Thursday, April 19, 2012

~ Nasi Yogurt...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Alhamdulillah hari nie sempat untuk Diana bersiaran... Semalam memang tak sempat sebab sibuk yang teramat sangat... Memang tak larat dah nak online.. Fb pun sekadar jenguk melalui hp jer... Email pun banyak yang Diana terlepas pandang.. Huhuuu... Maaf sesangat tau...


Baik ler tanpa membuang masa.. Terus jer kita tengok resipi Nasi Yogurt cara Diana nie.. Nasi nie Diana gandingkan bersama Ayam Goreng Tomato Berlada hari tu.. Resipi nie Diana buat ikut citarasa keluarga Diana yer.. Jom tengok resipinya..

Bahan²
3 cawan beras basmati _ dicuci dan toskan
100 gm mentega _ ( Nak guna minyak sapi pun boleh )
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 tbsp yogurt ( perisa asli )
1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
2 ulas bawang putih _ d tumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang serai _ dititik
1 tsp minyak zaitun
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Panaskan mentega / minyak sapi dan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  3. Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras.
  4. Masukkan juga air, susu cair, yogurt, kiub pati ayam dan garam. Gaul rata.
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak biarkan seketika sebelum digemburkan.
  7. Makan bersama lauk kegemaran.





6 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

SAlam Diana... wahh hari ni baru keluar resipe nasi yougurt tu yaa... sabar menanti heehhehee.. apa pun tq for the resipe.. jangan lupa ada buah tangan untuk diana tau...:))) Peach Poached Jelly Keranamu Diana.. akak buat khas buat Diana..:))

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

Salam, D... nanti bila free kita nak try Nasi Yogurt D ni, mesti sedap :-)

azam said... Reply

:) belum pernah rasa...nanti cuba

zila 4ever said... Reply

salam diana
menu menarik..x pernah lg rasa..camner erk rasanya..he heee sedap x?..mesti sedap kan..kecur tgok:)

tun_telani said... Reply

salam kak diana.. sedapnyerr nasi yogurt tuh.

izahdaut said... Reply

kak diana.. skill photograp akak makin cunnn.. suke tengok kain berjurai tu.. hehe