Sunday, January 6, 2013

~ Roti Bakar Telur Dan Sosej...

Diana @ Melley Mey | 7:27 PM | | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Apa khabar hari ini? Doa dan harapan Diana moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya.. Hari ini Diana sekali lagi ingin berkongsi resipi ulang tayang... Sebenarnya hari tu ada komen yang ingin Diana buat entri step by step untuk resipi ini... Dukacitanya komen tersebut sudah terpadam dengan tidak disengajakan.. Diana mohon ampun dan maaf sekali lagi ya kepada semua pengunjung SBK yang Diana sayangi... Kalau Diana tidak silap permintaan tu daripada Noh Gyver.. Diana masih ingat komen tu walaupun terpadam dengan tidak sengajanya.. Huhuu.. Maaf tau.. Ermm.. Ingatkan komen sampai kek durian sahaja terpadam.. Rupanya banyak lagi komen yang hilang.. Huhuuu.. :(



:: Langkah 1 ~ Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atasnya ( Kali ini Diana guna roti biasa sahaja ).
:: Langkah 2 ~ Lapiskan dengan hirisan tomato.
:: Langkah 3 ~ Susun hirisan sosej yang telah digoreng di atas roti atau susun di setiap penjuru roti.
:: Langkah 4 ~ Taburkan parutan keju cheddar di atasnya.


:: Langkah 5 ~ Letakkan sekeping telur mata lembu di atasnya.
:: Langkah 6 ~ Taburkan lagi di atasnya dengan parutan keju cheddar.
:: Langkah 7 ~ Akhir sekali picitkan sos cili dan mayonis di atasnya. 
:: Lepas itu bolehlah dibakar di dalam oven.



Caranya mudah sahaja kan... ;). Langkah ke 3 tu anda boleh letak 4 hirisan sosej sahaja.. Tapi kali ini Diana tambah 2 hirisan lagi.. Hehehe.. Itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing ya.. Kalau hendak tambah hirisan sosej.. Kenalah tambah juga kuantiti sosej untuk digoreng tau..  Ok lah.. Diana C&P sahaja resipinya di sini semula.. 





Entri Lepas klik → DI SINI

:: ( Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej )

Bahan²
4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
4 biji telur mata lembu
1 batang sosej
1 biji tomato _ dihiris nipis
Mayonis secukupnya
Sos cili secukupnya
Keju cheddar parut secukupnya

Bahan² Perap
1/2 tbsp sos tiram
1 tsp gula

Cara²
  1. Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ).  Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan. 
  2. Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
  3. Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
  4. Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
  5. Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  6. Bakar di dalam oven sekejap.
  7. Hidang.




5 comments:

Norul said... Reply

Sedapnya.. Harus buat. Thanks yer

Mat Gebu said... Reply

seriusss....memengsan kan sungguh!!!!....

❤Kamsiah❤ said... Reply

resepi yg senang dan ringkas tp menyelerakan..

Emma Marinie said... Reply

bagus ni buat menu sarapan pagi anak ke sekolah...macam pkzza...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

D buat sy lapar tau!!