Saturday, January 12, 2013

~ Brown Butter Carrot Cake...

Diana @ Melley Mey | 11:22 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini agak sibuk sedikit.. Jadi sebelum melayan kerja-kerja yang hendak dibuat hari ini.. Diana kongsikan dulu resipi Brown Butter Carrot Cake ini.. Sebenarnya resipi ini tidak banyak bezanya dengan resipi Bown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ( Brown Butter Carrot Cupcakes )... Ok lah.. Jom tengok resipinya..



Bahan² A ( Diayak )
2 cawan tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1 1/2 tsp serbuk kayu manis
1/4 tsp serbuk buah pala ( nutmeg )
* 1/2 tsp garam kalau perlu _ Bubuh sekiranya menggunakan unsalted butterTak perlu bubuh jika guna salted butter

Bahan² B
250 gm mentega _ ( Diana guna SCS salted butter ) 
1 1/2 cawan gula perang ( brown sugar )
4 biji telur
1/4 cawan sirap maple
1 tsp esen vanilla

Bahan² C ( Dicampur dan Gaul Rata )
1/2 cawan kelapa parut kering
2 1/2 cawan lobak merah yang diparut
1/2 cawan nenas _ dicincang ( Diana guna nenas dalam tin )
1/4 cawan kismis _ dicincang
1/4 cawan walnut panggang atau biji gajus panggang _ dicincang ( boleh ditukar kepada jenis kacang yang lain )

Cara²
  1. :: Cara menyediakan Brown Butter ~ Cairkan mentega di atas api sederhana. Masak hingga keperangan. Setelah terbit aroma seperti kacang yang sedang dipanggang, bolehlah diangkat dan sejukkan. Ketepikan. 
  2. Panaskan oven pada suhu 180°C. Sediakan 3 loyang bulat bersaiz 7.5 inci dan lapiskan dengan kertas minyak atau griskan dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung.
  3. Campurkan gula perang dengan bahan² A yang telah diayak. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Pukul telur, sirap maple dan esen vanilla hingga kembang.
  5. Kemudian masukkan brown butter dan pukul sebati.
  6. Masukkan campuran bahan kering tadi ( gula dan bahan² A ) dan pukul rata.
  7. Masukkan bahan² C dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga kek masak.
  9. Angkat dan sejukkan sebelum disapu dengan cream pilihan.



 ~ Cream Cheese Frosting... 

:: Resipi Oleh ~ Martha Stewart ( TQ )

Ingredients
  • 8 ounces cream cheese, room temperature
  • 8 tablespoons unsalted butter, cut into pieces, room temperature _ ( Diana guna Salted butter )
  • 1 cup confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon pure vanilla extract _ ( Diana bubuh 1/2 tsp sahaja )

  • Directions

  1. Place cream cheese in a medium mixing bowl. Using a rubber spatula, soften cream cheese. 
  2. Gradually add butter and continue beating until smooth and well blended. 
  3. Sift in confectioners' sugar and continue beating until smooth. 
  4. Add vanilla and stir to combine.
  5. ** ( Diana guna electric mixer untuk pukul adunan cream ini ).


:: Cara Melapis Kek ~ 
  1. Sapukan Cream Cheese Frosting di atas sekeping kek dan lapis dengan sekeping kek lagi di atasnya.
  2. Buat langkah No.1 sehingga kek habis digunakan.
  3. Hias mengikut citarasa masing-masing.








5 comments:

Marsita yahya said... Reply

YUMMY!

mama sara nur said... Reply

assalam Diana
singgah disini ye tp mcm penah dtg dah dulu...
hidangan yg sedap dan berkhasiat
yum yumm akak jarang sgt mkn kek karot ni tp kalu teringin beli sepotong kat sr utk lepaskan gian he he
tq ye share resepi disini akak cp dulu k msk list

Cheq Sue said... Reply

fuhh...lama teringin nak buat & makan carrot cake yang ada pelbagai benda di dalamnya...

❤Kamsiah❤ said... Reply

banyak step,kan...tp mesti rasanya sedap...

ogyep yummy mellow said... Reply

ogyep dah 2 / 3 kali beli carrot.. konon nak menge kek.. asyik jadi sop aje... teringin betul makan carrot kek ni.. mood aje tak sampai2 lagi..