Saturday, December 1, 2012

~ Chocolate Fridge Cake ( Walnuts & Cookies )...

Diana @ Melley Mey | 9:12 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK... Ribuan terima kasih Diana rakamkan kerana masih sudi singgah ke SBK.. Sayang anda semua... :). Terlebih dahulu Diana nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Ben Ashaari kelmarin.. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, sentiasa kekal bahagia di samping keluarga tersayang serta sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.. Amin.. Kelmarin ternampak entri tentang hari kelahiran Ben di blog Che Mat Gebu ( DTS )..  ;)



Pepagi lagi Diana dah tayang Chocolate Fridge Cake.. Hehehee.. Kepada peminat setia coklat jom kita cuci mata dengan sedikit gambar dulu ya.. :D.. Diana buat kek ini kelmarin pagi.. Nak habiskan chocolate chip cookies sebenarnya... Kalau stok coklat memang sentiasa ada kat peti ais tu.. Terfikir lah buat kek yang senang ini... Tidak perlu hendak membakar segala.. Kan mudah dan cepat hendak disediakan.. Cuma bertambahlah lemak² yang ada eh.. Hahaaa... Kena pandai kawal sendiri lah kan kan... Aduuh.. Berat badan dah semakin naik ha... Alahai!!! :D.







Dah cuci mata dengan gambar di atas.. Mari kita tengok pula resipinya ya.. Kali ini Diana guna walnuts dan cookies dalam kek ini...


Bahan²
275 gm dark chocolate
125 gm mentega
1 tbsp golden syrup
100 gm walnut panggang _ dicincang kasar
100 gm Famous Amos Chocolate chip _ dipotong 2 bahagian
50 gm Famous Amos Almond Tuiles _ dipatah-patahkan
11 glace cherries _ dibelah 2 bahagian

Cara²
  1. Campurkan walnuts, chocolate chip, almond tuiles dan glace cherries di dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Cairkan mentega bersama dark chocolate. Angkat dan campurkan golden syrup. Gaul sebati.
  3. Tuang ke dalam campuran bahan di atas ( No.1 ). Gaul rata.
  4. Masukkan adunan kek ke dalam loyang atau bekas bersaiz 20 cm x 9 cm yang telah dilapis dengan plastik bersih dan tekan perlahan.
  5. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.






7 comments:

misshannajr said... Reply

sedapnya kak...tapi tak boleh makan selalu ni..hehe

Noor Yusoff said... Reply

As salam...nampak sedap nie...suka coklat tapi dah kena kurangkan kandungan gula...takut...

faa.rosli said... Reply

wahhhh..mcm sedap je...yummy!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... Reply

OWH MY...this looks so chocolatey and crunchy la dear...love it!!! <3

Qasey Honey said... Reply

aduhhh kak..sedapnya QH tgk ni..coklat pulak tu..suka sgt...rajin nti leh la cuba..

Mat Gebu said... Reply

Sedapppnyaaaa.......

Anonymous said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.