Saturday, November 24, 2012

~ Musim Buah²an Kembali Lagi...






Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... Entri kali ini pun tiada resipi hendak dikongsikan bersama.. Saja nak buat entri tentang buah rambutan... :). Sekarang ini musim buah-buahan dah tiba kan.. Sana sini boleh tengok pelbagai buah-buahan tempatan dijual.. Antaranya buah durian, mangga, rambutan dan banyak lagi.. Ermm.. Sejak kecil lagi Diana suka makan buah rambutan dan buah duku... Sekarang ini Diana hendak bercerita tentang buah rambutan.. Buah rambutan memang sedap.. Tapi jika isinya sukar hendak tanggal dari bijinya.. memang Diana tak suka makan.. Makan sebiji terus tak nak makan dah.. Hehehee... 




Ada sedikit info tentang buah rambutan ini.. Sumber dari Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak... Minta izin ya Diana C&P kat sini sebagai rujukan di masa akan datang... Terima kasih...

~ Rambutan...
Rambutan ( Nephelium lappaceum L ) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia. Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun. Di Malaysia, kawasan penanaman utama adalah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Rambutan adalah buah-buahan yang berdaya maju untuk dieksport ke negara Timur Tengah dan Eropah.

Ciri-Ciri Pokok
Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20\m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek.  Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil.  Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu.  Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan.  Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm.  Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari. Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.

VARIETI-VARIETI RAMBUTAN
·         R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946.  Buah besar dan berbentuk bujur.  Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang.  Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.
 
·         R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor.  Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek.  Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus.  
·         R 160
Rambutan ini digelar ' Khaw Tow Bak ' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970.  Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar.  Buah berbentuk bulat bujur.  Kulit berwarna merah.  Rambutnya kasar dan pendek.  Isinya tebal, lembut, manis dan berjus.  Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.
 
·         R 162
Klon ini dipanggil ' Oh Heok ' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Kulit buah berwarna kuning kemerahan.  Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang.  Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis.  Lapisan biji terikut pada isi.
 
·         R 167
Dikenali dengan nama ' Chai Taw Cheng ' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau.  Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.
 
·         R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970.  Saiz buah adalah sederhana panjang.  Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar.  Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.
 
·         R 170
Dikenali dengan nama ' Deli Cheng ' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970.  Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur.  Rambutnya sederhana panjang dan kasar.  Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis.  Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.
 
·         R 185
Terkenal dengan nama ' Lekang Nyior ' berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur.  Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit.  Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.
 
·         R 191
Terkenal dengan nama ' Rong Rien ' atau ' Anak Sekolah '.  Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981.  Saiz buah sederhana besar ( 40 gm/buah ), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah.  Isinya manis, lekang dan pejal.

Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 ( Muar Gading ), R162 ( Ong Heok ), R170 ( Deli Cheng ), R191 ( Anak Sekolah ) dan R193 ( Deli Baling ).  Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.

:: Nak tau lebih lanjut tentang buah rambutan? Klik kat sini ya  Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak ...



6 comments:

shaiful zaidi said... Reply

Salam Diana...wow pelbagai jenis rambutan ya...ingatkan ada 2, 3 jenis sj..
kat sini tengah musim durian...

sury_masury said... Reply

Salam diana... bgus info ni...tau mkn buah je kn...tpi x tau jnis dia pulak....baru tadi beli rmbutn merah..3 kilo rm10...:-)

Kak Sam said... Reply

Assalamualaikum Di...
Masa tengok gambar rambutan ni kat fb tadi memang dah terpaku. cantik sangat.

faa.rosli said... Reply

rambutan rambutan..bila ntah nak balik kg umah nenek faa...tgh banyak kat pokok ni..hehehe

Cendana Kasih said... Reply

sapa yg ada kg/dusun tu lagi la best..boleh makan bawah pokok... tp akak ni yang takde kg, kena la beli semuanya... harap pokok2 baru kecik lagi...hanya pokok mangga jer yang berbuah lebat kat belakang rumah ni...pokok ciku baru jer tanam minggu lepas...hehehe

akak suka rambutan gading (wrna kuning)

ogyep yummy mellow said... Reply

Salam Diana,

TQ for d info... banyak jenis rupanya rambutan ni ya...