Tuesday, November 27, 2012

~ Thai Hot & Sour Sauce...

Sheery Dream Cakes | 11:52 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang disayangi lagi dikasihi… 

Apa khabar hari ini? Moga kita semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik hendaknya.. Baiklah... apa kata kita terus tengok sahaja resipi sos yang Diana ambil dari buku Yummy Sauces made Easy



:: Resipi Dari Buku ~ Yummy Sauces Made Easy  ( TQ )
:: Olahan dalam tulisan merah oleh Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 5 ulas bawang merah _ dihiris
  • 5 biji cili padi _ dihiris / dicincang
  • 2 tbsp sos ikan
  • 5 tbsp sos plum
  • 3 tbsp sos cili _ ( Diana guna Sos Cili Thai Kimball )
  • 1 tbsp gula _ ( Diana tidak bubuh )
  • 3 tbsp jus limau nipis _ ( Diana guna jus limau kasturi  secukup rasa )
  • Daun sup / daun ketumbar yang dihiris _ ( Diana tambah ) 


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Sedia untuk digunakan.

**  :: Sos ini sesuai untuk ~ 

  • Cicah semua jenis makanan yang bergoreng dan berkukus.
  • Dibuat salad untuk makanan laut seperti salad sotong mangga muda.
::  Diana gabungkan sos ini dengan Satay Ayam Goreng  :: 




0 comments: