Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Wah hari nie awal pula Diana bersiaran kan... Ermmm... Sebenarnya nak menghabiskan entri yang tertunda nie.. Tak tau bila ker nak habis.. Sehari demi sehari berlalu.. Tapi tak juga d kongsikan.. Haih!! Kalau boleh nak habis kan hari nie.. Sebab esok Diana dah nak jemput daughter kat Kem Wawasan Papar, Sabah.. Hari nie merupakan hari terakhir mereka untuk sesi latihan.. Esok dah balik dah.. Tahniah kepada semua pelatih PLKN kumpulan 1 Siri 9/2012 kerana telah berjaya menamatkan sesi latihan PLKN nie yer :).. Jadi esok memang tak dapat nak update apa² kat dapur nie.. Lusa pun sama.. sebab Diana masih tak ada kat Labuan.. Lepas tu balik Labuan pula SBK nie terpaksa berehat lagi untuk beberapa hari... Masih ingat lagi kan.. ada lagi sambungan cuti rehat SBK nie.. Hehehee.. Adeeeh!!! Main sambung² pula yer.. :D.
Baik ler.. Pagi nie Diana nak kongsikan resipi campak² jer... Resipi yang mudah gitu.. Semua orang pun dah tahu memasaknya kan.. Jom tengok resipi nie..
Bahan² A
Ayam _ dibuang kulit dan dipotong kecil
Buah kundur _ dikupas, buang bijinya dan dipotong kecil
Sedikit Udang Salai Sarawak
Air secukup kegunaan
Bahan² B
Garam secukup rasa
Kicap cair Loon Kee
Cara²
- Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.
- Kemudian masukkan kesemua bahan² A dan renih hingga ayam empuk.
- Tambahkan bahan² B dan sesuaikan rasa.
- Angkat dan hidang ketika ianya masih panas.


2 comments:
Sedapnya dapat hirup sup ayam ni...
kak..nak kuah semangkuk..nk bg Syifa' mkn..hii
Post a Comment