Monday, April 30, 2012

~ Vanilla Heart Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 9:53 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah... Bertemu lagi kita pada Isnin dipenghujung bulan April ni... Moga semuanya sihat sejahtera dan gembira sentiasa hendaknya... Bagaimana cuaca di tempat anda semua? Adakah hujan juga seperti di sini? Awal pagi ni dah hujan lebat... Sejuk jer pepagi ni walaupun sejak pukul 3:30 am tadi black out

Pagi Ahad tu Diana sempat buat CC ni untuk penuhi permintaan anak-anak yang nak makan Vanilla CC... Tu yang buat tu pagi kemarin.. Resipi CC ni Diana ambil dari blog Martha Stewart... Resipi yang mudah dan yang amat penting ianya sedap di tekak kami sekeluarga... Diana gabungkan Vanilla Cupcakes ni dengan Cream Cheese Frosting resipi dari Martha juga... Bagi Diana sekeluarga.. Gabungan keduanya ni memang sedaap... Memang menepati citarasa kami sekeluarga.. :) 


Ok la tanpa membuang masa lagi jom tengok resipinya.. Terima kasih buat tuan empunya resipi di atas resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya.. Terima kasih… 


~ BILLY'S VANILLA, VANILLA CUPCAKES... 


:: Resipi Dari Blog ~ Martha Stewart  ( TQ )

Makes about 30 cupcakes

Ingredients
  • 1 3/4 cups cake flour _ *not self-rising
  • 1 1/4 cups unbleached all-purpose flour
  • 2 cups sugar
  • 1 tablespoon baking powder
  • 3/4 teaspoon salt
  • 1 cup unsalted butter _ cut into 1-inch cubes
  • 4 large eggs
  • 1 cup whole milk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract

Directions

  1. Preheat oven to 325 degrees. Line cupcake pans with paper liners; set aside. 
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine flours, sugar, baking powder, and salt; mix on low speed until combined. Add butter, mixing until just coated with flour.
  3. In a large glass measuring cup, whisk together eggs, milk, and vanilla. With mixer on medium speed, add wet ingredients in 3 parts, scraping down sides of bowl before each addition; beat until ingredients are incorporated but do not overbeat.
  4. Divide batter evenly among liners, filling about 2/3 full. Bake, rotating pan halfway through, until a cake tester inserted in the center comes out clean, 17 to 20 minutes.
  5. Transfer to a wire rack to cool completely. Repeat process with remaining batter. Once cupcakes have cooled, use a small offset spatula to frost tops of each cupcake. Decorate with sprinkles, if desired. Serve at room temperature.



~ Cream Cheese Frosting… 

:: Resipi Oleh ~ Martha Stewart ( TQ )

Ingredients
  • 8 ounces cream cheese, room temperature
  • 8 tablespoons unsalted butter, cut into pieces, room temperature
  • 1 cup confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon pure vanilla extract _ ( Diana bubuh 1/2 tsp sahaja )

Directions
  1. Place cream cheese in a medium mixing bowl. Using a rubber spatula, soften cream cheese. 
  2. Gradually add butter and continue beating until smooth and well blended. 
  3. Sift in confectioners' sugar and continue beating until smooth. 
  4. Add vanilla and stir to combine.
  5. ** ( Diana guna electric mixer untuk pukul adunan cream nie ).


:: Cara Diana pula ~ 
  1. Diana ambil sedikit adunan kek dan bubuh pewarna merah jambu dan ratakan di dalam loyang bersaiz kecil tapi tinggi.
  2. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C sehingga kek masak.
  3. Keluarkan kek dan sejukkan. Potong kek kepada beberapa bahagian kecil menggunakan cutter berbentuk hati atau jika suka boleh ukir sendiri dan potong menggunakan pisau yang tajam ( Diana buat yang ni sebab cutter berbentuk hati tu entah mana maid dah simpan.. Huhuu ). Ketepikan.
  4. Setelah itu, bubuh sedikit adunan kek yang selebihnya tadi ke dalam mangkuk kertas dan letakkan satu keping kek berbentuk hati di tengahnya.
  5. Lapis lagi dengan sedikit adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar di dalam oven  yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 17 - 20 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dihias dengan cream cheese frosting ( resipi rujuk di atas ) atau cream pilihan masing-masing.
  8. Hias mengikut citarasa masingmasing.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 26, 2012

~ Ayam Laksamana...

Sheery Dream Cakes | 9:44 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Untuk entri kedua ni Diana nak sajikan anda semua dengan resipi dari CMG... Resipi diberi nama Ayam Laksamana... Wah klasik gitu nama resipi ni kan... Rasanya yang tersangat la sedaaapnya ini pasti akan membuatkan anda semua jatuh cinta dengan resipi ni.. Heheee.. Memang berbaloi mencuba resipi ini tau… Kepada sesiapa yang belum mencuba lagi.. Apa kata anda cuba resipi Ayam Laksamana dari Dapur Tanpa Sempadan ini..


Terima kasih buat CMG kerana berkongsi resipi-resipi yang sedap... Izinkan juga Diana kongsikan resipi Ayam Laksamana ni di sini pula ya... Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 genggam kismis
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar--Kasar
  • Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )

Cara Membuatnya
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap-lembab saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata-rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, April 23, 2012

~ Lemon Olive Oil Cake...

Sheery Dream Cakes | 8:39 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan kepada semua pengunjung SBK yang d sayangi..

Hari ini Diana buat kek ni untuk dimakan semasa minum petang tadi... Kek yang sangat mudah disediakan.. Dan yang pastinya menepati citarasa kami sekeluarga..


Resipi ni Diana ambil dari blog Completely Delicious dan resipi ni berasal dari blog Epicurious... Terima kasih buat Annalise @ Completely Delicious kerana mengetengahkan resipi yang sedap ni.. Terima kasih juga buat tuan empunya resipi asal kek ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya..  Diana buat ikut cara Annalise.. Terima kasih..


:: Sumber Dari ~ Annalise @ Completely Delicious  ( TQ )
:: Adapted from Epicurious

Makes 1 loaf cake or 8 inch cake
Ingredients
  • 3/4 cup olive oil*
  • 1 large lemon
  • 1 cup all-purpose flour
  • 5 egg yolks
  • 4 egg whites
  • 3/4 cup plus 1 1/2 tablespoons sugar
  • 1 cup powdered sugar

Method
  1. Preheat oven to 350 degrees F. Grease an 8 inch springform, or 9 x 5 inch loaf pan with olive oil and line with parchment paper. Grease the parchment paper and then dust with flour.
  2. Grate the lemon zest from the lemon ( 1 1/2 tsp ) and mix together with the flour in a medium bowl. Juice the lemon.
  3. In the bowl of a stand mixer fitted with a whisk attachment, beat together the egg yolks and 1/2 cup sugar at high speed until thick and pale, about 3 minutes. Reduce the speed to medium and slowly add the olive oil and 1 1/2 tablespoons of lemon juice ( mixture may appear separated ). Add the flour mixture and fold in gently with a wooden spoon or spatula.
  4. Spoon the batter into a large bowl and wash and dry the bowl and whisk attachment for the stand mixer. Add the 4 egg whites to the bowl of the stand mixer and beat on high speed with the whisk attachment until foamy. 
  5. Continue to beat on high, slowly adding 1/4 cup of sugar. Beat just to soft peaks. Fold the egg whites into the cake batter until just combined. 
  6. Pour into the prepared baking pan and sprinkle with the remaining sugar.
  7. Bake until a toothpick inserted into the center comes out clean, about 45 minutes. Cool for 10 minutes in the pan, then remove to a wire rack to cool completely.
  8. Prepare the glaze by whisking together the powdered sugar 1 tablespoon of the fresh lemon juice. Add more lemon juice if necessary to get the desired consistency. Pour over the cooled cake.
  9. *I’ve exclusively used extra-virgin olive oil in this cake, but from a very standard grocery store brand, nothing expensive or fancy. Epicurious indicates that both extra-virgin and regular olive oil produce great results.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 19, 2012

~ Rustic Apple Tart...

Sheery Dream Cakes | 1:17 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Sekarang ni cuaca kat labuan memang kurang elok.. Boleh dikatakan hari-hari hujan.. tak kira la siang atau malam hari.. Jadi kepada sesiapa yang memandu tu berhati-hati tau.. Jalan yang licin dan penglihatan yang terhad semasa hujan lebat ni memang sukar kepada pemandu.. Kesabaran pun menjadi keutamaan juga tu..



Hari tu Diana pernah beritahu yang Diana tergoda sesangat tengok Rustic Apple Tart kat blog Akak Sha kan... Godaaan tu memang sampai ke malam dan bersambung pula ke siang hari.. Adeeh!!! Bagai terasa-rasa keenakannya kat tekak ni dan terbayang-bayang rupa apple tart tu... Heeheee.. Nak tak nak kena buat juga walaupun ada kerja yang menanti.. Macam mengidam la pula eh.. Hahaaaa.... Sememangnya epal ada kat peti sejuk tu.. Jadi keinginan nak menikmati Rustic Apple Tart nie semakin ler berganda-ganda...



Cuma... Cumaaaa... Tolong abaikan kehodohan tart crust yang Diana buat tu ya.. Heeheee ^_^... Diana memang kurang reti lagi bab buat pie dan tart ni.. Ni la pertama kali Diana buat Rustic Apple Pie ni tau... Namuuuun.... Kecantikannya tu terserlah ketika menikmati gigitan pertama taau... Tersangat la sedapnya tart crust tu... Terima kasih Kak Sha.. 


Rustic Apple tart ni Diana hidang bersama biji gajus panggang cincang, biji labu panggang cincang dan kacang pistachio cincang.. Diana sapu juga dengan sedikit jem oren yang telah dipanaskan... 


Terima kasih buat Akak Sha kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaap nie... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Terima kasih akak.. 


~ Untuk Kulit Pastri

Bahan-Bahan
  • 200 gm mentega sejuk _ dipotong dadu
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor dan putar hingga sebati.
  2. Adunan tidak perlu diuli.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Torakkan adunan dan aturkan inti buah epal di atasnya ( Rujuk di bawah untuk resipi inti epal ).
  5. Lipat tepi doh pastri dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan ( Diana taburkan 1 tbsp gula pasir di atas tart sebelum dibakar ).
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Jika ingin mendapatkan warna pastri kekuningan dan cantik, bolehlah spraykan dengan sedikit air dan bakar lagi selama 5 minit.
** Diana sapukan atas inti epal tu setelah tart masak dengan jem oren yang telah di panaskan dan taburkan di atasnya dengan cincangan biji gajus panggang, biji labu panggang  dan pistachio sebelum dihidang.




~ Untuk Inti Epal

Bahan-Bahan
  • 3 biji epal _ dikupas kulitnya, buang mempulur dan dipotong baji _ gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Sos
  • 1 cawan light brown sugar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 4 sudu besar gula pasir

Cara-Cara
  1. Masak di atas api sederhana hingga gula larut.
  2. Masukkan epal dan sentiasa dikacau hingga epal lembut.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sedia untuk digunakan.



** CARA DIANA PULA ::  Diana guna resipi inti epal kat bawah ni ya.. Diana buat ikut resipi yang pernah Diana buat dulu untuk inti cupcake... 


:: Resipi Asal ~ Chef Agnes Chang Easy Bake  ( TQ )
::  Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan
  • 2 tbsp mentega
  • 4 biji epal _ dikupas kulitnya dan di hiris nipis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tsp ground mixed spice
  • 4 tbsp air 
  • 4 tbsp gula kastor
  • 1 tbsp gula perang

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan masukkan epal serta cinnamon powder... Goreng sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kesemua baki bahan² di atas dan masak di atas api kecil sehingga ianya garing.
  3. Angkat dan biarkan ianya sejuk sebelum digunakan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, April 17, 2012

~ Ayam Goreng Tomato Berlada...

Sheery Dream Cakes | 11:23 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni Diana nak kongsikan 1 resipi dari dapur Akak Sha @ Shahriah.. Semua orang pasti kenal dengan Akak Sha kan... Akak ni lebih dikenali di kalangan peminat MasterChef Malaysia kat rumah ni sebagai peserta yang sentiasa tampil cantik... Kalau sebut nama pasti ada yang berfikir dulu nanti.. Tapi bila kata akak yang cantik tu... pasti dorang kata ooo yang tu... Hehehee... 


Diana tau blog Akak Sha dari Izah... Terima kasih Izah :)... Kepada sesiapa yang belum pernah singgah kat blog Akak Sha boleh ler jenguk kat SINI ya.. Banyak resipi menarik yang pastinya akan menggoda anda semua... Tadi baru saja tergoda dengan Rustic Apple Tart kat sana tau... Nampak sesangat la sedaaapnya... ;).


Ok la kita cerita pula tentang resipi Ayam Goreng Tomato Berlada ni... Salah satu menu kami semalam... Diana gandingkan dengan Nasi Yogurt... Memang sedaaap!!! Buat Akak Sha.. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sedaap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak... Dan ada sedikit bahan yang Diana tambah mengikut citarasa keluarga.. Halal ya akak... Terima kasih..



Bahan-Bahan A ( Dikisar )
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji buah keras

Bahan-Bahan B
  • 1 ekor ayam _ kerat 16 ( Diana guna dalam 1 kg ayam )
  • 1 mangkuk sos tomato _ ( Diana guna 3/4 cawan sos tomato Maggi )
  • 1 biji tomato _ dipotong dadu
  • 1 biji tomato _ dihiris untuk hiasan
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Yang Diana Tambah
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris 
  • Daun sup _ dihiris  
  • Serbuk kunyit
  • Garam 
  • Gula
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sekejap. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  4. Kemudian masukkan ayam, tomato dadu dan sos tomato ( Diana bubuh juga perencah pati ayam dan sedikit gula ).
  5. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam masak.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan masak seketika.
  8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan tomato dan daun sup.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, April 8, 2012

~ Udang Panggang Bersama Salsa...

Sheery Dream Cakes | 8:00 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Udang Panggang bersama Salsa… Ianya salah satu menu kegemaran Diana sendiri… 


Jika tidak mahu gandingkannya bersama salsa pun boleh juga.. Diratah begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi panas pun sedap juga… 


~ UDANG PANGGANG… 

Bahan-Bahan A
  • 400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
  • 1/2 tsp serbuk cili 
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
  • 1/4 tsp serbuk jintan manis
  • 1/4 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 2 tsp daun basil kering 
  • 1 tbsp mentega cair

Bahan-Bahan B
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp rempah kari
  • 1 tsp daun basil kering

Cara-Cara
  1. Toskan dan lap kering udang. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
  3. Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
  4. Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
  5. Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).


~ SALSA...

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
  • 1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
  • 4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
  • 2 tbsp minyak zaitun
  • 1 tangkai daun bawang _ dihiris
  • 1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula 

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
  3. Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa ni di dalam peti sejuk sebelum dihidang )









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Nasi Impit Goreng Udang...

Sheery Dream Cakes | 5:56 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Sebelum kita berbicara tentang resipi.. Diana nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua singgah kat blog Diana ni walaupun tuan rumahnya tiada beberapa hari ni.. Baik lah.. Jom semak resipinya..


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil )
  • 8 ekor udang bersaiz besar _ dikupas dan tinggalkan ekornya
  • 150 gm lobak asin ( preserved salted radish )
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
  • Sedikit taugeh
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 5 biji telur
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk merebus

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tsp sos ikan
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam jika perlu


Cara-Cara
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan-bahan A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil-kecil dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 5, 2012

~ Sup Ayam...

Sheery Dream Cakes | 9:27 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Entri kali ni merupakan menu yang dimasak oleh daughter Diana... Tapi hanya resipi campak-campak sahaja.. Ni pun dia masak hujung bulan lepas... Kan dia dah lama tak memasak selama dia berada di kem PLKN hari tu.. Rindu katanya nak memasak... Bukan saja dia rindu memasak.. Malahan kami pun rindu nak makan masakan dia.. Terima kasih sayang sebab sedap sangat.. ;)


Jom kita tengok resipi campak-campak daughter ni.. Sukatannya pandai-pandai la ya bubuh ikut selera masing-masing.. 


Bahan-Bahan
  • Ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • Lobak merah _ dipotong 3 inci panjang dan dihiris kasar
  • Ubi kentang _ dipotong kecil
  • Cendawan shitake kering _ direndam dan dipotong 2
  • Black fungus _ direndam dan di potong ikut suka
  • 1 bungkus Perencah sup ikan Adabi
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Sedikit halia _ dihiris halus
  • Minyak bijan
  • Minyak zaitun
  • Air secukup kegunaan
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Perencah pati ayam Tumix _ ( kepada yang tak suka bubuh perencah pati ayam ni boleh tukar kepada serbuk perasa pilihan )

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya dan perencah sup ikan. Biarkan ianya mendidih.
  3. Kemudian masukkan ayam, ubi kentang, 2 jenis cendawan kering dan lobak merah.
  4. Setelah ayam empuk bolehlah dimasukkan sedikit minyak bijan, serbuk lada hitam, perencah pati ayam dan garam secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.
  6. Taburkan hirisan daun sup ketika menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>