Thursday, May 31, 2012

~ Tiramisu...

Diana @ Melley Mey | 9:52 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Diana mohon maaf sebab tidak dapat online lelama beberapa hari nie.. Kemarin lagi ler tak sempat nak online pun.. Huhuuu... Maaf sesangat tau.. Pagi hingga ke petang tadi memang tak boleh nak online sebab bawa mama pergi shopping.. Heehee.. ^__^. 


Kepada yang berada kat Sabah dan W.P.Labuan.. Selamat bercuti yer.. Orang Labuan pasti ramai yang pergi bercuti ke Kota Kinabalu kan.. Yang pastinya siapa yang bawa kereta pergi sana.. Ermm.. Faham² jer ler eh.. Heehee.. Feri pasti penuh kan kan.. ;). Pasti seronok suasana kat sana.. Bermacam² acara sempena Pesta Kaamatan diadakan.. Kepada saudara mara dan pengunjung SBK yang menyambutnya.. Selamat menyambut Pesta Kaamatan 2012.. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.. Tahun nie Diana tak pergi sana.. Daughter jer baru pergi sana esok.. 


Ok.. Kita lupakan tentang tu.. Kita buka pula cerita Tiramisu nie.. Tiramisu nie Diana buat di atas permintaan Yong.. Di hari yang sama Diana buat Tiramisu nie.. Irfan pun buat 1 permintaan juga.. Ermmm... Kena ler buat kedua permintaan anak² kan.. Nasib baik masa tu Diana memang tidak sibuk.. Cuba bayang kan ler eh... Jika ada 7 orang anak.. Hehehee.. Setiap seorang meminta 1 menu.. Adeeh!!! Bak kata orang Labuan.. " Gagau jua ah! ".. Heheee..  Maknanya " Sibuk juga yer ".. :D. Nasib baik hanya ada 2 permintaan masa tu.. Kalau tak pening juga kepala kan.. Irfan pula minta Diana buat Brownies yang dilapis dengan ice cream.. Yang tu esok InsyaAllah kalau sempat Diana akan kongsikannya yer.. Haih!! Jadi ler hari tu hari untuk mengumpul dan menambah lemak yang ada.. Huhuuuu...


Resipi kali nie Diana buat ikut resipi Chef Riz.. Resipi nie Chef Riz kongsikan bersama peserta MasterChef Malaysia 2011 yang lepas.. Ianya memang sedap.. Nak buatnya pun senang jer.. Pasti ramai yang dah pernah buat ikut resipi Chef Riz nie kan... :). Terima kasih buat Chef Riz kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer.. Terima kasih.. Muahsss 


::  Diana tidak dapat link kan kat page MCM sebab tak dapat masuk kat page tu. Asyik Error 404 jer.. Huhuu  ::

:: Resipi Oleh ~ Chef Riz  ( TQ )

Bahan² 
3 biji telur _ asingkan kuning dan putih telur
6 sudu teh gula
10 gram serbuk gelatin
40 ml air panas
175 gram keju mascarpone
175 gram krim keju
250 ml krim memasak _ ( Diana guna Anchor UHT whipping cream / Dairy whipping cream )
Serbuk Nescafe + air panas sebanyak mana diperlukan 
Jejari biskut span secukupnya _ ( Lady Fingers Biscuits )
Serbuk koko secukup kegunaan
3 sudu ekstrak vanilla _ ( pilihan )
Jem Raspberry secukupnya _ ( Diana tambah )

Cara²

Adunan 1

  1. Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
  2. Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning ( adunan 1 ). Ketepikan.

Adunan 2 ( Meringue )

  1. Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat.
  2. Biarkan ia sebentar.

Adunan 3
  1. Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat. Ketepikan.



Langkah Seterusnya
  1. Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
  2. Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim  (adunan 3 ).
  3. Tuangkan adunan krim ( adunan 3) ke dalam adunan kuning telur ( adunan 1 ). Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan meringue ( adunan 2 ) dan kaup balikkan adunan berikut ke dalam adunan krim ( adunan 3 ) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
  5. Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
  6. Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
  7. Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan spatula, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti. Ulang proses berikut sebanyak tiga kali.
  8. Diana bubuh juga jem raspberry sebelum melapis adunan krim untuk lapisan yang terakhir.
  9. Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
  10. Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
  11. Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.
  12. Diana taburkan juga parutan coklat di atasnya.








Sebenarnya entri nie Diana buat kemarin petang.. Tapi tak dapat publish pula.. Blogger ada masalah lagi kot... Adeeh!! Jadi.. Malas ler nak tukar semula... Biar jer ler kan.. Hehehee... Kalau Diana kata esok tu.. Maksnanya hari nie ler tu eh... Faham² jer ler yer... ^_^.


::  Cuma lapisannya tu memang tak cantik kan... Tak apa ler.. Yang penting rasanya masih sedaap..  ::




14 comments:

atie @ ejay said... Reply

salam kak melley..
sedapnya tiramisu kan..
tp tak pernah guna lady fingers biscuits tu.. sbb jumpa y xde tanda halal je?akak pakai jenama apa?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Reply

Salam perkenalan,

Sedap tengok tiramisu tu ye...
Senang rupanya tak perlu di bakar-bakar oven bagai... rajin dengan tak rajin jer ye Melley..

Mohon share resipi ye...

Nina Mirza said... Reply

As'salam Diana ..

cantik dan simple tiramisu Diana ;)
NIna tak pernah lagi cuba buat tiramisu
Insya'Allah satu hari nanti Nina akan cuba.....

ummiakid-lily said... Reply

wow! sedap tengok tiramisu ni...mmg suka tiramisu. next boleh cuba resepi ni...picture pun gojes...

tun_telani said... Reply

Salam kak diana cayang.. happy holiday ^^ kiteorg kt sarawak cuti esok, hari gawai =)
dh lama x mkn tiramisu, cantik tiramisu akak.

Qasey Honey said... Reply

asslm kak Diana...myelerakan tgk tiramisu tu...stakat ni lum penah cuba lg...tgk slalu sgt dh...hihi...mesti cuba pasni...

Lily Erliyani said... Reply

UISHHHH...AKAK NI MACAM-MACAM MASAK..SEDAP NYA ALAHAIIII....

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Huauuuuuuu cantiknya!!!!!!!!!!!

so beautifullllllll :)))) macam yang ada di Hotel laa.. suka betul akak tengok! huahh best! best!

Kalau Chef Riz nampak ni.. sure dia pun terkejut hhehe.... sure dia mintak no phone Diana hehehhh sebab lawo sangat Gagau aja bahhh!

Asyifa Mustaffa said... Reply

aduhhh..! sedapnya tiramisu tu...

selamat bercuti utk orng sabah srawak....:)

Qhaifa Nur said... Reply

teruja tengok sekejap....
tiramisu, sedapnya Di....
lain dari yang lain tiramisu nih....

sweethOneY said... Reply

Nampak cantik je Kak Diana punya tiramisu niiii rasa mesti sedap ni !!

Lain resepi yg Kak Diana share kali ni, biasa saya buat tiramisu simple aje :)

Kak, krim memasak tu macam mana ye ?

liemaopurut a.k.a ana said... Reply

erm..sedapnya ;p.
bila lah nak sampai seru buat tiramisu ni hikhikhik

FnF Simple Life said... Reply

mula2 tgk pics fnf ingatkan baked tiramisu...texture tiramisu cake ni mcm bake cheesecake...hmmm...nampak sgt sedap dan moist gitu...

Nur-nba said... Reply

Salam.. Pergh sedapnya.. Kak Diana, gambar2 ni cantik sangat.. Itu baru tengok gambar, kalaulah dapat menjamah tiramisu ni.. alangkah nikmatnya.. :D