Saturday, August 4, 2012

~ Lightroom 3 ( LR3) _ Export Settings...

Diana @ Melley Mey | 8:16 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... Diana mohon ampun dan maaf kerana membiarkan anda semua tertunggu² setting seterusnya untuk Export Image kat Lightroom 3 ( LR3 ).. Dah lama Diana berjanji untuk buat entri nie.. Namun malangnya Diana tak mampu nak teruskannya masa tu.. Diana kurang sihat masa tu.. Hari nie Alhamdulillah Diana semakin sihat... :). Terima kasih di atas doa anda semua... Sayang anda semua.. 

Baik ler.. terus jer kita tengok bagaimana settings yang Diana gunakan dalam proses seterusnya di dalam LR3.. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca setting sebelum nie.. Boleh ler klik kat → Cara Edit Image Dalam Lightroom.. Setelah itu baru ler guna setting dalam entri nie yer.. Perlu diingat semua setting nie adalah setting yang Diana biasa gunakan untuk edit gambar dalam SBK nie yer.. Sekiranya ada yang terkurang atau ada yang tersilap tu boleh ler beritahu Diana.. Diana nie pun masih baru dalam bidang nie dan masih memerlukan tunjuk ajar dari anda yang lebih arif dalam bidang nie.. Terima Kasih..

1. Klik pada Export Location.. Settingnya seperti di bawah :
  • Export To : Specific Folder
  • Folder : Pilih folder yang anda kehendaki
  • Tandakan  pada Put in Subfolder dan masukkan nama yang dikehendaki.
  • Jangan tanda apa²  pada Add to this catalog. Biarkan kosong macam tu sahaja.
  • Existing Files : Ask what to do.
2. Klik pada File Naming..
  • Tandakan  pada Rename To : Pilih Custom Settings.
  • Custom Text : Masukkan nama yang dikehendaki ( contohnya Nasi Goreng ).
  • Start Number : 1 ( yang ini setiap kali kita hendak save gambar yang berbeza kena tukar. Setelah 1 tukar kepada 2 dan nombor seterusnya ).
  • Yang ini penting. Pastikan pilih Lowercase pada Extensions.
3. Klik pada File Settings..
  • Format : JPEG
  • Quality : Terpulang pada pilihan anda. Diana sentiasa pilih 100 %.
  • Color : sRGB.
  • Jangan tanda apa²  pada Limit File Size To.
  • Tandakan  pada Include Video Files.
4. Klik pada Image Sizing.
  • Tandakan  pada Resize To Fit : Width & Height.
  • Jangan tanda apa²  pada Don't Enlarge.
  • Tulis saiz gambar yang anda kehendaki. Contohnya ~ W : 2569   H : 3854 
  • Resolution : Tulis berapa yang anda kehendaki. Diana biasanya akan tulis 300 pixels per inch.
5. Klik pada Output Sharpening.

  • Tandakan   pada Sharpen For : Screen.
  • Amount : High.
6. Klik pada Metadata.
  • Terpulang pada anda sama ada nak tandakan atau tidak. Jika nak sembunyikan EXIF INFO boleh tandakan  . Seperti ~ Tandakan  pada Minimize Embedded Metadata.
  • Jika hendak tunjukkan EXIF INFO jangan tandakan apa² . Biarkan kotak itu kosong begitu sahaja.
7. Klik pada Watermarking.
  • Terpulang hendak buat atau tidak. Diana buat pada Adobe Photoshop untuk proses seterusnya.
  • Jika hendak buat Tandakan  pada Watermark : Tulis watermark yang dikehendaki. Contohnya ~ Sky Blue's Kitchen.
8. Akhir sekali klik pada Export.


Untuk proses seterusnya Diana guna Adobe Photoshop. Untuk prosesnya nanti Diana akan buat entri setetusnya yer.. InsyaAllah. 




11 comments:

Ikhmal Yusoff said... Reply

hai diana..sy baru je update lightroom 2 ke lightroom 4.1 td..jarang guna lightroom ni..btw slmt bkenalan :)

Nadia Elena said... Reply

huiyoo banyaknya step..rajin akak buat tutorial..thumbs up!! :)

Eny Yusnizar said... Reply

great info. Thanks for sharing :)

nOOrsha said... Reply

Salam ramadhan kak d... wahhh byk step ya..rajin akak..tq share ilmuvpd kami.sy mmg zero knosledge pasal lightroom ni..nk akikvkelas ngan kaj d la boleh x.. hehe..yuran sy bgkyih semoerit sebalang.boleh?hehe...

nOOrsha said... Reply

Hai byknye typing error..sy BW gune hp je ni.sori ye kak...

ibh_sue said... Reply

Asslmkum kak.
Tq share ilmu :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Ikhmal Yusoff

Hi ikhmal... oo yer ker.. boleh jer guna settings nie dalam LR4.. sama jer.. salam perkenalan juga dari diana.. :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Nadia Elena

memerlukan sedikit kerja juga ler kan untuk step LR nie.. namun jika dah biasa nanti semuanya akan jadi mudah.. InsyaAllah.. Terima kasih nadia..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Eny Yusnizar

ur wcme eny.. :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@nOOrsha

Salam Ramadhan Sha... a'aa memerlukan sedikit kerja namun jika sha dah biasa nnt ianya pasti menjadi mudah.. InsyaAllah sha... wah akak pun masih baru lg nie sha.. Sama2 ler kita belajar dalam bidang nie yer sha.. harap ianya dapat membantu.. wah ada kuih semperit yer.. sedapnya tu... hehehhee... x per x der yuran d kenakan.. akak ikhlas berkongsi mana yang termampu.. ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@ibh_sue

wsalam sue... ur wcme.. ala sue ilmu yang akak ada nie hanya ler sedikit dalam bidang food photography nie.. harap ianya dapat membantu.. :) InsyaAllah..