Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ermmmmmmm.... Apa eh nak dibicarakan? Hehehee... Nanti lah dulu kan... Kita cuci mata dulu dengan gambar² di bawah ini ya... ;)
Pavlova... Ianya dessert yang agak manis namun ramai yang suka makan Pavlova ini... Pavlova 2 layer bersaiz 6 inci ini memang sedap tau... Pelbagai saiz Pavlova yang dijual.. Dari bersaiz 10 inci - 2.7 inci.. Memang berbaloi menempahnya.. Sedap...:)
:: Mini Pavlova ::
Tidak mahu Pavlova yang 2 layer? Jangan risau... Pavlova 1 layer pun ada dijual.. Yang itu terpulanglah kepada citarasa masing² ya... Selain itu Oreo Chocolate juga ada dijual tau.. Jom tengok gambar² Oreo Chocolate pula...
Oreo Chocolate ini pula memang kesukaan kanak².. Tambahan lagi ianya dihiasi dengan gambar kartun.. Hendak letak gambar sendiri pun boleh juga.. Hendak di buat corak bunga ( Oreo Chocolate Flower ) pun boleh.. Ianya sesuai untuk dijadikan door gift untuk majlis perkahwinan mahupun majlis hari lahir... Atau pun apa² majlis yang anda inginkan...
Ok dah tengok kesemua gambar di atas.. Baru kita bercerita pula tentang macam mana hendak membuat tempahan ya.. Hehehee... Sebenarnya bukan Diana @ SBK yang menerima tempahan tau... :). Diana pun tempah semua ini... Hehehee... Diana tempah dari Chocoladenz's Chocs & Dessert .. Terima kasih kepada Chocoladenz's Chocs & Dessert kerana sudi menerima tempahan dari akak ya.. Thanks Emma... Pavlova dan Oreo Chocolate ini memang sedaaap... :)..
Nampak tak Oreo Chocolate Flower tu... Terlupa pula ambil gambarnya.. Tapi boleh nampak kan... Ada pelbagai dessert lagi yang dijual.. Chocoladenz's Chocs & Dessert ini sedia menerima tempahan untuk homemade coklat dan pelbagai dessert seperti Pavlova, Tartlet , Banoffee Pie & Cheesecake untuk warga Labuan khasnya, sekitar Borneo termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.. Selain itu, kenalah tanya sendiri di Chocoladenz's Chocs & Dessert ya... Hehee... Jika berminat... Anda boleh hubungi di Facebook ~ Chocoladenz's Chocs & Dessert... Blog mereka pun ada.. tapi Diana tidak dapat buka hari ini.. InsyaAllah nanti kalau Diana dapat buka baru Diana link kan blognya ya...
Terima Kasih Emma @ Chocoladenz's Chocs & Dessert
* * * * * * * * * * *






















6 comments:
Post a Comment