg kak diana
Boleh cuba sos bbq ni sbb mas suka bkr membakar gak :-)

Qasey Honey said... Reply

asslm kak Diana...
tq kak sudi share resrpi sos bbq ni...
QH suka juga bako2 ni...
nti bleh cuba...

Gee® said... Reply

Menarik laa Diana....harus dicuba ni...thanks for sharing

Lieya said... Reply

Haiii Diana, singgah sini jap.. nak tanya rempah 5 tu terdiri daripada apa saje????

kayrul-shah said... Reply

berselera makan kalau ada sos sedap macam nie....

kayrul-shah said... Reply

berselera makan kalau ada sos sedap macam nie....

kayrul-shah said... Reply

berselera makan kalau ada sos sedap macam nie....

nonierahman said... Reply

kak diana,nak tanya sos nie kalau kita simpan tahan berapa lama yer

Diana @ Melley Mey said... Reply

@nonierahman
ermm.. akak pun tak pernah lagi simpan lama2 nie... buat terus habiskan.. tapi rasanya kalau simpan dalam peti sejuk boleh juga kan

Shaz Zerk said... Reply

masih tak jawab soalan ape rempah 5.,

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Shaz Zerk

opss! alahaix perasan plak soalan tu... tq ingatkan akak...

serbuk rempah 5 tu terdiri dari bunga lawang, jintan manis, jintan putih, kayu manis dan ketumbar... serbuk rempah 5 nie boleh di dapati di kedai ya...