Wednesday, January 2, 2013

~ Kek Coklat Terakhir Tahun 2012...

Diana @ Melley Mey | 9:16 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Apa khabar hari ini? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya... Baiklah pagi ini Diana ingin kongsikan 1 resipi kek coklat yang Diana buat pada 31 hb Dec 2012.. Inilah kek dan resipi terakhir yang Diana buat pada tahun 2012... Gambar makanan ini juga merupakan gambar terakhir di ambil pada tahun 2012... Hehheee.. Diambil pada masa memang yang tidak sesuai langsung.. Diana ambil gambar ini sekitar dalam pukul 6.10 pm dan dah nak dekat Maghrib dah kat Labuan.. Nak cepat.. Jadi kek ini pun main letak saja kat luar rumah tanpa sebarang peralatan termasuk tripod.. Alahai!!!

Kek ini kek yang dibuat secara tidak dirancang dan serba main hentam saja.. Sebab baru tahu nak sediakan kek.. Hahaa.. Nasib baik sempat dan menjadi kan.. Kalau tidak.. Tiada lah kek untuk tetamu malam itu.. Ermm.. Diana buat kek ini mengikut bahan yang ada di rumah Diana.. Main bubuh saja.. Adeeh!!! Ok lah.. Jom kita tengok resipi terakhir yang Diana cipta di tahun 2012 ini.. :)



~ Kek Coklat Bersama Krim Mentega...

Bahan²
1 1/4 cawan mentega
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur
3 tbsp Nestle Cream
2/3 cawan buttermilk ( Homemade : 1 cawan susu + 1 tbsp cuka putih / jus lemon. Rehatkan selama 20 minit )
4 tbsp milo

Bahan² A ( Diayak bersama )
2 cawan tepung naik sendiri 
3/4 cawan serbuk koko
1 tsp soda bikarbonat

Cara²
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C dan sediakan 3 loyang bulat bersaiz 7.5 inci atau 8 inci. Alaskan dengan kertas minyak atau griskan dengan sedikit mentega pada loyang dan ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang .
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga adunan kembang dan gebu.
  4. Masukkan bahan A berselang-seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan bahan A.
  5. Masukkan milo dan pukul sebati.
  6. Akhir sekali masukkan Nestle Cream dan kaup balikkan menggunakan spatula.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  8. Bakar di dalam oven selama 20 - 25 minit atau hingga kek masak ( bergantung kepada suhu oven anda ).

~ Krim Mentega ...

Bahan² 
420 gm mentega
1 1/3 cawan gula aising
1 tbsp serbuk koko
6 tbsp milo
6 tbsp Nestle Cream

Cara² 
  1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan Nestle Cream dan putar lagi.
  3. Masukkan serbuk koko dan milo. Putar hingga sebati.
  4. Sedia untuk digunakan.

:: Cara Melapis Kek
  1. Ambil sekeping kek coklat dan sapu di atasnya dengan krim mentega dan ratakan.
  2. Kemudian lapis lagi di atasnya dengan sekeping kek coklat.
  3. Buat langkah No. 1 hingga kesemua kek habis digunakan.
  4. Setelah itu sapukan krim mentega di sekeliling kek.
  5. Hias mengikut citarasa masing-masing.




4 comments:

❤Kamsiah❤ said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
ejulz said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Qasey Honey said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.