Friday, August 31, 2012

~ Kuih Siput...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Sempena cuti Hari Kemerdekaan nie pasti ramai yang mengadakan rumah terbuka.. Yer ler Merdeka Raya kan.. Kepada kawan Diana yang telah menjemput ke jamuan rumah terbuka petang nie.. Diana mohon ampun dan maaf sebab Diana tak dapat pergi.. Hari nie Irfan kurang sihat.. Kena ler Diana temankan dia kat rumah.. Hanya hubby jer pergi ke jamuan tu.. Maaf sekali lagi dari Diana tau.. 


Petang nie Diana ingin kongsikan resipi Kuih Siput nie.. Pasti ramai yang dah tau buat Kuih Siput nie kan.. Mudah nak di sediakan... Dulu di zaman kanak² Diana memang suka menolong mama dan arwah nenek Diana buat Kuih Siput nie.. Tapi memang dah lama tak buatnya pun sejak zaman tu.. Heehee.. Resipinya pun entah ke mana.. Jadi tahun nie teringin sesangat nak buatnya.. Kebetulan pula daughter nak sangat mencubanya.. Jadi.. Kena ler tanyakan resipinya kat cousin Diana.. Hanya resipi campak² jer yang ada.. Ermmm.. Tapi Diana telah olah mengikut sukatan Diana sendiri.. Jadi nie ler hasilnya... Jika nak pedas boleh ler ditambah sukatan serbuk cilinya tu yer... 


Bahan²
1 kg tepung gandum 
200 gm mentega
2 1/2 - 3 tbsp serbuk cili _ ( lebihkan jika suka pedas )
10 tangkai daun kari _ dimayang halus
Sedikit daun sup jika suka _ dihiris ( Diana tak letak )
300 ml santan _ ( Diana guna santan segera dalam kotak Ayam Brand )
Garam secukup rasa
Minyak secukup kegunaan untuk menggoreng

Bahan² A ( Dikisar menggunakan Food Processor )
4 genggam penuh udang kering _ direndam dalam air panas, bersihkan dan toskan
40 gm jintan manis
40 gm jintan putih

Cara²
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk cili dan garam. 
  2. Campurkan bahan² A, daun kari, daun sup, perencah pati ayam dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega dan ramas adunan hingga bergaul rata.
  4. Buat lubang di tengahnya dan tuangkan santan. Uli adunan hingga ianya sebati.
  5. Ambil sedikit adunan kuih siput tadi dan gelek di atas acuan kuih siput. Buat hingga adunan habis.
  6. Goreng di dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan.
  7. Setelah ianya suam, bolehlah ditaburkan dengan sedikit garam jika suka.
  8. Simpan di dalam bekas kedap udara.


5 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... Reply

Hello dearie, apa khabar di sana? Selamat MerdekaRaya!!! :)

Kuih siput memang favourite I...tapi tak pernah buat. One of my aunt memang pandai buat dan selalu dapat order buat jualan. Its called Chirpi in Tamil ;)

Yours look very similar to hers. Pedas2 gitu! Krap krup besnyaaaaaa!

I sedih takde jiran Melayu...takleh nak gi open houses..huhu! :(

K.Nor said... Reply

salam D, slmt hari raya.. nak kuih siput sebalang ya. uihhh nostalgia betul tengok kuih siput ni, dah lama tak buat :)

love!!! meh dtg beraya rumah k.nor! :)

Scarlett O'Hara said... Reply

Tq sudi share resipi.Nak try buat.

Naz / Nadz COSK said... Reply

Assallamualaikum Diana..

Lama tak berbicara dgn Diana. Selamat hari raya ye diana. Maaf andai ada salah dan silap naz pada diana..

Kuih siput ni mmg best dikunyah2 depan tv.. Verangan nak buat raya ari tu tp tak terbuat pun..hehehee

herney aqilah said... Reply

sedapnyaaaaaa