Thursday, April 19, 2012

~ Rustic Apple Tart...

Sheery Dream Cakes | 1:17 PM |


Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Sekarang ni cuaca kat labuan memang kurang elok.. Boleh dikatakan hari-hari hujan.. tak kira la siang atau malam hari.. Jadi kepada sesiapa yang memandu tu berhati-hati tau.. Jalan yang licin dan penglihatan yang terhad semasa hujan lebat ni memang sukar kepada pemandu.. Kesabaran pun menjadi keutamaan juga tu..



Hari tu Diana pernah beritahu yang Diana tergoda sesangat tengok Rustic Apple Tart kat blog Akak Sha kan... Godaaan tu memang sampai ke malam dan bersambung pula ke siang hari.. Adeeh!!! Bagai terasa-rasa keenakannya kat tekak ni dan terbayang-bayang rupa apple tart tu... Heeheee.. Nak tak nak kena buat juga walaupun ada kerja yang menanti.. Macam mengidam la pula eh.. Hahaaaa.... Sememangnya epal ada kat peti sejuk tu.. Jadi keinginan nak menikmati Rustic Apple Tart nie semakin ler berganda-ganda...



Cuma... Cumaaaa... Tolong abaikan kehodohan tart crust yang Diana buat tu ya.. Heeheee ^_^... Diana memang kurang reti lagi bab buat pie dan tart ni.. Ni la pertama kali Diana buat Rustic Apple Pie ni tau... Namuuuun.... Kecantikannya tu terserlah ketika menikmati gigitan pertama taau... Tersangat la sedapnya tart crust tu... Terima kasih Kak Sha.. 


Rustic Apple tart ni Diana hidang bersama biji gajus panggang cincang, biji labu panggang cincang dan kacang pistachio cincang.. Diana sapu juga dengan sedikit jem oren yang telah dipanaskan... 


Terima kasih buat Akak Sha kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaap nie... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Terima kasih akak.. 


~ Untuk Kulit Pastri

Bahan-Bahan
  • 200 gm mentega sejuk _ dipotong dadu
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor dan putar hingga sebati.
  2. Adunan tidak perlu diuli.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Torakkan adunan dan aturkan inti buah epal di atasnya ( Rujuk di bawah untuk resipi inti epal ).
  5. Lipat tepi doh pastri dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan ( Diana taburkan 1 tbsp gula pasir di atas tart sebelum dibakar ).
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Jika ingin mendapatkan warna pastri kekuningan dan cantik, bolehlah spraykan dengan sedikit air dan bakar lagi selama 5 minit.
** Diana sapukan atas inti epal tu setelah tart masak dengan jem oren yang telah di panaskan dan taburkan di atasnya dengan cincangan biji gajus panggang, biji labu panggang  dan pistachio sebelum dihidang.




~ Untuk Inti Epal

Bahan-Bahan
  • 3 biji epal _ dikupas kulitnya, buang mempulur dan dipotong baji _ gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Sos
  • 1 cawan light brown sugar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 4 sudu besar gula pasir

Cara-Cara
  1. Masak di atas api sederhana hingga gula larut.
  2. Masukkan epal dan sentiasa dikacau hingga epal lembut.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sedia untuk digunakan.



** CARA DIANA PULA ::  Diana guna resipi inti epal kat bawah ni ya.. Diana buat ikut resipi yang pernah Diana buat dulu untuk inti cupcake... 


:: Resipi Asal ~ Chef Agnes Chang Easy Bake  ( TQ )
::  Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan
  • 2 tbsp mentega
  • 4 biji epal _ dikupas kulitnya dan di hiris nipis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tsp ground mixed spice
  • 4 tbsp air 
  • 4 tbsp gula kastor
  • 1 tbsp gula perang

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan masukkan epal serta cinnamon powder... Goreng sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kesemua baki bahan² di atas dan masak di atas api kecil sehingga ianya garing.
  3. Angkat dan biarkan ianya sejuk sebelum digunakan.




0 comments: