Saturday, December 1, 2012

~ Kuih Makmur...

Diana @ Melley Mey | 10:34 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Wah!! Apa kes malam² pula tayang Kuih Makmur eh? Heeheee... Sebenarnya teringin sangat nak makan kuih makmur.. Itu yang buat tu.. Raya hari tu memang tak buat cookies sebab kesihatan Diana yang tak mengizinkan.. Beli semua cookies untuk raya tahun ini.. Jadi ini kiranya keinginan yang terpendam telah sekian lama lah ya.. Huhuuu... Baru berkesempatan buat kuih makmur.. Alhamdulillah diberi kesempatan juga buat kan.. :)




Ok lah.. Tak nak banyak celoteh malam² begini.. Terus sahaja kita tengok resipi Kuih Makmur  dari SBK ya.. Oh ya.. Untuk kacangnya Diana guna walnuts.. Jadi boleh tukar kepada kacang tanah atau gajus ya.. Terpulang kepada citarasa masing²... Jom semak resipinya..



Bahan²
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega ( anggaran )
3 tbsp minyak sapi
3/4 cawan walnuts panggang
Gula aising secukupnya

Cara²
  1. Goreng tepung gandum tanpa minyak di atas api sederhana sehingga sedikit kekuningan. Sentiasa menggaul bagi mengelakkan tepung hangus.
  2. Angkat dan masukkan tepung ke dalam food processor bersama walnuts panggang. Kisar hingga walnuts hancur.
  3. Kemudian campurkan minyak sapi dan mentega ( bubuh mentega sedikit demi sedikit ) ke dalam adunan tepung dan walnuts tadi.
  4. Ramas dengan menggunakan tangan dan uli sehingga adunan dapat dibentukan.
  5. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga adunan habis.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga ianya masak ( bergantung kepada saiz kuih makmur tersebut ).
  7. Angkat dan terus guling-gulingkan kuih makmur ke dalam gula aising.
  8. Sejukkan sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.





4 comments:

faa.rosli said... Reply

senang je buatnya..boleh laa try nanti..hehe

GK Arusuvai said... Reply

Memang favourite saya kuih ini....looks yummy

anne said... Reply

best2...mmg best..idea dikala xtau nk masak kudapan apa..jom ke blog sy,kita konsi ilmu..www.mysufisecret.blogspot.com

mrs kayrul said... Reply

tengok kuih nie terus mood raya mari