Tuesday, April 17, 2012

~ Ayam Goreng Tomato Berlada...

Sheery Dream Cakes | 11:23 AM |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni Diana nak kongsikan 1 resipi dari dapur Akak Sha @ Shahriah.. Semua orang pasti kenal dengan Akak Sha kan... Akak ni lebih dikenali di kalangan peminat MasterChef Malaysia kat rumah ni sebagai peserta yang sentiasa tampil cantik... Kalau sebut nama pasti ada yang berfikir dulu nanti.. Tapi bila kata akak yang cantik tu... pasti dorang kata ooo yang tu... Hehehee... 


Diana tau blog Akak Sha dari Izah... Terima kasih Izah :)... Kepada sesiapa yang belum pernah singgah kat blog Akak Sha boleh ler jenguk kat SINI ya.. Banyak resipi menarik yang pastinya akan menggoda anda semua... Tadi baru saja tergoda dengan Rustic Apple Tart kat sana tau... Nampak sesangat la sedaaapnya... ;).


Ok la kita cerita pula tentang resipi Ayam Goreng Tomato Berlada ni... Salah satu menu kami semalam... Diana gandingkan dengan Nasi Yogurt... Memang sedaaap!!! Buat Akak Sha.. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sedaap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak... Dan ada sedikit bahan yang Diana tambah mengikut citarasa keluarga.. Halal ya akak... Terima kasih..



Bahan-Bahan A ( Dikisar )
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji buah keras

Bahan-Bahan B
  • 1 ekor ayam _ kerat 16 ( Diana guna dalam 1 kg ayam )
  • 1 mangkuk sos tomato _ ( Diana guna 3/4 cawan sos tomato Maggi )
  • 1 biji tomato _ dipotong dadu
  • 1 biji tomato _ dihiris untuk hiasan
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Yang Diana Tambah
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris 
  • Daun sup _ dihiris  
  • Serbuk kunyit
  • Garam 
  • Gula
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sekejap. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  4. Kemudian masukkan ayam, tomato dadu dan sos tomato ( Diana bubuh juga perencah pati ayam dan sedikit gula ).
  5. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam masak.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan masak seketika.
  8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan tomato dan daun sup.








0 comments: