Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Alhamdulillah.. Bersua lagi kita di alam maya pada entri kali nie.. Diana mohon ampun dan maaf kerana masih belum sempat BW serta aktif berblog seperti biasa... InsyaAllah sedikit masa lagi jika diizinkan pasti SBK akan aktif seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen kat SBK nie walaupun tuan rumahnya tiada.. Terima kasih.. Sayang anda semua..
Baik ler tanpa membuang masa.. apa kata kita terus jer tengok resipi terbaru dari SBK untuk kali nie.. Ayam Mentega Udang Kering nie Diana masak beberapa hari yang lepas.. Mungkin kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam citasa untuk menu ayam nie.. Boleh ler mencubanya.. Anda boleh ler mengolah mengikut citarasa keluarga anda yer.. tiada masalah pun.. :). Diana harap menu terbaru dari SBK nie akan memenuhi citarasa kepada pengemar udang kering dan ayam.. InsyaAllah.. :). Selamat mencuba... ;)
Bahan²
550 gm isi ayam _ ( Diana guna peha ayam yang dibuang kulit dan tulangnya )
1 biji bawang besar _ 1/2 biji dipotong dadu halus dan 1/2 biji dihiris menyerong
4 ulas bawang putih _ dicincang
3 tangkai daun kari _ dihiris / dicincang
3 biji cili padi _ dihiris / ditumbuk _ ( boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing² )
2 biji telur _ dipukul ringan
Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
50 gm mentega
Minyak untuk menggoreng
Bahan² A ( Bahan Perap )
1 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp sos lada hitam Maggi
1 tbsp sos cili Maggi
1/2 tsp seasoning maggi
1 tsp gula
1/2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp ubi kayu
1/2 tbsp tepung beras
1 tsp daun basil kering
1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
1/2 biji telur yang dipukul ringan
Bahan² B
1 1/2 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tomato Maggi
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula melaka secukup rasa
Garam jika perlu
Cara²
- Gaulkan isi ayam bersama bahan² A ( bahan perap ) dan perap selama 1 jam ( Diana perap 1 1/2 jam, lebih lama kita perap lebih elok ).
- Kemudian goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali. Setelah mentega panas masukkan 2 biji telur yang telah dipukul ringan ( buat seperti kita buat untuk udang mentega ). Setelah garing angkat dan toskan. Ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang kering serta cili padi dan tumis lagi hingga garing.
- Setelah itu masukkan daun kari dan tumis seketika.
- Masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam goreng tadi dan hirisan bawang besar.
- Gaul dan masak seketika.
- Masukkan telur goreng dan gaul rata.
- Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.











