Sunday, May 27, 2012

~ Sambal Ikan...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke SBK nie... Sayang anda semua... Ermm.. Kemarin dan hari nie memang ramai yang mengadakan majlis perkahwinan kat sini.. Termasuklah sepupu Diana juga.. Kepada pasangan pengantin yang melangsungkan majlis persandingan hari nie.. Tahniah! Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Amin... 


Baik ler.. Kita tengok pula resipi untuk kali nie.. Resipi nie Diana ambil dari dapur Akak Nor.. Sambal Ikan Tongkol @ Aya nie memang sedap sesangat tau... Menu nie dah menjadi menu wajib kat rumah Diana nie.. Dalam sebulan mesti ada permintaan untuk menu nie.. Tak tau dah berapa kali dah Diana masak Sambal Ikan nie.. Sampai tak boleh kira dah.. Heehee... Tapi baru hari nie dapat kongsikannya kat sini..  Nak masaknya pun senang jer.. Suka sangat kat resipi nie.. Terima kasih Akak Nor cayang kerana berkongsi resipi mudah dan sedaaap nie yer akak.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat SBK nie.. Terima kasih.. Muahsss 




~ Sambal Ikan Tongkol @ Aya...


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ )



Bahan²
2 - 3 keping ikan tongkol _ ( Diana guna jenis ikan yang lain )
3 keping asam keping
Garam
Air

Cara²
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Sukatan air untuk mati air ikan ( setengah tempat panggil rebus ) hendaklah dilebihkan sedikit dari paras ikan.
  3. Masaklah dengan api sederhana hingga ikan masak / air rebusan tinggal separuh dari asal.
  4. Ketepikan ( jangan buang air rebusan ).

Bahan² Lain ( Untuk Smbal )
3 sudu besar cili mesin *
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah *
1/2 in halia * ( * diblend )
2 sudu besar udang kering ~ ditumbuk halus / blend
1 sudu besar kicap manis
Air asam jawa
1 cawan air
Air rebusan ikan
1 sudu besar gula
Minyak

Cara²
  1. Panaskan minyak dan masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga cili garing dan masukkan bahan²  yang diblend.
  3. Goreng lagi hingga kering sedikit dan masukkan udang kering.
  4. Masukkan kicap dan masukkan 1 cawan air.
  5. Masak lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air asam jawa dan air rebusan ikan.
  7. Biarkan merenih hingga sedikit pekat dan masukkan ikan tongkol.
  8. Teruskan memasak, masukkan gula dan tambah garam jika perlu.
  9. Masak lah hingga kepekatan yang disukai.
  10. Boleh lah dihidangkan dengan nasi lemak.


5 comments:

K.Nor said... Reply

salam D sayang.. wahh patut terbau cam lauk sambal hehe.. mekasih sudi guna resipi tu masak ulang2 ya... tak sangka D satu famili suka dgn resipi tu.. ikan apa D guna tu sbb tak nampak mcm ikan tongkol :)

Mamasya said... Reply

Salam Diana. slmt berhujung minggu.sambil tongkol ni teringat kalau balik Ganu...beli nasi lemak letak sambal tongkol...

wanny :: said... Reply

salam... kak diana, wanny mohon ambil resepi2 dr blog akak ye... sedap2 masak kan akak....~ tq

adda syuhada said... Reply

ikan tongkol masak la apa pun mmg best..tp klu smbal ikan cmni..selalunya balik besut mesti mak sdara wat makan ngn nasi lemak..bestnya..

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Salam Diana cayangg wah sambal ikan tongkol.. akak memang tak masak ikan tongkol kat rumah... tapi kalau teringin gerenti makan nasi dagang orang ganu! memang best... wahh sedap sungguh ni... pulak gambarnya cantik.. terasa2 macam makan kat hotel 5 bintang dah ni hehhee