Sunday, December 9, 2012

~ Mee Udang Goreng ( Round Noodle )...

Sheery Dream Cakes | 8:24 AM |


Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua pengunjung SBK... 

Semalam hujan lebat namun pagi ini amat indah suasana di pagi hari.. Terasa nyaman saja tengok suasana pagi hari ini... Alhamdulillah... Syukur kepadaNya diberi kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam ini kan.. Baiklah pagi ini Diana hanya hendak kongsikan resipi mee cap udang goreng yang senang namun menjadi kegemaran anak-anak Diana.. Mereka suka makan Mee Cap Udang dari Kilang Mee Ban Soon S/B ini.. Kali ini Diana guna round noodle.. Yang dulu Diana guna medium size kan.. Ada juga yang large size.. Itu terpulanglah pada citarasa masing-masing.. 



Bahan-Bahan

  • 2 bungkus kecil round noodle / Mee Cap Udang dari Kilang Mee Ban Soon S/B _  direndam hingga lembut dan toskan. Jangan guna air panas.
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 ulas bawang merah _ dihiris
  • 1 biji bawang besar bersaiz kecil _ dibelah dua dan dihiris
  • 1 tsp serbuk cili
  • 3 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air jika perlu


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis seketika.
  3. Masukkan sos cili dan sedikit gula. Tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Setelah itu masukkan mee dan gaul rata.
  6. Jika perlu tambahkan sedikit air. Goreng mee hingga garing.
  7. Angkat dan hidang.





0 comments: