Wednesday, January 2, 2013

~ Rendang Ikan Tenggiri...

Sheery Dream Cakes | 9:17 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini bermula sudah persekolahan bagi tahun 2013.. Pasti ramai ibubapa yang sibuk hari ini kan menghantar anak-anak ke sekolah... Diana esok baru sibuk sebab sesi persekolahan Irfan bermula esok.. Ermm.. Bagi anak-anak yang baru sahaja bersekolah.. Pasti pelbagai macam karenah yang dapat disaksikan... :).. Walau macam mana pun mereka tetap comel mengenakan pakaian seragam sekolah masing-masing kan kan kaan.. :) 


Ok lah.. Untuk entri ini Diana hendak kongsikan resipi Rendang Ikan yang menggunakan perencah segera... Senang disediakan.. Hehhehe... Apa salahnya sekali sekala menggunakan perencah segera kan kan... ;). Utamanya jika kita hendak cepat.. Mengejar masa gitu.. Betul tak? :).  Jom terus saja kita tengok resipinya... 


Bahan-Bahan
  • 800 gm ikan tenggiri _ dipotong kecil 
  • 1 bungkus ( 200 gm ) perencah rendang segera Ikan Brand
  • 2 batang serai _ dititik
  • 2 tbsp kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix 
  • 4 helai daun limau purut _ dicarik-carik 
  • 2 helai daun kunyit _ dimayang
  • Sedikit santan pekat atau sedikit air
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng  

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit dan perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, masukkan perencah rendang segera bersama serai dan tumis selama 2 minit.
  4. Kemudian masukkan santan pekat atau sedikit air ( jika tidak mahu menggunakan santan ), perencah pati ayam, asam keping, daun limau purut, gula dan garam secukup rasa. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan kerisik dan gaul rata.
  6. Masukkan ikan goreng dan masak di atas api kecil hingga kuahnya pekat.
  7. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan gaul perlahan-lahan.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.





0 comments: