Sunday, April 15, 2012

~ Brown Butter, Carrot, Apple And Coconut Muffins...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Apa khabar hari nie? Moga semuanya d berikan kesihatan yang baik dan sihat sejahtera hendaknya selalu... Entri kali nie tak nak banyak sangat membebel.. Sebab Diana rasa terlalu penat buat ketika nie.. Bila dah badan penat... Maka otak pun penat ler juga kan... Tekanan jangan cerita ler eh... Huhuu... Nak taip apa pun dah tak boleh fikir dah...


Entri nie Diana nak kongsikan resipi Brown Butter, Carrot, Apple And Coconut Muffins... Muffin nie kegemaran anak² utamanya Irfan... Resipi nie terhasil semasa Irfan nak makan sirap maple yang ada dalam peti ais tu.. Ermmm.. Mummy dia nie tak rajin sangat nak buat pancake.. Tapi rajin pula buat muffin... Hehehee... Makanya timbul ler idea bubuh sirap maple kat dalam muffin nie..



Selain tu juga... Diana menggunakan brown butter dalam resipi nie... Dah lama sangat Diana tak buat kek atau muffin yang menggunakan brown butter nie.. Kali terakhir Diana buat brown butter nie semasa sebelum wujudnya blog nie lagi... Jadi rasanya nie ler pertama kali Diana kongsikan resipi yang menggunakan brown butter.. Bagi Diana.. apa sahaja kek, muffin atau cupcake yang menggunakan brown butter nie pasti Diana tak akan tolak.. :). Jom tengok resipi muffin nie..



Bahan²
1 cawan mentega ( unsalted )
3/4 cawan gula perang
1 2/3 cawan tepung gandum
1 tbsp potato strach
1 tbsp tepung ubi kayu
1 1/2 tsp baking powder
1/3 tsp garam
1 tsp serbuk kayu manis
1/2 tsp ground mixed spice
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/4 cawan sirap maple
2 tbsp yogurt _ ( Diana guna perisa mixed berries, apple & acai )
2 cawan lobak merah yang diparut
1 cawan epal hijau yang telah diparut _ ( kupas kulitnya terlebih dahulu )
1/4 cawan kelapa parut kering




Cara²
::  Brown Butter  ::

  1. :: Cara menyediakan brown butter ~ Masukkan mentega ke dalam periuk dan cairkan di atas api sederhana. Masak sehingga keperangan. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, ayak tepung gandum, baking powder, serbuk kayu manis dan ground mixed spice. 
  3. Kemudian masukkan tepung ubi kayu, potato strach, gula perang serta garam ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata. 
  4. Masukkan brown butter yang telah disejukkan tadi dan gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  5. Satukan pula kesemua bahan basah ( telur, esen vanilla, yogurt dan sirap maple ) di dalam mangkuk yang lain dan pukul ringan. Curah ke dalam adunan tepung dan mentega tadi. Kaup balikkan adunan hingga sebati menggunakan spatula ( Jangan overmix ).
  6. Masukkan lobak merah parut, epal parut dan kelapa parut kering. Kaup balikkan hingga sebati.
  7. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin sehingga 3/4 penuh dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.




7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana,geramnya kak ros tengok tangan gebu yang montok tu...nampak segebuzzz cupcakesnya

K.Nor said... Reply

irfan... acik nor nak seketul! hehe montoks tangan tu.. :)

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

SAlam Ziarah.. terima kasih kerana sudi add yaa.... wow! the muffins looks so gejes laaa... nice photos! i like...:))))

Mas said... Reply

Tajuk saje dah buat mas terbayang-bayang kesedapannya, kalau dpt rasa lagiiiiiii lah sedap hihihihi

Tina Othman said... Reply

geram tgk tangan yg nak ambik muffin tu hehe, nanti2 boleh lah try kan, tak penah lg buat muffin ni

kak diana, brown butter nak beli kat mana ye? first time dgr ni

Rohah said... Reply

Ada muffin di sini...like3

ogyep yummy mellow said... Reply

suka 3x... mantoppssss gitu...