Saturday, May 26, 2012

~ Mihun Goreng Ayam Dan Kerang...

Diana @ Melley Mey | 8:37 PM | | |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Untuk entri kali nie Diana nak kongsikan resipi yang simple jer... Resipi Mihun Goreng Ayam Dan Kerang jer pun... Sebenarnya nie menu sarapan kami pagi tadi.. Baru sempat kongsikannya.. Mihun Goreng nie permintaan Irfan cayaang... Jadi tu ler sebabnya kenapa anda semua tidak nampak sayur kat mihun tu kan kan.. Cuma ada hirisan daun bawang jer.. Heehee... 


Mihun goreng nie memang sesuai untuk bebudak yang tak nak sayuran dalam mihun goreng mereka.. Tak perlu ler kita asingkannya kan.. Kalau ikutkan selera Irfan.. Kerang tu pun dia tak nak... Jadi terpaksa ler diasingkan juga kerangnya tu semasa hidang untuk dia.. :D. Jadi.. Jika anda nak bubuh sayur atau bahan yang lain pun boleh.. Dan mihun goreng nie memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit yer.. Ok ler.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...


Bahan²
400 gm / 1 bungkus  mihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion ) 
1 tin REX kerang panggang
4 ulas bawang putih _ dihiris
1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
Gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan² A ( Kisar menggunakan Food Processor )
6 ulas bawang merah
1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
1 biji cili merah _ buang bijinya
2 biji cili padi

Bahan² B ( Perap 10 minit )
200 gm dada ayam _ dihiris nipis
1/4 tsp garam
1/4 tsp minyak bijan
1/4 tsp kicap cair
Serbuk lada hitam

Bahan² C
1 1/2 tbsp sos ikan
1 tsp kicap cair Loon Kee
2 tbsp sos cili Maggi

Bahan² D ( Telur Sos Cili )
5 biji telur 
6 tbsp sos cili Maggi



Cara²
  1. Rendam mihun hingga lembut ( Diana tidak rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
  2. :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan. Nak tengok rupa telur sos cili klik kat  SINI.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan² kisar dan tumis selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
  7. Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
  8. Setelah itu masukkan bahan² C dan gaul.
  9. Masukkan mihun dan sedikit air. Gaul dan goreng mihun hingga garing.
  10. Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
  11. Sesuaikan rasa dan angkat.
  12. Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.



4 comments:

mama sara nur said... Reply

assalam Diana
nampak sedap mihun goreng ni
anak2 akak pun kalu makan mesti buang sayur2 tu so kalu goreng kita takyah letaklah he he senang sikit kan

Zack Zachoes said... Reply

a'kum kak,

lama dh tak jejakkan komen kt sini. hehe.. sy...kempunan tgk seafood2 ni. dh lbh 10 bulan tak mkn, masih berpantang lg ni. geram je tgk udang galah, udang harimau kt pasar basah tawau ni. pas hbs pantang nk mkn puas2, kesian gak kt en. hubby lama tak makan seafood sbb isterinya tak leh makan ;p hehe..

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Salam Diana... cayang wangi :))

Wahh untungnya jadi Irfan nak makan apa dapat yaa... :)) tak suka sayur dengan kerang ya? tak pe bak sini biar anti sha habiskan hehehhe...:))

Cantiknya gambar tu diana... walaupun hanya mee hoon tapi nampak macam kelesss giteww...:))

ejulz said... Reply

wah.. tgk gmbr je dh tau sedap.. hehehe