Assalamualaikum dan bertemu kembali... :). Ermmmmm... 2 entri pula sekali update kan.. Hehehe.. Oleh kerana ada sedikit masa terluang.. Maka Diana terus update 2 entri untuk malam ini.. Sebab esok memang Diana tiada kesempatan untuk update blog.. Jadi teruskan sahaja lah dengan resipi kali ini..
Resipi yang hendak dikongsikan ini merupakan resipi yang sangat simple sebenarnya... Cuma boleh diolah sedikit dari sayuran dan bawang tu.. Kita juga boleh bubuh udang yang dicincang kasar.. Terpulang pada citarasa masing² ya... Apa kata kita tengok resipi yang simple ini... :)
Bahan² A ( Digaul Rata )
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung ubi kayu
3/4 tbsp tepung kastard
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk cili
2 tsp baking powder
Bahan² B
3 tbsp mayonis
1 cawan air
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan² C
1 biji bawang besar _ dihiris halus
Segenggam taugeh
1 biji cili merah _ di buang bijinya dan dicincang
1 tangkai daun bawang _ dihiris
1 batang lobak merah sederhana besar _ diparut ( Anggaran dalam 5 1/2 inci )
Minyak untuk menggoreng
** Jika hendak ditambah udang yang dicincang kasar pun boleh juga.
Cara²
- Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
- Kemudian masukkan bawang besar, taugeh, cili merah, daun bawang dan lobak merah. Gaul rata.
- Pabaskan minyak di dalam kuali. Ambil sesudu adunan dan goreng hingga masak kekuningan.
- Angkat dan bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cili yang dicampur mayonis.



6 comments:
baru je td mas kenyangkn mata dgn dging grg bcili akk tu, skrg ni cucur syr plak... aduh lapar balik la...nak sepinggan kak :)
pergh makan panas2 ni xsedar berkeping2 masuk mulut..heheh
salam diana...memang kenyang hari nih bertandang dapur diana...hihi...memang sesuai makan time ujan2 nih! chantik!
salam kak diana cayang.. moga2 sihat2 sentiasa ye :) (byk termiss cerita sbb intenet rosak..huhu). nmpk rangup betul cucur akak ni, tun mmg suka mkn cucur rangup2.
Sedapnyaaaa... sgt sesuai buat minum petang sambil santai2 kat garden tepi rumah kan Diana.. suke suke...
Post a Comment