Sunday, October 28, 2012

~ Nasi Kurma & Daging Masak Manis Sebagai Pengubat Rindu...


Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan kepada semua pengunjung SBK yang dikasihi lagi disayangi.. Di entri yang lepas Diana ada maklumkan bahawa entri lepas tu mungkin entri terakhir... Ermmm... Tapi ada pula lagi entri seterusnya hari ini kan... Macam mana tu? Sebenarnya memang nak berhenti buat sementara waktu sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.. Namun walaupun begitu.. Jika ada kesempatan waktu pasti Diana akan kongsikan sesuatu kat SBK ini.. Sebab tak sampai hati pula nak tinggalkan SBK ini buat selamanya... Memandangkan kesihatan Diana tak elok dalam beberapa bulan yang lepas.. Maka terpaksalah entri di SBK diperlahankan.. Terutamanya beberapa minggu yang lepas memang tak dapat nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada SBK.. Harap ampun dan maaf ya di atas kesulitan itu..


Ya lah... Rasanya ramai juga yang tak setuju Diana stop blogging kan? Nak Diana teruskan tak? Kalau ya.. InsyaAllah pasti Diana akan usahakan sebab kesihatan Diana sekarang pun dah semakin beransur baik walaupun masih dalam fasa berubat.. Diana buat mana yang termampu ya.. Walaupun pun mungkin tak sekerap dulu namun jika ada resipi yang hendak dikongsi bersama pasti ada entri baru.. InsyaAllah.. ;). Baik lah.. Untuk pengubat rindu.. Diana kongsikan 2 resipi untuk hari ini... Kita tengok dulu resipi Nasi Kurma ya.. 


~ Nasi Kurma...

Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik²
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya

Cara²
  1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
  3. Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
  4. Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
  5. Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  8. Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
  9. Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



~ Daging Masak Manis...

Bahan²
900 gm daging _ dihiris nipis
2 biji bawang besar _ dihiris 
3 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dihiris 
1 inci halia _ dihiris halus
Air secukup kegunaan
Minyak untuk menumis

Bahan² A ( Dikisar bersama sedikit air )
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Kunyit hidup sebesar ibu jari

Bahan² B
1/2 cawan sos cili Maggi
1/4 cawan Sos tomato Maggi
2/3 cawan sos cili Thai Kimball
1/4 cawan sos plum
3 tbsp kicap ABC sos manis
25 gm honey rock sugar / boleh guna gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara² 
  1. Campurkan daging bersama 2/3 daripada bahan² kisar dan gaul rata. Perap selama 2 jam ( lebih lama lebih baik ).
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk. Tumis halia yang dihiris halus hingga wangi.
  3. Masukkan baki bahan² kisar ( 1/3 ) dan tumis hingga sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat ( terpulang pada selera masing² hendak berkuah atau pekat ).
  6. Setelah itu bolehlah masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama Nasi Kurma atau nasi kegemaran anda.






11 comments:

Abdur Rozak said... Reply

Makanan Kegemaran saya,

EmbunRosaliza said... Reply

Assalam D harap2 sihat hendaknya, sedap sangat nampak nasi kurma dgn dgg masak manis tu, bagus idea D guna kurma tu, akk pun banyak kurma tersimpan tu, akk di cuba nnt, tq berkongsi resipi D

Amie said... Reply

Assalamualaikum dik Diana sayanggg... moga akan sembuh sihat seperti dahulou,
hidangan tu tetap menganam seperti sebelum ini...nyum nyummm!

K.Nor said... Reply

welcome back D dearie :)

adda syuhada said... Reply

mesti sedap nih..teringin nk mencuba gk..

rahel said... Reply

Nampak sangat sedap..nanti bole dicuba ni..

tun_telani said... Reply

Salam rindu kak diana cayangg.. kesiannya akak, semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat ye.. slow2, kesihatan lg penting. sedap nmpk nasi kurma tu..

Tina Othman said... Reply

sedapnya

musim2 raya haji ni mmg ada lah stok daging dlm frige, nanti boleh lah try

Emma said... Reply

Alhamdulillah, ingatkan kemana lah Diana....Hmm nampak sedap nih, boleh dicuba

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

syukur diana & SBK dah kembali semula... semoga diana semakin sihat ye... seronok bila diana ingin kembali semula..

tapi sedih nak beritahu kemungkinan tak lama lagi macamnya akak pula yg terpaksa meninggalkan dunia blog ni.. huhu.. apa2pun harap2 akak masih dpt berblog spt biasa... kita tunggu & lihat..

sweethOneY said... Reply

Yeay, Kak Diana is back !! :) Seronok tengok banyak entry2 baru kat sini. Sedapnya nampak nasi dengan daging tu, lapar plak